Day 45 Task – Get Together with My Academic Advisee Students

Rancangan mengadakan get together bersama student Penasihat Akademik (PA) saya akhirnya dapat dijayakan pada hari ini di rumah saya. Alhamdulillah. Ini adalah set pelajar PA saya yang kedua dalam karier saya sebagai pensyarah. Pelajar PA saya sekarang berada dalam tahun kedua pengajian semester kedua.

Kesemua mereka ada 23 orang dan yang hadir 15. Yang tak hadir ada hal dan urusan tertentu. It is ok. Tapi 15 pelajar yang hadir saya berikan sepatah dua kata motivasi dan bayangan perancangan karier serta bayangan perancangan akhir pengajian. Program start pukul 6pm, dengan sedikit riadhah, bola dan badminton. Main kejap je, lepas tu buat tour rumah, dan diikuti dengan makan malam. Lepas tu solat magrib kejap dan sesi ceritera motivasi masa hadapan. Alhamdulillah semua kenyang dan happy :).

Terima kasih isteri PM Dr. Mazura yang memberi sokongan dan bantu bertungkus lumus masak di dapur. Ikhwan, Marsya, Alya, Zara, Bibik… Semuanya berhempas pulas bantu prep the house for the event.
Thanks Ikhwan buatkan video amazing untuk rekodkan event ini.

Check out link YouTube di bawah untuk melihat perjalanan get together saya dan student PA saya:

Lepas ni ready untuk get together dengan PA Student wife pulak.

Read all my “1 Official Task Per Day Record Challenge for 2020” —> https://people.utm.my/zakiyamani/category/1-activity-1-day/