Day 220 Task – Preparation for Surau Al-Taqwa for the 1st Ever Surau Jumaat

SOLAT JUMAAT PKPP DI SURAU AL TAQWA, BANDAR BARU KANGKAR PULAI

Alhamdullillah, Surau Al Taqwa telah diberikan kebenaran untuk mengadakan Solat Jumaat bermula hari ini, 7 Ogos 2020.

Kesemua ahli kariah warganegara berumur antara 15 hingga 70 tahun dijemput bersama mendirikan solat Jumaat di sini.

Aturcara :
12.00 pm
Kaunter Pendaftaran dibuka.
12.15 pm
Bacaan Surah Al-Kahfi.
1.00 pm
Pengisytiharan Solat Jumaat.
1.10 pm
Pagar masuk akan ditutup.

Bagi melancarkan proses pendaftaran dan semakan suhu, tuan-tuan digalakkan mendaftar nama terlebih dahulu di sini :
https://solatjumaat.glideapp.io/
* Tuan-tuan boleh membuat semakan nama sekiranya pernah mendaftar.

Jemaah perlu mengikut Tatacara Solat Jumaat yang telah digariskan seperti berikut :

1. Mengambil wuduk dari rumah.
2. Membawa sejadah sendiri.
3. Memakai pelitup mulut.
4. Mendaftar nama dan semakan suhu di kaunter pendaftaran.
5. Masuk mengikut pintu yg disediakan dan akan dibantu oleh petugas.
6. Gunakan Sanitizer tangan yang disediakan.
7. Terus ke tempat yang telah ditandakan.
8. Menjaga jarak sosial minima 1m.
9. Masuk dan keluar dari kawasan solat dengan teratur dan berjarak.

Jazakallahu Khairan Kathira

Read all my “1 Official Task Per Day Record Challenge for 2020” —> https://people.utm.my/zakiyamani/category/1-activity-1-day/