2021 Day 114 Tasks – Sesi Temubual Calon Anugerah Pengajaran 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa saudara adalah dijemput untuk menghadiri Sesi Temubual Calon Anugerah Pengajaran 2020 bersama Panel Pemilih yang akan dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Ir. Dr. Zainuddin Abdul Manan, Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) seperti butiran berikut :

Tarikh : 25 April 2021 (Ahad)

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat SPS 3, Aras 3, Blok F4, Bangunan Pusat Siswazah, UTM Johor Bahru.

  1. Dalam sesi temubual, saudara akan dinilai berasaskan kriteria seperti berikut: I. Usaha-usaha Penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran II. Amalan Aktiviti Pengajaran Terkini III. Kesarjanaan Dalam Pengajaran IV. Pembangunan Bahan Kuliah dan Inovasi Kaedah P &amp; P V. Penilaian ke Atas pengajaran dan Bahan Kuliah VI. Sokongan Pelajar</code></pre></li>Sehubungan dengan itu, saudara dikehendaki membawa bahan-bahan atau dokumen-dokumen yang menyokong perkara di atas untuk semakan dan pengesahan Panel Pemilih.

2021 Day 86 Tasks – Viewing and Learning from Sharing of Prof Zaidatun

Pihak Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead) akan menganjurkan satu sesi perkongsian Anugerah PengajaranUTMseperti butiran di bawah :

Tajuk : Sesi Perkongsian Anugerah Pengajaran UTM

Tarikh : 28 Mac 2021 (Ahad)

Masa : 11.00 pagi – 1.00 petang
Platform : Aplikasi WEBEX

I participated in the above mentioned sharing after completing my MKKK Master Safety class. It was a very interesting sharing by Prof Zaidatun and I learned a lot from her sharing. I now know what I need to do in order to improve my Teaching Award application.

Other highlighted tasks of the day:

  • MKKK Master Safety Online Class
  • Coordinated some of the RCEE2021 work
  • Meeting on CEE Coffee Table Book
  • Check PSM student progress report

MAJLIS ANUGERAH GEMILANG FAKULTI KEJURUTERAAN 2019 @ Dewan Kencanapuri, Pulai Spring Resort

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas 2 Anugerah Individu yang di peroleh dalam Majlis Anugerah Gemilang Fakulti Kejuruteraan 2019.

Tak sangka mendapat Anugerah Webometrik sebenarnya. Anugerah Pengajaran pula sebenarnya tak pernah terfikir langsung, tapi diberi kepercayaan penuh oleh Puan Direktor, Dr. Hajar Alias dan disokong oleh Chair School of Chemical and Energy Engineering. Turut memberi dorongan serta motivasi untuk Anugerah Pengajaran adalah PM Dr. Mohd Kamaruddin Abdul Hamid dan room-mate PM Dr. Mazura Jusoh. Tak lupa juga mentor pengajaran saya Prof. Dr. Khairiyah Mohd Yusof, yang mana membimbing saya sejak 2008.

Alhamdulillah research group saya iaitu Chemical Reaction Engineering Group (CREG) di bawah pimpinan Prof. Dr. NASA juga telah meraih Research Group Terbaik! Alhamdulillah syukur.

Check out more pictures from my FB post here.