Kasih ikhlas dalam masakan,
Si zaujah bergelut sedia santapan,
Grill makeral panas pentas hidangan,
Scamble egg, salad, roti garlic meneman.
Ir. Ts. Dr. Zaki Yamani Zakaria Official Page
School of Chemical & Energy Engineering, Faculty Engineering, UTM
Kasih ikhlas dalam masakan,
Si zaujah bergelut sedia santapan,
Grill makeral panas pentas hidangan,
Scamble egg, salad, roti garlic meneman.
Syukur alhamdulillah atas kejayaan,
Berkat kerjasama mantap ahli pasukan,
Kilauan emas tak sangka dalam dakapan,
Sukses i-Phex 2017 terpateri dalam ingatan.
Team members: Dr. Aziatul Niza (presenter), PM Dr. Mimi Haryani (presenter), Fazirah Jumari (presenter), Dr. Arif Aziz, Dr. Azizul Azri Mustaffa, Dr. Siti Hajjar, Dr. Norhayani, myself & mentor Prof. Khairiyah MY. Thanks all.
Satu kelas dan mesyuarat hidangan pagi,
4 pertemuan pelajar diselang seli,
2 makalah jurnal selesai ditulisi,
Beberapa dokumen ditanda tangani.
Tugasan mendidik biarlah mengispirasi,
Agar beri impak dan motivasi,
Syukur usai tugasan kritikal hari ini,
Nikmati rehat minda, fizikal dan hati.
Berikut adalah poster dan jadual Kursus Asas Haji di Surau Al-Taqwa, Kangkar Pulai, Johor.
Sekitar perjalanan Mesyuarat akhir sebelum Kursus Asas Haji (1) di Surau Al Taqwa. Kelihatan Tuan Haji Shahrom dan En. Zul.
Pengarah Program Kursus Asas Haji Bersiri, En. Zulhelmi B. Soheh sedang mengutarakan pandangan beliau. Kelihatan bersamanya Ustaz Ismail Mustari, Bilal En. Azlan dan Penjaga parking tetap surau En. Ijat.
Inilah hampir kesemua AJK untuk Program Kursus Asas Haji Bersiri anjuran Surau Al-Taqwa. Ini adalah mesyuarat terakhir sebelum program dirasmikan dan dimulakan seminggu akan datang. Semoga Allah mempermudahkan urusan agama ini. Amin.
Anugerah cuti kemenangan JDT,
Isnin dimulai dengan amanat sang NC,
Padat sarat kaya emosi berinformasi,
Minggu ni wajib selesaikan 4 misi.
Lain hulu lain parang,
Lain dulu lain sekarang,
Pesanan sang NC perlu diselam,
Moga rakyat UTM setia faham.
Saya pengumpul tegar tin Coca Cola dari pelbagai negara. Terima kasih Arivind, bekas student saya di SKKK 2016 dahulu. Beliau ingat hobby saya ni dan menghadiahkan setin Coke yang dibeli di Jepun sewaktu lawatannya ke Negara Matahari terbit baru-baru ini.
Hamba ada pelbagai hobi gila,
Salah satunya mengumpul tin coca cola,
Koleksi dari pelbagai sudut negara,
Sekadar aspirasi keunikan berbeza…