Gaji dan Elaun Tidak Dibayar?

APA YANG PATUT ANDA BUAT  SEKIRANYA GAJI ANDA TIDAK DITERIMA PADA HARI GAJI ?

…………..SABAR-SABAR………

Berikut Merupakan Tindakan yang anda perlu Buat 

1. Membuat semakan dengan Maklumat Peribadi saudara di Sistem UTMHR sama ada no akaun bank gaji anda dalam sistem nombor yang betul atau sebaliknya

https://hrfin.utm.my/smuhr/

2.  Jika tiada masalah, Sila membuat semakan dengan pejabat Bendahari UTM status Gaji saudara. Antara Kemungkinan Gaji anda :

               a- Bank Gagal Mengkreditkan gaji anda pada masa yang ditetapkan( Hari Gaji :                         8.00 A.M

               b-Bank Reject Autopay Gaji saudara kerana terdapat masalah no akaun.

                c-PSM  PTJ gagal membuat ROC penyambungan Kontrak/ Pelarasan Gaji atau                         kesilapan ketika membuat ROC online

                d- Masalah teknikal sistem UTMFIn/UTMHR yang mengakibatkan Gaji saudara                      tidak berjaya diproses

                e- Masalah teknikal sistem Bank CIMB atau bank anda yang menyebabkan gaji                           saudara tidak dapat diproses

4. Saudara boleh memohon pendahuluan gaji melalui PSM PTJ masing-masing sekiranya :

                  a-  Kesilapan teknikal

                  b- PSM gagal membuat ROC online penyambungan kontrak

                 c- Reject Transaction daripada pihak Bank


  PENDAHULUAN GAJI MERUPAKAN BUDI BICARA PEJABAT BENDAHARI UTM…………..!

Perkara Penting Untuk Staf Baru

Perkara pertama yang saya ingin katakan bagi staf baru ialah 

Namun banyak perkara yang kamu perlu tahu terutamanya berkaitan Emolumen. Jika kamu semua mengambil perkara dibuat tidak penting, maka keberangkalian kamu tidak mendapat gaji adalah tinggi. So apa yang ingi saya highlight kat sini perlu di ambil perhatian . Antara Perkara yang perlu dibuat oleh saudara semua ialah :

1. Pastikan saudara telah Mendaftarkan NO KWSP bagi staf lantikan baru yang belum pernah bekerja di mana-mana jaabatan kerajaan

2. Memastikan lantikan saudara telah dikemaskini di modul ROC online oleh Pihak PSM PTJ masing-masing.

3. Pastikan No akaun bank dalam sistem UTMHR dimaklumat peribadi saudara adalah tepat. Jika tidak gaji dan elaun saudara tidak dapat dikreditkan ke akaun saudara.

4. Pastikan Maklumat Cukai pendapatan dikemaskini oleh saudara dan pihak PSM bagi mengelakan saudara dikenakan panelti jika audit desk Cukai Pendapatan dibuat oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri dan saudara tidak pernah membayar cukai pendapatan.

5. Sebarang Perubahan No Akaun perlu ke Pejabat Bendahari dan lampirkan salinan Muka depan Bank atau salinan slip bank .

6. Bagi staf lantikan Kontrak pastikan saudara mempunyai No SOCSO bagi memudahkan pihak Universiti membuat pembayaran SOSCSO kepada pihak Berkitan

BANTULAH DIRI ANDA SEKIRANYA ANDA MENERLUKAN GAJI DAN ELAUN ANDA 

Cukai Pendapatan Tahun 2013

Cukai Pendapatan tahun 2013 perlu dikemaskini dalam sistem E-Filing bermula Mac 2014 . Setiap Orang dikehendaki melengkapkan maklumat cukai pendapatan bagi sebelum tarikh tutup pada 30 April 2014 bagi taksiran tahun 2013. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan seseorang dikenakan panelti maksimum sebanyak 25% daripada nilai taksiran cukai.

Setiap staf perlu berbuat demikian terutama sekali bagi staf yang telah mempunyai file cukai pendapatan atau telah dikenakan potongan Cukai Bulanan pada slip gaji mereka. Potongan cukai bulanan bukan bermakna seseorang itu selesai urusan dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri tetapi mereka perlu membuat taksiran dan membayar bayaran cukai tambahan sekiranya taksiran dikenakan cukai lebih tinggi daripada jumlah cukai PCB pada akhir tahun