Day 240 Task – Majlis Penghargaan Staf Bersara dan Berpindah

JEMPUTAN KE MAJLIS PENGHARGAAN STAF BERSARA DAN BERPINDAH 2020

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan SKT Bil 4/2020 pada 13 Julai 2020 telah bersetuju untuk    menganjurkan Majlis Penghargaan Staf Bersara dan Berpindah 2020.  Sehubungan itu, majlis berkenaan akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Kebajikan Staf dan Rekreasi Staf SKT (JAKRIS) pada tarikh berikut ;

Tarikh :   27 Ogos 2020 (Khamis)

Masa  :   9.00 – 12.30 tengahari

Tempat :   Dewan Pengajaran N29

 

3.    YBrs Prof./Prof. Madya /Dr./Tuan/Puan dengan hormatnya dijemput untuk menghadiri Majlis tersebut bagi meraikan staf yang bersara dan berpindah pada tahun 2020. Bersama ini disertakan aturcara majlis untuk rujukan.

 

4.    JAKRIS  akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan pengendalian majlis tersebut  mematuhi SOP yang ditetapkan oleh UTM/KPT/KKM  dan selaras dengan itu,  staf yang hadir diminta untuk memakai pelitup muka.

 

5.    JAKRIS juga amat mengalu-alukan sebarang sumbangan/tajaan daripada YBrs Prof./Prof. Madya /Dr./Tuan/Puan untuk menambah/menaja menu selain daripada menu yang disediakan oleh JAKRIS untuk majlis berkenaan.

 

Kehadiran dan kerjasama  YBrs Prof./Prof. Madya /Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 

After the event, I visited N12 research lab as per the invitation by Dr. Norasikin to view the GC TCD-FID set. It seems working and I will happily accept the GC. alhamdulillah.

Read all my “1 Official Task Per Day Record Challenge for 2020” —> https://people.utm.my/zakiyamani/category/1-activity-1-day/