Balik Kerja Tanam 4 Pokok Sawi

Baru tadi dapat ambil 1 guni cocopeat dari Dr. Fhairna beserta capilary dan distributor (10 unit) untuk projek fertigasi mini saya di rumah. Saya sebenarnya dah tanam 10 + 5 pokok. Tapi tak cukup cocopeat, makanya terbengkalai lah nak proceed 2-3 hari lepas. Tapi sebab baru dapat 1 guni cocopeat dan dapat benih sawi baru dari Dr. Fhairna, maka saya pun dengan penuh semangat, mengorak langkap menanam 4 lagi pokok sawi hari ni. Pokok sawi ni pokok baru lah.

Sambil-sambil tu, saya periksa kesemua pokok-pokok yang lain. Saya ukur kesemua ketinggian pokok cili api, ada 6 kesemuanya. Saya dah update di FB Page Fertigasi saya. Tapi yang paling membuatkan saya teruja adalah, saya nampak ada pucuk hijau kecil comel keluar dari cocopeat untuk kedua-dua pokok bendi saya. WOW… alhamdulillah… Syukur.

Fertigasi Mini di Rumah Semudah A, B, C

Alhamdulillah, saya baru set up satu blog baru iaitu Fertigasi Mini di Rumah Semudah A, B, C.  Dalam blog ini, saya dan rakan saya Zamrin akan berkongsi pengalaman kami memulakan projek fertigasi mini mudah di rumah. Semua ni setelah kami sama-sama menghadiri Program Wah! Mudahnya fertigasi di Rumah yang telah di anjurkan semalam.

Saya telah pun menulis posting pertama saya. Anda boleh baca di pautan di bawah ini:

https://fertigasiminidirumah.blogspot.com/2019/07/teringin-buat-fertigasi-di-rumah-tapi.html