2021 Day 114 Tasks – Sesi Temubual Calon Anugerah Pengajaran 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa saudara adalah dijemput untuk menghadiri Sesi Temubual Calon Anugerah Pengajaran 2020 bersama Panel Pemilih yang akan dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Ir. Dr. Zainuddin Abdul Manan, Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) seperti butiran berikut :

Tarikh : 25 April 2021 (Ahad)

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat SPS 3, Aras 3, Blok F4, Bangunan Pusat Siswazah, UTM Johor Bahru.

  1. Dalam sesi temubual, saudara akan dinilai berasaskan kriteria seperti berikut: I. Usaha-usaha Penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran II. Amalan Aktiviti Pengajaran Terkini III. Kesarjanaan Dalam Pengajaran IV. Pembangunan Bahan Kuliah dan Inovasi Kaedah P &amp; P V. Penilaian ke Atas pengajaran dan Bahan Kuliah VI. Sokongan Pelajar</code></pre></li>Sehubungan dengan itu, saudara dikehendaki membawa bahan-bahan atau dokumen-dokumen yang menyokong perkara di atas untuk semakan dan pengesahan Panel Pemilih.