Iktibar Syair Siti Siyanah dalam Pemerkasaan Akal Budi Wanita Melayu

Artikel ini akan dibentangkan di Muslimah International Summit Kelantan (MISK 2019).

ABSTRAK

Raja Ali Haji, tokoh intelektual Melayu kurun ke-19 Masehi telah mengemukakan suatu pemikiran bagi mengangkat peribadi contoh wanita Melayu menerusi karya puisi beliau berjudul Syair Siti Siyanah Sahibah al-Futuwwah wa al-Amanah. Syair tersebut adalah ungkapan puisi berupa alegori yang menonjolkan dua watak utama wanita iaitu Siti Siyanah dan Siti Diyanah bagi  memperlihatkan gabungan nilai-nilai ilmu dan budi pekerti yang berteraskan kepada pandangan semesta Islam yang perlu dimiliki oleh golongan wanita. Pendekatan analisis konten digunapakai untuk meneliti  keseluruhan bait syair ini bagi memberikan gambaran kepada  kepentingan ilmu pengetahuan dalam kalangan wanita, di samping pernyataan aspek suruhan dan larangan yang menjadi panduan dalam membina keperibadian yang tinggi. Ia boleh diandaikan sebagai usaha ilmiah Raja Ali Haji dalam mengutarakan idea pemerkasaan akal budi wanita Melayu yang bertunjangkan kepada lima elemen utama yang membentuk kerangka akhlak iaitu agama, ilmu, akal, bahasa dan malu.

Kata kunci: Syair Siti Siyanah, Raja Ali Haji, akal budi Melayu, pemikiran Melayu, wanita Melayu

*Klik link ini untuk artikel penuh https://www.researchgate.net/publication/334131061_IKTIBAR_SYAIR_SITI_SIYANAH_DALAM_PEMERKASAAN_AKAL_BUDI_WANITA_MELAYU_ULAMA%27_MALAYSIA

Syair Siti Siyanah

Malam tadi mengadap laptop sambil cuba menghadam Syair Siti Siyanah karya Raja Ali Haji, pujangga dan ulama Melayu abad ke-19 Masehi. Sebelum memulakan penulisan artikel untuk dibentangkan di Muslimah International Summit Kelantan (MISK2019), saya melakar2 peta minda untuk memahami watak-watak wanita yang ditonjolkan oleh beliau. Dalam pada itu, otak asyik tertanya-tanya kenapa Raja Ali Haji menamakan syair ini sebagai Jawharah al-Maknunah, dan kalau Siti Siyanah bergelar sahibah al-futuwwah wa al-amanah, kenapa pula adiknya, Siti Diyanah bergelar al-Masunah? Setiap penamaan yang dilakukan oleh seorang sarjana bukan saja-saja, mesti bertepatan dengan makna, sebab, tujuan dan hikmah. Barakah bulan Ramadan agaknya, alhamdulillah dalam otak menerawang mencari jawapan, tiba-tiba saya terjumpa karya puisi yang dihasilkan oleh al-Shaykh Dr. ‘Ali Bin Yahya al-Haddadi yang dihasilkan pada pagi Jumaat 4/6/1438 Hijriyyah bertajuk al-Jawharah al-Maknunah li al-Durrah al-Masunah. I was hoping that the poetry was composed in the earlier period so that I could easily assume that Raja Ali Haji might have translated his work from it. [Padahal dah terang-terang Raja Ali Haji nyatakan di akhir syairnya yang karya beliau disiapkan di Pulau Penyengat Indera Sakti.] Walaupun karya Shaykh Dr. ‘Ali lebih baru, pasti ada sebab kenapa ada unsur persamaan pada tajuk walaupun pada isinya ada banyak perbezaan. Ternyata apabila dibandingkan, kedua-dua karya ini disusun bagi menceritakan tentang sifat wanita solehah -beragama, berilmu, dan berakhlak. Hal ini boleh pula dikaitkan dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang menyifatkan wanita solehah sebagai sebaik-baik perhiasan dunia. Hence, the title Jawharah al-Maknunah (The Hidden Gems). Dah jumpa jawapan yang dicari, terjumpa pula video  sebahagian qasidah al-Shaykh Dr. Ali B. Yahya al-Haddadi. Yang tahu Arabic, sila lah sama2 nikmati dan hayati..

Online Sources: WOMEN’S WORLDS IN QAJAR IRAN DIGITAL ARCHIVE

http://www.qajarwomen.org/en/index.html

Biographical Dictionaries of Eminent Women in Islamic History

Dalam legasi kepustakaan Islam, terdapat banyak kitab-kitab yang memuatkan biografi ringkas wanita-wanita terkemuka dalam sejarah Islam, dan sekaligus menjadi bukti penafian terhadap dakwaan bahawa Islam menindas kaum wanita. Sebaliknya, menerusi kitab-kitab ini, kita akan dapati bahawa Islam benar datang membawa rahmat kepada seluruh alam. Transformasi status wanita telah berlaku seawal kedatangan Islam sehinggakan ramai tokoh-tokoh wanita yang menjadi terkenal sebagai  ilmuan-ilmuan yang berpartisipasi secara aktif dalam aktiviti-aktiviti intelektual, menjadi guru-guru kepada ulama’ terkenal seperti al-Khatib al-Baghdadi, Ibn ‘Asakir dan sebagainya.

 

Berikut adalah senarai kitab-kitab yang boleh dijadikan rujukan untuk menyoroti ketokohan wanita sepanjang sejarah Islam:

  1. ‘Abd al-Rahman al-Mistawi. A’lam al-Nisa’. Beirut: Dar al-Ma’rifah
  2. ‘Umar Rida Kahhalah. n.d. A’lam al-Nisa fi ‘ Alamay al-‘Arab wa al-Islam. 5 vols.
  3. Jum’ah, A.K. 2000. Nisa’ fi Qusur al-Umara’. Damascus: Dar al-Yamamah.
  4. Tayfur, Ahmad Ibn Abi Tahir. Balaghat al-Nisa’.
  5. al-Suyuti, Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman. n.d.Nuzhat al-Julasa’ fi Ash’ar al-Nisa’. Ed. ‘Abd al-Latif ‘Ashur. Cairo. Maktabah al-Qur’an.
  6. Al-Dabi, al-‘Abbas b. Bakkar.  1983. Akhbar al-Wafidat min al-Nisa’  ‘ala Mu’awiyah b. Abi Sufyan. Ed. Sukaynah al-Shihabi. Beirut: Mu’assasah al-Risalah

 

[senarai akan ditambah dari masa ke semasa]

Al-Khayzuran (d.173/789)

Translated by Akmaliza Abdullah from Tarikh Baghdad of al-Khatib al-Baghdadi

 

Al-Mahdi’s wife and his umm walad. She was a Jarshiyyah. She gave birth to al- Hadi and al-Rashid. Apart form her and the mother of al-Walid and Sulayman b. ‘Abd al-Malik b. Marwan, there was no other women who gave birth to two caliphs.

Al-Khayzuran narrated hadith musnad on the authority of al-‘Abbas: “Man ittaqa Allah waqqahu Allah kulla shay’ 

Al-Waqidi narated: One day, I went to al-Mahdi, who asked for his inkwell and a notebook, with which he wrote hadith which I taught him. Suddenly he got up and said: “Peace be in your place until I come back”. Then he entered the harem. When he came out, he returned full of rage. when he sat down, I asked him: “O Amir al-Mu’minin,  why do you come out looking entirely different from when you went inside?” He said: :I went to al-Khayzuran who leapt on me, stretched her hands and tore my clothes. She exclaimed: O you picker of leftovers! What good have I ever received at your hands? ” Al Mahdi then continued telling al-Waqidi: ” It was me who bought her from a slave trader, and she has seen from me what she has seen [a great benefit and favor], and I have decided to let her two sons to be the heirs of my throne. Am I then the picker of the leftovers?” Al-Waqidi then said [trying to calm al-Mahdi by citing hadith of the Prophet s.a.w. bearing on the general weakness and perversity of women’s nature]: “Innahunna yaghlibna al-kiram, wa yaghlibhuna al-li’am” . Al-Waqidim furthermore recited another hadiths: “Khayrukum khayrukum li ahlih wa ana khayrukum li ahli” and ” wa qad khuliqat al-mar’ah min dal’ a’waj in qawwamtahu kassartahu”. According to al-Waqidim he recited whatever hadith he knew, which pertained to the matter, until al-Mahdi calmed down, and his face started to become lively again, Then al-Mahdi rewarded his counselor with two thousands dinar and said: “Spend this money to  improve your well being!”. Upon reaching his house, al-Khayzuran’s servant approached al-Waqidi and told him: “My lady wished you salam. She said, O Uncle, I’ve heard all that you said to Amir al-Mu’minin. May Allah reward you. This is 1,990 dinar [ten dinar short of what al-Mahdi gave him], for I don’t want to be equal to the gift given by Amir al-Mu’minin.”

 

She died on the Friday night , 27th Jumada al-Akhirah 173, that was the same day Muhammad b. Sulayman died.