Select Page

Kursus Projek Penyelidikan

JEMPUTAN MENGHADIRI KURSUS PENGURUSAN PENYELIDIKAN SEMPENA PROGRAM  RMCENGAGEMENT DAY 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak RMC akan menganjurkan Program RMC Engagement Day 2015  seperti butiran berikut :
Tarikh     :  06 September 2015 (Ahad)

Masa       :  8.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat   :  Blok N24, UTM Johor Bahru

3.        Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada penyelidik menjalinkan kerjasama pintar dengan staf RMC dan menambahbaik serta meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengurusan kerja berkaitan penyelidikan. Sehubungan itu, saudara adalah dijemput hadir dalam program tersebut. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Jemputan , Borang Pengsahan Kehadiran dan Tentatif Program untuk makluman saudara. Sila berikan maklumbalas selewat-lewatnya pada 2 September 2015 (Rabu)

Sebarang  pertanyaan boleh berhubung dengan pihak urusetia :-

1) Puan Azizah binti Rabu – Ext : 37805 (azie@utm.my)

2) Cik Nor Asmah binti Ilias – Ext : 37832 (nasmah@utm.my)