Select Page

 

JOHOR BAHRU: Seramai 414 warga kerja Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan Citra Karisma UTM di Dewan Sultan Iskandar, di sini, hari ini.  Acara tahunan itu yang disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Abdul Halim Ali antara lain bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada kakitangan universiti berkenaan yang mencapai prestasi cemerlang dalam perkhidmatan masing-masing sepanjang tahun lalu.  Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Wahid Omar, berkata majlis berkenaan juga menjadi pemangkin untuk mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan warga kerja UTM bagi menghasilkan khidmat kerja yang lebih cemerlang selain terus mencetuskan kreativiti dan inovasi.  “Umum sedia maklum dengan keadaan ekonomi di peringkat global yang sedikit sebanyak memberi impak kepada negara, namun ia tidak bermakna kecemerlangan tidak dapat dihasilkan, sebaliknya semangat padu harus ditanam supaya budaya kerja cemerlang dapat diteruskan serta dipertingkatkan ke tahap lebih baik.  “Budaya kerja inovatif, berprinsipkan keusahawanan dan berfikiran global adalah kaedah ke arah penghasilan kerja berprestasi tinggi bukan saja dalam lingkungan sendiri, bahkan di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.  Teks ucapan Wahid dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, Prof Dr Azlan Abdul Rahman.  Sementara itu, Abdul Halim dalam ucapannya, berkata pihaknya turut bangga dengan pencapaian warga kerja UTM yang berjaya menerima pelbagai pengiktirafan serta anugerah di dalam dan luar negara.  “UTM melahirkan banyak warga kerja cemerlang selain turut mencatatkan pelbagai pencapaian cemerlang sepanjang tahun lalu dan ini adalah hasil pengurusan amalan terbaik. “Pada masa sama, kita terus berharap UTM dapat menduduki dalam kedudukan antara 50 universiti terbaik dunia pada masa akan datang,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/159353

Congrats all! You all deserve it and thanks to AIS top management, Prof Shamsul, Prof Suhaimi and all.

APC