Kisah 1 dekad lalu…
Di sini aku belajar tanpa jemu,
Tiap hari ada saja ilmu & pengalaman baru,
Tiap subuh berdebar menerima laporan production ku,
Dilapor oleh supervisor D1 & D2,
Kalau semua lancar tenanglah hatiku,
Kalau sebaliknya, aku haru-biru,
Memikirkan jawapan atau alasan beribu,
Di sini aku seorang jurutera,
Jerih sentiasa akal kepala,
Meronda melawat ‘plant’ sentiasa,
Melapor tiap pagi pada big bos di Singapura,
Ku di sini cuma 42 purnama,
Namun rasanya sangat lama,
Apakah dilema dan maknanya,
Terserah padamu untuk meneka…
Aku bersyukur ada kerja,
Walau tekanan sering melanda,
Terasa hati dek bos murka,
Aku nikmati peluang yang ada,
Aku hargai pengalaman tersedia,
Untuk maju pada hari muka,
Untuk curah bakti pada anak bangsa,
Masyarakat, agama & negara.
Kini amanahku di menara gading,
Tugasan mencabar tak terbanding,
Walaupun tiap hariku pening,
Namun saban hari aku buat ‘planning’,
Berjuang selesaikan kerja & masalah ‘pending’,