HIKMAH COVID – AGROTECHNOLOGIST

BUAHAN PILIHAN

This image has an empty alt attribute; its file name is WhatsApp-Image-2023-12-12-at-4.18.42-PM-1-672x1024.jpeg

Salah satu buahan tempatan kegemaran saya ialah jambu madu. Saya suka makan jambu madu kerana buahnya sangat menepati citarasa saya. Jambu madu ialah sejenis buahan yang tidak bermusim. Warna buahnya yang sangat merah memikat hati siapa sahaja yang memandangnya. Pokok Jambu madu di antara yang pokok yang di tanam di kebun kami. Di sana terdapat 4 jenis spesis Jambu, 1 pokok mewakili setiap spesisnya. Kesimpulanya di kebun terdapat 4 pokok jambu yang berlainan jenis dan rasanya. Kebiasaannya jambu madu akan mengeluarkan hasil selepas 1 tahun ditanam bergantung kepada cara pembajaan yang betul. Foto di atas merupakan tuaian yang pertama dari kebun kami, rasanya sungguh enak sekali secantik buahnya. Keterujaan sukar digambarkan penat lelah amat -amat berbaloi inilah hasil berbudi pada tanah. Thank you Allah.

Jambu madu ini sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan kita. Di antara manfaat jambu Madu untuk Kesihatan seperti di bawah (rujukan dari internet)

1. Mencukupi keperluan air di dalam tubuh

2. Meningkatkan sistem imun tubuh

3. Merawat kelembapan kulit

4. Menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh

5. Baik untuk kesihatan mata

6. Membantu pembentukan kolagen

7. Melancarkan sistem pencernaan

HUJAN OH HUJAN

Taburan hujan di bulan december agak meningkat berbanding dengan bulan -bulan yang lain. Segala tanaman hidup segar bugar terutama pokok buah-buahan yang cepat membesar dan mengeluarkan hasil yang agak meriah. Rezeki yang perolehi haruslah dikongsi sama. Melihat hasil kebun adalah Terapi Minda bagi kami.

Jambu batu merah bukan sahaja enak,Kandungan vitamin C nya yang tinggi sesuai dimakan oleh semua golongan kerana pengambilan jambu batu secara harian mampu mengekalkan vitamin C di dalam badan . Di antara  khasiat jambu batu merah untuk kesihatan kita seperti di bawah (rujukan dari internet)

  1. Bantu penurunan berat badan. Berita baik buat yang ingin menguruskan badan
  2. Melegakan ‘period pain’
  3. Mengatasi masalah sembelit
  4. Anti kanser
  5. Menurunkan tekanan darah
  6. Meningkatkan sistem imun tubuh
  7. Menjaga kesihatan kulit
  8. Menurunkan kadar gula