HIKMAH COVID – AGROTECHNOLOGIST

Kebun mini kami pada dasarnya bermula daripada suka- suka dan ianya merupakan aktiviti bersama keluarga untuk mengisi masa lapang dan secara tidak langsung boleh mengeluarkan peluh. Hasil tanaman kebun mini kami dapat berkongsi bersama jiran – jiran dan saudara yang datang berkunjung. Kebun mini ini wujud sebaik saja kami menetap di Bandar Seri Putra Bangi pada awal tahun 2008.

Hasil kebun mini sedikit sebanyak menjimat pembelanjaan kami sekeluarga kerana bahan- bahan asas untuk memasak terdapat disini. Tanaman di kebun mini bebas daripada penggunaan racun kerana kami menggunakan baja organik. Terima Kasih Allah yang menghidupkan dan menyuburkan tanaman – tanaman kami. Setiap rezeki harus dikongsi bersama…..

Covid-19 mempunyai hikmah yang tersendiri apabila kami berjaya menaiktaraf kebun mini. Waktu bekerja dari rumah (WFH) ada masa yang terluang, jadi kami memberi tumpuan pada tanaman- tanaman yang terdapat di kebun mini. Pelbagai pokok – pokok dan sayur – sayuran berjaya ditanam. Kejayaan yang membanggakan apabila dapat memasarkan hasil kebun mini di kedai runcit berdekatan dengan taman perumahan kami.

Suasana Kebun Mini Seri Putra