Networking Visit #1 – National University of Science & Technology (NUST), Islamabad, Pakistan

“Networking Visit #1” bersama Pengurusan Tertinggi NUST (Islamabad, Pakistan), staf akademik School of Chemical and Materials Engineering (SCME), Center for Advanced Energy dan yang terakhir Center for Innovation and Entrepreneurship.

Team kami (Chemical Reaction Engineering Group) diketuai Prof. Ir. Dr. Nor Aishah Saidina Amin. Manakala saya, Dr. Mohd Asmadi Yussuf & Dr. Muhammad Tahir sebagai team members.

NUST ternyata sebuah universiti swasta baru (tertubuh sekitar awal 90an) yang sangat hebat. Keupayaannya menjadi Top University di Pakistan dalam masa yang sangat singkat amat mengkagumkan. SCME juga dimaklumkan adalah school yang paling berjaya di NUST, dengan keupayaan research yang luar biasa walaupun dengan 12 tenaga akademik sahaja tetapi penghasilan penyelidikan sungguh awesome.

Layanan dan hospitality pihak NUST amat kami hargai. We are so touched. Mereka menyantuni kami dengan begitu baik sekali.

Kami berterima kasih kepada Islamic Development Bank (IDB) kerana memberi peluang kepada team kami, melalui kemenangan dana oleh Faculty of Chemical and Energy Engineering (FCEE) untuk melangsungkan aktiviti ini. Penghargaan juga buat pengurusan Tertinggi FKT atas sokongan dan kerjasama yang dihulur.