Kesucian, keluhuran, kemeriahan marhaban bermula kembali. Seperti kebiasaannya marhaban tahun ini bermula dari lorong 13, 14, 15, iaitu rumah kami. Marathon warna warni marhaban mewujudkan untaian dan keindahan ukhuwah dalam setiap episod ziarah rumah ke rumah. Laungan selawat yang penuh semangat, disusuli doa dan ucapan tuan rumah dan di akhiri jamuan ringan (berat di rumah terakhir) sentiasa mewujudkan pengalaman dan memori unik kepada jemaah surau dan ahli taman yang menyertai marhaban.
Yang dewasa menyukuri nikmat persaudaraan, yang cilik girang menerima duit raya. Kaum ibu juga kali ini secara selari bermarhaban di lorong yabg sama, selang waktu yang lain.
Semalam sudah. Hari ini sudah. Ada 8 malam lagi kita akan berkembara dalam marhaban seterusnya. InsyaAllah semoga dipermudah dan semoga semua peroleh berkah dan rahmah. Amin.
Take a break after marhaban at my place.
Saya dan Pengerusi Surau, Tuan Azad Anugerah.
Jamuan ringkas roti jala dihidang selepas selasai selawat, doa dan ucapan tuan rumah.
Santai selepas marhaban.
Ok juga roti jala ni… Hehe
Lagi marhaban di salah sebuah rumah jiran.
Juga marhaban di rumah jiran.
Marhaban di rumah jiran.
Jamuan heavy weight di rumah En. Ismail.
Marhaban di rumah En. Rosli, Bestari 14.
Marhaban malam ini (Selasa). Tak ambik banyak gambar sebab fokus benda lain… 🙂
Lagi marhaban di rumah jiran lain. Aduhai tak ingat pula rumah siapa… Maaf…
Sekitar sketsa marhaban.
Semua tuan-tuan rumah marhaban Isnin malam. Dari kiri, saya, En. Razi, En. Najib, En. Ismail.
Semua tuan-tuan rumah marhaban Isnin malam. Dari kiri En. Zahari, Hj. Yusuf, En. Zaini.
Semua tuan-tuan rumah marhaban Isnin malam. Dari kiri Cikgu Tukiman, En. Ismail, En. Rosli.