Car Free Day UTM July: Reply to various comments and questions

SOALJAWAB PERLAKSANAAN CAR-FREE DAY (CFD) KE ARAH PELAN KAMPUS LESTARI

*Apa itu CFD?*

Program yang dimulakan pada 2016 diteruskan dengan kesinambungan dan fasa mengenai kesedaran awam dan warga kampus mengenai budaya pengurangan kenderaan persendirian di dalam kampus yg menjangkau sehingga 20,000 sehari mengikut waktu puncak. Selain itu, program ini adalah acuan UTM dgn mengambilkira kepentingan penyuraian aliran trafik yg padat pd waktu puncak, pergerakan kenderaan staf dalam kampus, zon pelajar aktif berkenderaan dan seterusnya pengetahuan secara teknikal mengenai meminimakan impak karbon dalam kampus

*Mengapa Hanya Zon Tertentu Dipilih?*

Sejak 2016, UTM telah mengenalpasti zon laluan, trafik, kesesakan dan intensiti waktu puncak. Bermula dgn itu, pihak UTM merasakan perlu ada kesedaran di pelbagai peringkat terutamanya di zon utama, pentadbiran, akademik dan kediaman. Justeru, diwujudkan laluan zon yg mempunyai isu dan kaedah mengurangkan kenderaan persendirian. Komitmen utama ialah membentuk minda positif dan menerima pembaharuan mengikut fasa. Sementara itu, pihak UTM sedang melaksanakan kerangka baru terutama melibatkan polisi, perlaksanaan dan penguatkuasaan yg akan membantu peningkatan keperluan fasiliti spt lorong berbasikal, pejalan kaki, susur berbumbung dsbg. Selepas 3 siri CFD dilaksanakan, pihak UTM mendapati adalah wajar zon laluan diluaskan sehingga satu Universiti boleh dilaksanakan. Konsep penutupan sepenuhnya laluan ke UTM akan dimulakan pada bulan Ogos dengan membuat 2 atau 3 simulasi sebelum dapatan data teknikal dibentangkan kepada umum. Insyallah, UTM menuju ke arah “Zon Kampus Tanpa Kenderaan” menjelang 2022. Menerusi agenda ini, UTM akan memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan fasiliti. Insyallah

*Mengapa CFD masih belum dapat diterima di peringkat UTM?*

Pihak UTM mempunyai misi dan visi yang jelas mengenai usaha dan elemen mendidik minda lestari. Pihak UTMCS telah mengadakan perbincangan awal dgn bbrp PTJ dan individu yg memerlukan perlu ada lonjakan minda kelas pertama berdasarkan pakej Karbon Rendah Karbon dan komitmen Universiti sejak tahun 2015 lagi. Pakej kelestarian yang dibentuk pada spt ini adalah utk menyakinkan warga kampus bahawa iltizam UTM bukan hanya di atas kertas. UTM perlu mendepani cabaran baru dan menambahbaik keperluan semasa selaras dgn komitmen Universiti yg giat mempelopori SDGs bagi jaminan masa depan. CFD hanyalah satu daripada beribu program yg diatur bagi tujuan tersebut.

*Benarkah CFD ini tidak jelas halatuju dan misi/visinya?*

Setiap perancangan awal yg dibuat telah diteliti kesan dan impaknya. Manusia merancang dan perancangan daripadaNya adalah lebih baik. Bagaimanapun, penutupan laluan tidak 100 menyusahkan, malah utk rekod UTMCS telah cuba membuat pelbagai rujuk-silang, komen dan sedikit data yang membantu urusan berkaitan CFD. Pengecualian juga diberikan mengikut hebahan yang dinyatakan termasuk bagi yg mengandung dan petugas.

*Masa CFD pada kali ini?*
Masa beroperasi semua sekatan CFD adalah bermula jam 8.00 pagi sehingga 3.30 petang sahaja. Laluan trafik akan dibuka sepenuhnya selepas itu terutama utk lingkaran ilmu

-Sekian, Terima Kasih-

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.