The First Principle

The First Principle is the inquiry of the pre Socratic philosphers. By pre Socratic philosophers, we meant those Greek philosophers who lived before Socrates starting from the time of Thales of Miletus to Socrates to Socrates of Athens. Thales questioned about what is the First Cause of the existence, the element or matter from which everyone and everything else came. He eventually came to the conclusion that WATER was the First Cause as it could assume different forms, could become steam when heated and turn into ice when frozen and seemed to be in all living things.

However, his view was refuted by Anaximander who argued that the First Cause was beyond matter or elements. To him, it was INFINITE, a COSMIC FORCE OF CREATIVE ENERGY that constantly create, destroy and remake the observable world.

Penghasilan & Pembentangan Poster

Untuk kursus UHIS1022: Falsafah dan Isu Semasa pada semester ini, antara tugasan yang diberi kepada pelajar ialah menghasilkan poster. Ini antara persoalan yang berlegar di fikiran pelajar apabila kali pertama mereka diminta  untuk menghasilkan poster.

Kenapa poster? Untuk mempamerkan hasil kajian secara jelas ringkas dan padat di samping boleh menarik minat untuk mengetahui dan  berbincang lebih lanjut mengenai kajian yang telah dijalankan. Poster lebih catchy berbanding tulisan berjela dalam laporan kajian.

Apa yang perlu diletakkan dalam poster? Tentu sahaja bukan  penjelasan panjang lebar seperti yang ada dalam laporan kajian.  Secara mudah, your poster must grab the eyeballs! Mesti menarik perhatian.  Poster yang bagus akan kelihatan seperti berkata: “Pandanglah Saya! Bacalah Saya! Tanyalah! (bukan tanya saya, tapi sila tanya team yang menghasilkan saya)”

Jadi anda perlu letakkan yang penting-penting sahaja, yang boleh memberi gambaran ringkas kepada keseluruhan kajian anda. Antara yang penting ialah:

  1. Tajuk kajian
  2. Nama kumpulan, ketua dan ahli
  3. Kursus dan Seksyen
  4. Abstrak (jika ada)
  5. Pengenalan
  6. Metodologi (jika ada)
  7. Dapatan Kajian & Perbincangan
  8. Kesimpulan
  9. Rujukan
  10. Penghargaan (jika perlu).

Apa kebaikan poster? 

  1. Pembentangan kajian  dalam masa yang singkat . Antara 5-10 minit sahaja.
  2. Mengasah kemahiran komunikasi
  3. Berkongsi idea
  4. Menggunakan kreativiti
  5. Kolaborasi dengan ahli kumpulan

Tips

  1.  Infografik/visuals, jangan banyak tulisan. A picture  is worth a thousand words
  2. Seimbangkan tulisan dan gambar.
  3. Gunakan font yang jelas dan mudah dibaca seperti Times New Roman, Tahoma, Verdana, Arial, Garamond.
  4. Jangan guna artistic font  seperti Brush Script walaupun anda sangat suka font tersebut
  5. Guna font yang sama
  6. Saiz paling kecil ialah 16 pt.
  7. Pastikan ada jarak, tidak nampak terlalu padat.
  8. Pilih warna yang sesuai dan tidak menyakitkan mata. Padanan gabungan warna perlu harmonis. Jangan guna terlalu banyak warna. 3 pilihan warna sudah memadai.
  9. Gunakan bullet

Persediaan Pembentangan

  1. Your first sentence will give a first impression to audience.
  2. Rancang apa yang perlu diterangkan untuk setiap segmen yang dimasukkan dalam poster
  3. Rancang masa pembentangan (5-10 minit)
  4. Rancang apa yang perlu diucap sewaktu transisi untuk setiap segmen.
  5. Be excited and confident about your presentation. Bersemangat.
  6. Jangan lupa yang anda sedang bentang poster. Sekali sekala kena tunjukkan kepada  poster terutamanya sewaktu menerangkan rajah atau gambar.
  7. Jangan hafal.
  8.  Berlatih. Berlatih. Berlatih.
  9. Spot soalan-soalan yang mungkin ditanya. Bersedia dengan jawapan.
  10. Air muka biar manis. Jangan tunjuk muka ‘ketat’.

 

Free Online Apps untuk Digunakan

  1. https://www.canva.com/create/posters/
  2. https://piktochart.com/formats/posters/
  3. https://www.posterini.com/
  4. https://www.lucidpress.com/pages/examples/free-online-poster-maker

You may suggest more apps in the comments. All the best.

CONTOH POSTER YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN
scientific poster ideas how to make poster for conference ...

Undergraduate Research | TEXAS Undergraduate Studies

Poster Guidelines - 2014.igem.org

Tips Penulisan Ulasan Artikel

Hand Keep Rod - Free image on Pixabay

“Dr. , panjangnya kami nak kena tulis ulasan.. Apa kami nak tulis?”. Seorang pelajar mengeluh. Kemudian disokong oleh seorang dua kawan yang lain. The rest remained silent. Sama ada redha dan pasrah, atau memang tiada masalah pada mereka.

Ok, guys.. Here are some tips for all of you. Jangan susah hati, in sha’ Allah anda boleh hasilkan ulasan artikel yang bagus.

A. Fasa Pra Penulisan

  1. Baca artikel tersebut.
  2. Buat catatan, ulasan seharusnya melampaui perkara yang ditemui dalam kandungan.
  3.  An Article Review is neither summary nor report of the article.
  4. Penekanan juga perlu dberikan kepada kekuatan dan kelemahan artikel yang diulas.
  5. Catat petikan yang ingin dimasukkan dalam ulasan.

 

B. Fasa Penulisan

  1. Senaraikan informasi asas berkaitan artikel. Sebelum membaca, perhatikan tajuk artikel dan apa yang cuba disampaikan.
  2. Cari sedikit maklumat mengenai objektif penulis menulis artikel tersebut. Maklumat ini boleh didapati dalam abstrak.
  3. Baca artikel dengan teliti. Hasilkan satu pandangan menyeluruh terhadap artikel tersebut sebagai thesis statement anda.
  4. Lihat catatan anda dan lihat apa yang bersesuaian dengan thesis statement ini. Buang yang tidak berkaitan. Ya, BUANG. Anda perlukan yang penting dan bersesuaian sahaja. Ulasan tidak perlu kepada ayat yang meleret-leret.
  5. Anda boleh merangka outline dan seterusnya menulis ulasan artikel
  6. Ulasan artikel perlu mengandungi perkara berikut:
    1. PENDAHULUAN/PENGENALAN : nama pengarang, tajuk,  tema utama, objektif penulis, thesis statement.
    2. ISI : Kembangkan thesis statement anda. Terangkan kekuatan dan kelemahan artikel tersebut. Analisis kandungan, gaya, struktur dan sebagainya. Satu perenggan untuk satu idea bagi menyokong thesis statement anda. Jangan cerita keseluruhan kandungan. No spoiler please.
    3. PENUTUP: Ulasan perlu diakhiri dengan kesimpulan yang menyatakan tanggapan keseluruhan anda terhadap buku tersebut, apakah kebaikan dan kelemahannya. Jangan cadangkan idea baru di bahagian kesimpulan

C. Fasa Akhir

  1. Pastikan isi penting jelas dan menyokong thesis statement anda.
  2. Elak pengulangan walaupun untuk tujuan penekanan. Nyatakan idea dan jelaskan kenapa ia penting.
  3. Murnikan ayat yang tidak jelas dan tampak pelik. Jika terlalu panjang, pecahkan kepada ayat-ayat  pendek.
  4. Pastikan koheren antara ayat dan perenggan.
  5. Semak ejaan dan tatabahasa.

 

Tidak susah kan  untuk mengembangkan penulisan ulasan artikel? Silap hari bulan melebihi had jumlah perkataan yang saya berikan kepada anda.  🙂 Semoga dipermudahkan, selamat menulis.

AKTIVITI TITAS: PENCARIAN, PENGUMPULAN BAHAN DAN PEMBINAAN WIKI

Antara aktiviti yang boleh dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan e-Learning  (Moodle) ialah WIKI.  Ianya boleh dijadikan aktiviti pembelajaran koloboratif mahupun individual . Sila tonton video ini untuk panduan menggunakan WIKI dalam pengajaran dan pembelajaran.

Glossari Topik 2: Perkembangan Ilmu pada Zaman Pertengahan

ZAMAN KLASIK

Merujuk kepada zaman antara Peperangan Parsi pada awal abad ke 5 SM hingga kepada kematian Alexander The Great 323 SM. Zaman yang banyak berlaku konflik dan peperangan, antara orang Yunani dan Parsi dan juga antara  orang-orang Athens dan Sparta. Namun era ini juga terkenal dengan pencapaian hebat dalam bidang politik dan kebudayaan. Muncul tokoh-tokoh Yunani yang terkenal seperti Herodotus (ahli sejarah), Hippocrates (ahli perubatan) dan Socrates, Plato, Aristotle (ahli falsafah). Pada era ini juga bermulanya sistem politik demokratia atau demokrasi  (pemerintahan oleh rakyat), di mana setiap lelaki berusia lebih 18 tahun layak menyertai Ekklesia (Assembly), badan kerajaan yang memerintah Athens. Pegawai-pegawai perlu bersumpah untuk bertindak ,” according to the laws what is best for people”.

 

Sophist (sufastaiyyah)

Secara literal, bermaksud orang yang bijak, atau orang yang  mahir (skilled man). Merujuk kepada orang-orang bijak pada zaman awal Yunani, sebelum Socrates (pre Socratic ) pada abad ke- 5 dan 4 SM.  Terdiri daripada guru-guru yang mengajar bahasa dan public speaking, pemuisi di wilayah yang masyarakatnya bertutur dalam bahasa Greek, dengan mengenakan bayaran. Kebanyakan mereka berasal dari luar Athens. Kenapa Athens menjadi tumpuan? Kerana Athens menganjurkan demokrasi yang memberi ruang freedom of speech di samping  golongan ini mendapat patronage daripada hartawan  seperti.  Callias dan juga mendapat sokongan pemerintah seperti Pericles yang turut mengundang mereka berdiskusi panjang lebar di rumah beliau. Malah Pericles memberi peluang kepada golongan yang mampu memberikan impresi yang baik kepada orang ramai untuk menyertai politik sebagai ahli Council dan Assembly. Plato dan Aristotle menentang golongan ini kerana mereka bukan bertujuan untuk mencari kebenaran sebaliknya inginkan kemenangan dalam perdebatan walaupun menggunakan cara yang tidak jujur sekalipun.

Antara pemikiran sophist –

  • tidak wujud kebenaran mutlak di dunia ini. Kebenaran ialah apa yang dapat dibuktikan dengan kata-kata, lima pancaindera dan logik akal sehingga tidak dapat disanggah lagi
  • idak berminat dengan perbincangan falsafah dan ilmu berkaitan alam malah mengutuk prinsip moral, agama dan juga undang-undang dan menganggapnya sebagai adat ciptaan manusia
  • Lebih baik menjadi orang yang berjaya (contoh, kaya raya, berkuasa ) tanpa menghiraukan persoalan moral, etika dan nilai murni.
  • Seseorang tidak perlu bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan boleh melanggarnya asalkan dapat mengelak daripada ditangkap.

 

Zaman Hellenistik

Merujuk kepada era setelah kematian Alexander The Great 323 SM dan penaklukan Rom ke atas Mesir pada 30SM. Era ini dilanjutkan lagi selama 3 1/2 abad iaitu sehingga Constantine, maharaja Rom juga telah mengubah kota pemerintahan Rom ke Konstantinople pada tahun 330 M.. Berikutan kematian Alexander the Great, kerajaan telah berpecah kepada kerajaan-kerajaan lain seperti  Macedonia, Seleucid dan Ptolemaic. Signifikannya, berlaku penyebaran ilmu dan budaya Yunani serta bercampurnya orang-orang  Yunani dengan masyarakat lain. (Britannica.com)

Contoh pemikiran Helenistik ialah  –  antaranya Falsafah Stoicisme yang dipelopori oleh Zeno  seperti ” kebahagiaan paling baik ialah dengan menolak kesenangan dan bukan dengan mengejar kesenangan”; ” takdir yang ditentukan untuk manusia adalah konsisten dengan keadilan untuk cara kita berkelakuan”.

Anekdot: Zeno menceritakan tentang dia pernah menyebat seorang  pencuri, lantas pencuri itu berkata, ” ini adalah takdir hidupnya sebagai pencuri”, lalu Zeno menjawab, ” ini juga takdirnya untuk menyebat pencuri”.

Konsepsi tentang kebenaran menurut Stoicisme. Zeno berpendapat ada 4 tahap keyakinan: persepsi, persetujuan, pemahaman, pengetahuan. Contoh, saya melihat sebiji epal jatuh dari pokok, dan tidak memikir perkara lain selain daripadanya. Kemudian saya akan melihat persoalan ini lebih jauh dengan menerima/bersetuju/meyakini yang epal itu benar-benar jatuh. Kemudian saya akan cuba memahami implikasi daripada epal yang jatuh tersebut, contohnya kepala saya sakit bila epal terjatuh mengenai kepala.  Daripada epal yang jatuh juga, akan membawa kepada pengetahuan tentang hukum alam yang menatijahkan kejadian tersebut.

Zeno menggambarkan tahap keyakinan dengan tangannya. Tangan yang terbuka (persepsi).  tangan yang sedikit tertutup (persetujuan).  Tangan yang digenggam (pemahaman).Tangan  yang digenggam diangkat dan  di tumbuk di tangan yang lain (pengetahuan). Zeno menyatakan, hanya orang yang bijak yang dapat mencapai pengetahuan.

The End of The World in Islam

The Final Signs before The World Ends

Trailer End of The World

The clip video  is one of the teaching materials used for UICI 2022: Science, Technology and Mankind; under the topic Concept of Cosmology. It can help students   to understand man’s view and  imagination on how the world will going to end.

…Between Dubai and Kota Bharu

Here’s a sharing of an assignment written by my Chinese student, Vincent. For this assignment, I’ve asked them to review one of the video clips that I attached on the e-Learning. The one written by Vincent is a bit different from the ones written by his classmates. Hmm.. to read about the magnificent Dubai, and to compare it with a humble city of Kota Bharu, it is indeed a thought worth to ponder..

 

Selemat sejahtera lecturer :). Video yang telah saya tonton adalah “Oil Money – Desert to Greatest City – Dubai – Full Documentary on Dubai city”. Pertama sekali, saya ingin mengucapkap terima kasih kepada lecturer kerana memberi peluang ini yang membolehkan saya mengetahui lebih dalam dengan bandar Dubai. Sebelum tengok video ini saya hanya tahu bahawa Dubai adalah satu bandar yang kaya, penuh dengan petroleum, itu sahaja. Selepas menonton video ini, saya berasa sangat terkejut dan buka mata, terutamanya membolehkan saya lebih memahami tentang kerja-kerja seseorang jurutera.

            Sejak dahulu, cita-cita saya sebenarnya bukan menjadi seorang jurutera tetapi seorang chef. Saya suka memasak sejak dahulu dan sentiasa ada membantu ibu memasak. Tetapi akhirnya disebabkan galakkan keluarga dan cikgu-cikgu saya memilih untuk belajar kejuruteraan. Sebenarnya, walaupun sudah belajar 3 tahun di UTM sebagai seorang pelajar kejuruteraan tetapi saya masih berasa masa depan saya sangat kabur disebabkan saya tidak pasti adakah kerja ini sesuai untuk saya ataupun adakah kerja macam ini adalah apa yang saya gemar. Selepas menonton video ini, saya tidak tahu macam manalah tetapi video ini bagi saya motivasi dan dorongan selepas menyaksi kejayaan-kejayaan yang telah dicapaikan oleh jurutera-jurutera. Mereka telah berjaya mengatasi banyak masaslah seperti masalah sumber air, masalah pembinaan di atas pasir, aspek cuaca, masalah kekurangan tempat tinggal dan sebagainya. Kerja-kerja mereka sangat mencabar tetapi sangat satisfing selepas berjaya menyelesaikan masalah-masalah. Haraplah saya dapat menjadi seorang jurutera macam mereka.

            Selain itu, saya juga berasa risau dan sedih kerana pembinaan mereka telah menghapuskan ekosistem. Contohnya perpindahan coral-coral. Jurutera yang menjalankan tugas ini mengatakan bahawa biasanya project macam ini akan membunuh 1/3 corals yang dipindah. Selain itu, saya juga tidak faham kenapa mereka sudi mengeluarkan berjuta-juta dollars untuk memajukan bandar yang sudah begitu maju dan kaya tetapi bukan belanjakan duit-duit tersebut di atas negara yang lebih memerlukan seperti Afrika? Contohnya di Dubai mereka telah membina satu machine yang dapat membolehkan air laut diminum, kalau teknologi tersebut juga dibuat di Afrika, ramai nyawa dapat diselamatkan. Saya harap kekayaan yang melampau di Dubai dapat digunakan untuk membantu negara yang lebih memerlukan.

            Lastly, for me, I don’t think physicaly richness is what will make us really happy but mentally richness. For example having a lot of money, driving a sport car, living in a bunglo is just will makes a person happy temporary but the true happiness is come from love from friends and family. Although the city of Dubai is rich, having the latest technologies and everything, but I don’t think that is the aspect we should look at to define as a “greatest city”. This makes me think of my kampung in Kota Bahru, Kelantan. My grandmother and some relatives live there and we will visit them every year. At there, although the facilities and everything is not as advance as is Johor but I feel much more happy and enjoy everytime I balik kampung. I love the passion in their kampung. Everyone that past by my uncle’s house(where I live every time I) will greet one another and chit chat anytime. The whole kampung is like a big family. I remember there is once I experienced flood in there. When the water rise, we need to carry things to a higher ground. After carrying our own stuff, we went to house by house and help other people to carry. Is really heart warming and touching. For me, this is what a “great city” is. I love Kelantan J.

(Sorry for the Bahasa rojak)

Al-Jazari: Master of Engineer and Robotic