Deprecated: Function add_custom_background is deprecated since version 3.4.0! Use add_theme_support( 'custom-background', $args ) instead. in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6078
analytics plugin | Ir. Ts. Dr. Zaki Yamani Zakaria Official Page

Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

#1 Sharing 1 New Knowledge Per Day – GA Google Analytics

Video ini adalah video pertama saya dalam siri “Sharing 1 New Knowledge Per Day”.

Saya sebenarnya dah plan lama nak buat satu perkongsian seperti ini iaitu pada 1 January 2020 di blog rasmi kerja saya iaitu http://people.utm.my/zakiyamani.

Tapi disebabkan saya telah dahulukan lagi satu projek iaitu “One Official Task Per Day” (https://people.utm.my/zakiyamani/cate…) di blog berkenaan, dan kerana kekangan masa, maka terbantutlah perancangan saya tersebut. Semalam tercetus idea ini kembali, iaitu nak teruskan perkongsiang “Sharing 1 New Knowledge Per Day” tapi dalam bentuk video di Youtube, di channel saya sendiri.

KONSEP:

1) Saya akan share dalam video ilmu baru yang saya belajar secara langsung atau tidak langsung pada hari tersebut. Moga memberi manfaat kepada sesiapa yang melihatnya. It can be any thing. Mungkin ada orang yang sudah tau, ada juga yang belum tau. Apa-apa pun ini lah sumbangan saya dalam berkongsi “miscellaneous knowledge”.

2) Saya rakamkan di mana sahaja, asalkan ada masa nak rakam, dan video ini saya upload terus secara raw, tiada editing langsung, sebab saya pun tak sempat nak edit-edit video. Maklumlah urusan dan kerja lain ada banyak lagi. Kalau ada masa, saya cuba belajar editing video sikit-sikit.

3) Dengan itu, saya dapat mencapai sasaran saya iaitu perkongsian 1 ilmu sehari, dapat menyimpan ilmu & video dalam arkib youtube serta dapat rujuk kembali ilmu2 baru yang saya belajar pada masa akan datang. Ianya boleh jadi satu memori, mana tau, kalau panjang umur, nanti masa umur 50an atau 60an, boleh tengok balik. Boleh share pada anak cucu dan sebagainya.

SIAPA SAYA?

Jawapanya: https://people.utm.my/zakiyamani/abou… Sekiranya ada pandangan dan komen, boleh lah diutarakan di bahagian komen di bawah video. Saya hargai segala feedback. Saya pun sentiasa belajar dan terus belajar setiap hari.

Tentang Perkongsian #1 Sharing 1 New Knowledge Per Day: GA Google Analytics WP Plugin integrated with Google Analytics

PERALATAN: Saya rakam video ini simple sahaja, iaitu dengan menggunakan Handphone Huawei Nova 2i. Tidaklah canggih sampai ada mic, digital kamera khas dan sebagainya.

Sila SUBSCRIBE pada Channel saya (Tekan Loceng), LIKE serta SHARE video saya sekiranya anda suka dengan kandungannya.

Terima kasih. Wassallam