HIKMAH COVID – AGROTECHNOLOGIST

BERMULA 2020

Pelbagai rintangan terpaksa kami harungi dalam proses pindah milik tanah ini yang terletak lebih kurang 18km dari Bandar Seri Putra. Tambahan pulak pada tahun tersebut kita semua diuji dengan covid 19 . Semasa (PKP) pergerakan agak terbatas memerlukan kebenaran untuk berurusan dengan pihak berwajib, namun ianya tidak sama sekali mematahkan semangat kami. Tanaman asal di kawasan tersebut adalah pokok getah. Perkhidmatan jentolok diperlukan untuk meratakan tanah. Dari kebun getah kini bertukar menjadi kebun buah – buahan tempatan. cabaran demi cabaran kami atasi dengan baik. Syukur Alhamdulillah…

KINI 2023

3 tahun masa berlalu, perasan teruja dan gembira bila melihat sebahagian pokok tanaman telah mengeluarkan hasil. Pelbagai pokok buahan kami tanam di sini. Kepenatan kami berbaloi apabila melihat pokok tanaman hidup segar serta membesar dengan jayanya.Setiap rezeki yang kami miliki seharusnya dikongsi bersama keluarga, jiran-jiran dan kawan- kawan. Kegembiraan mereka adalah kebahagian Kami. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukanNya. Terima Kasih Allah…