Universiti tertua di Pakistan sejak 1880an. Universitinya sangat luas, tersusun, landai, kelihatan sangat teratur, seronok melihat suasana di Punjab University. Di dalam kampus juga terdapat beberapa ladang buang mawar, beberapa ladang bijirin gandum, beberapa taman organik serta beberapa padang khas untuk warga kampus berehat atau buat study group. Suasananya memang tenang, aman, tenteram, tak seperti di luarnya iaitu kota Lahore yang sangat sibuk.
Institute of Chemical Engineering and Technology di Punjab University amat kuat dan hebat. Ianya bertanggungjawap melahirkan begitu ramai chemical engineer yang berbakti untuk memajukan Pakistan dan ada juga segelintir yang berkhidmat di luar Pakistan. Jabatan ini fokusnya lebih kepada program sarjana muda dan kurang fokus ada program pasca siswazah. Akan tetapi feeder dari Punjab University ternyata sangat berkualiti tinggi. Pengalaman bekerja dengan Dr. Muhammad Tahir dan Associate Professor Javaid Akhtar di Chemical Reaction Engineering Group (CREG) adalah contoh baik di mana mereka merupakan lulusan Punjab University. Saya juga ada bekas pelajar Pakistan dalam kelas Master saya seperti Usman Ghumman yang juga berasal dari universiti ini.
Lawatan kami ke Punjab University sangat unik. Kami dijemput sendiri dari Executive Club (tempat kami bermalam yang juga ditaja oleh University Punjab) oleh Program Director Institute of Chemical Engineering & Technology (Beliau ni level Dekan). Setibanya di situ kami semua diberikan jambangan bunga ros merah, first time dapat ros sebanyak tu… Kami berjumpa dan berdiskusi dengan Staf Akademiknya dan selepas itu dibawa melawat makmal-makmal. Kebanyakan makmal agak berusia tetapi di jaga dan diurus dengan sangat baik.
Kemudiaanya kami dibawa ke Pejabat Naib Cancelor dan berjumpa dengan wakil Naib Cancelor (NC). NC sememangnya menantikan kami tetapi beliau terpaksa bergegas ke urusan penting lain. Bersama wakil NC, kami menandatangani draf MOU dengan harapan dapat menerbitkan jaringan kerjasama antara UTM dan University Punjab.
Muhammad Umer, Usman Sharif, how about your BSc… 🙂 from Punjab Uni as well?