Explaination about Johari Window.
Uploaded by Zaki Yamani Zakaria
July 23, 2018 at 06:03PM
from Facebook https://ift.tt/2O4KBwJ
via IFTTT
Ir. Ts. Dr. Zaki Yamani Zakaria Official Page
School of Chemical & Energy Engineering, Faculty Engineering, UTM
Explaination about Johari Window.
Uploaded by Zaki Yamani Zakaria
July 23, 2018 at 06:03PM
from Facebook https://ift.tt/2O4KBwJ
via IFTTT
My last meeting as an administrator of the faculty.
Akhirnya masa tersebut tiba. Hampir 2 tahun saya menjadi Pengurus Fasiliti (PF) untuk Faculty of Chemical and Energy Engineering (FCEE).
Terbentuknya jawatan Pengurus Fasiliti 2 tahun lalu kerana restructuring kecil UTM yang menggabungkan jawatan Pengurus Makmal dan Pengurus IT, atas justifikasi tertentu. Namun skop dan tanggungjawap bukan lah hanya skop makmal dan IT, malah umum menganggap fasiliti merangkumi semua fasiliti / prasarana di fakulti. Kita usaha dan cuba bantu aspek makmal, IT dan fasiliti serta apa-apa sahaja di fakulti semampunya di zaman kemelesetan ekonomi. Saya telah berusaha sedaya upaya saya menjalankan amanah yang diberi oleh mantan dekan FCEE Prof. Ir. Dr. Zain Manan pada 2016 lalu.
Saya nak memberi penghargaan kepada barisan hadapan / front liner saya yang telah memberikan support, bantuan, kemudahan dan kerjasama kepada saya sepanjang menjadi PF.
Penyelaras Makmal Dr. Mahadhir Mohamed dan Penyelaras IT Dr. Arif Aziz.
Para Ketua Makmal PM Dr. Mazura Jusoh, PM Dr. Norzita Ngadi, PM Dr. Khaidzir Hamzah, Dr. Elijah Lai, Dr. Yanti Maslina Mohd Yusoff, Dr. Mohd Dinie Muhaimin, Dr. Anam, Dr. Zulhairun A.Karim, Dr. Nazri Sokri, Hj. Fauzi, Dr. Jasman.
Puan Zaimarhamah (Safety Officer dan Ketua Staf Teknikal Makmal ex FKK) . En. Jamal Asri (Ketua Staf Teknikal Makmal ex FPREE).
Staf Unit IT yang diketuai Ejat Ct Khatijah dan ahlinya Nazri Samin, Halimatun, Mohd Shafiq Md Hidiah.
Pembantu Khas PF: Shaeza Shazali (May 17 – June 18) & Liana (Ogos 16 – May 17). Juga Dian Adzar yang sekali sekala bantu hal ehwal JKKP, Fire Drill etc.
Marina Mukhtar yang amat gigih membantu menguruskan semua perolehan RMK11. Fazli Ishak yang membantu banyak dalam urusan penjanaan pendapatan di FCEE.
Kesemua Penolong Jurutera, Penolong Pegawai Sains di kesemua makmal di FCEE. Banyak sangat kalau nak senaraikan semua.
Staf Pejabat Harta Bina (PHB) yang juga banyak membantu seperti En. En Shalan, Pn. Haliza, En. Nazeri, En. Irwan dan lain-lain.
Staf Pentadbir FKT TP Mohd Fauzi dan PP Nurazlyna Marjid.
Jazakallah dan terima kasih semua.
Good luck PM. Dr. Zainul Akmar Zakaria. Semoga dapat menggalas tanggung jawap dengan penuh karisma dan keunggulan. I know you can do it.
InsyaAllah lepas ni saya available di FCEE dan akan fokus pada pengajaran dan penyelidikan.
All the best new Assistant Chair (Facility) for the School of Chemical and Energy Engineering, Assoc. Prof. Dr. Zainul Akmar Zakaria.
Selamat tinggal…
Bacaan doa selepas marhaban di rumah En. Najib (bukan agen Bijan).
Alhamdulillah kemeriahan dan kemesraan marhaban diteruskan pada malam ke-3 di 7 buah rumah di lorong 1 & 3.
Marhaban di rumah En. Nazri, jemaah terbaru komuniti Bistari.
Marhaban di rumah PM Dr. Nor Azman Ismail.
Jamuan di rumah akhir Hj. Ismail.
Kesucian, keluhuran, kemeriahan marhaban bermula kembali. Seperti kebiasaannya marhaban tahun ini bermula dari lorong 13, 14, 15, iaitu rumah kami. Marathon warna warni marhaban mewujudkan untaian dan keindahan ukhuwah dalam setiap episod ziarah rumah ke rumah. Laungan selawat yang penuh semangat, disusuli doa dan ucapan tuan rumah dan di akhiri jamuan ringan (berat di rumah terakhir) sentiasa mewujudkan pengalaman dan memori unik kepada jemaah surau dan ahli taman yang menyertai marhaban.
Yang dewasa menyukuri nikmat persaudaraan, yang cilik girang menerima duit raya. Kaum ibu juga kali ini secara selari bermarhaban di lorong yabg sama, selang waktu yang lain.
Semalam sudah. Hari ini sudah. Ada 8 malam lagi kita akan berkembara dalam marhaban seterusnya. InsyaAllah semoga dipermudah dan semoga semua peroleh berkah dan rahmah. Amin.
Take a break after marhaban at my place.
Saya dan Pengerusi Surau, Tuan Azad Anugerah.
Jamuan ringkas roti jala dihidang selepas selasai selawat, doa dan ucapan tuan rumah.
Santai selepas marhaban.
Ok juga roti jala ni… Hehe
Lagi marhaban di salah sebuah rumah jiran.
Juga marhaban di rumah jiran.
Marhaban di rumah jiran.
Jamuan heavy weight di rumah En. Ismail.
Marhaban di rumah En. Rosli, Bestari 14.
Marhaban malam ini (Selasa). Tak ambik banyak gambar sebab fokus benda lain… 🙂
Lagi marhaban di rumah jiran lain. Aduhai tak ingat pula rumah siapa… Maaf…
Sekitar sketsa marhaban.
Semua tuan-tuan rumah marhaban Isnin malam. Dari kiri, saya, En. Razi, En. Najib, En. Ismail.
Semua tuan-tuan rumah marhaban Isnin malam. Dari kiri En. Zahari, Hj. Yusuf, En. Zaini.
Semua tuan-tuan rumah marhaban Isnin malam. Dari kiri Cikgu Tukiman, En. Ismail, En. Rosli.
Kisah Sabtu sebelum maraton cuti raya berakhir. Pagi-pagi menyambut bibik di Senai Airport. Welcome back home bibik… 🙂 So kami sekeluarga dah boleh relax sikit dari buat house chores.
Then menunaikan kewajipan memenuhi jemputan kenduri kahwin anak bongsu Arwah Ustaz Khir, jiran di Taman Gembira, yang juga adik bongsu kepada Dr. Zulkifli Khair dan adik ipar Prof Ida Idayu Muhamad. Di langsungkan di Masjid Lapangan Terbang Senai. Pertama kali sampai masjid ni, indah mempersona sungguh. Sejuk nyaman d tenang berada di masjid tersebut. Majlis pun alhamdulillah baik dan kelihatan harmoni.
Kemudian memenuhi pelawaan jiran sempena Eid Mubarak, Prof Linda Hashim. Alhamdulillah semuanya baik, makanan pun best, hujan yang turun membasahi bumi membawa bersama rezeki dan rahmat. Seronok menimang Aira, anak bongsu Siti Hajjar Che Man yang comel sangat. Jap jap… Anak-anak kawan2 lain pun memang comel dan cute belaka.
Then jumpa kawan lama duduk sebelah sebelah masa Form 2 di EC dulu, David Teh Meng Chee. Thanks Teh for coming all the way from Shanghai, Singapore, then meeting us at our home before uniting with your family just now. It was indeed a very good reunion, interesting unique discussion and well… Let’s meet up again in few months time. Dah 27 tahun tak jumpa… Wow such a long time.
Akhirnya, nak jumpa partner in crime Zamrin Md Zin sat lagi di surau jap. See you jap lagi bro.
Aduhai, besok dah start kerja 🙁 then banyak betul meeting. Mood or mood, please come.
Bukan senang nak dapat semua ahli keluarga, adik beradik beserta keluarga masing-masing dapat berkumpul untuk snap big family photo sesama. Alhamdulillah syukur tahun ni dapat kita berkumpul beramai-ramai lengkap. Family Rina-Nazrul yang menetap di Qatar pun dapat berada bersama. Lokasi photo shooting adalah di Masjid Bandar Dato Onn, Johor Bahru.
Penting ada big family foto supaya boleh kenangkan moment bersama Tokwan (Zakaria Bahari @ Pakya) & Grandma (Sumantri) . Also ada family Zaki, Aziruddin (Dean Zakaria), Rina, Arif dan Adi (Rozzak Zakaria).
Tema family:
Tokwan & Grandma (Rumah Biru)
Family Zaki (Rumah Maroon)
Family Aziruddin (Rumah Hijau)
Family Rina (Rumah Pink)
Family Arif (Rumah Biru)
Family Adi (Rumah Cokelat)
Keluarga besar Pakya Sumantri akhirnya dapat bersama mengabadikan memori raya 2018.
Keluarga Zaki-Zura bersama mama & ayah 🙂
Pak Ngah Dean Zakaria berusaha snap foto dari sudut yang lebih artistik.
Our family di dalam masjid. Rare dapat buat macam ni.
Inilah Pakya (Zakaria Bahari). Happy belated father’s Day ayah 😉
Me and my ayah.
Jantan-jantan dalam keluarga Pakya Sumantri.
Bung-Bunga dalam keluarga Pakya Sumantri.
Keluarga besar Pakya Sumantri berposing dalam masjid.
Repord card saya semasa darjah 1 (1983).
Parents saya kemas rumah lalu terjumpa report card saya semasa tadika dan sekolah rendah tahap 1 (darjah 1, 2 & 3). Ini rekod prestasi saya lebih kurang 33 – 37 tahun lepas. Sudah lama dahulu. Bila saya lihat sendiri, nampak macam ok juga lah prestasi saya ni dulu… 🙂
Kenangan oh kenangan. Missing this time walaupun kurang ingat waktu itu.
Report card saya semasa di SRK Jalan Pasar 1 semasa darjah 3 (1985) dan darjah 1 (1983).
Rekod fizikal saya semasa di tadika sewaktu 6 tahun (1982).
Komen cikgu tadika saya semasa 6 tahun (1982).
Tanda tangan cikgu dan ayah saya semasa di tadika sewaktu usia saya 6 tahun (1982).
Uploaded by Zaki Yamani Zakaria
June 20, 2018 at 10:51PM
from Facebook https://ift.tt/2tdnCXu
via IFTTT
Rekod tadika semasa saya berumur 5 tahun (1981).
Uploaded by Zaki Yamani Zakaria
June 20, 2018 at 10:51PM
from Facebook https://ift.tt/2I6FGqE
via IFTTT
Komen cikgu saya dalam report card semasa darjah 1B (1983).
Uploaded by Zaki Yamani Zakaria
June 20, 2018 at 10:51PM
from Facebook https://ift.tt/2JUmyCb
via IFTTT