ELPPT and Webometric

Marking scheme for Webometric in your ELLPT bonus marks is based on webometric presence/visibility rating *people.utm.my/* which is indexed by Google search engine.  For more information, you can go this this link.

You must make sure that anything that you post either in your page or normal post is abide by the policy and guideline of UTM 

Webometric presence rating ELLPT bonus marks (%)
2000 and above 5
1000 – 1999 4
500 – 999 3
250 – 499 2
100 – 249 1
100 and below 0

 

Self-assess to know your mental health

Most of the time, we have the symptoms of psychological distress but unlike physical health like flu, fever and such, we overlook the psychological symptoms that indicate we are not ok.  Perhaps, it is easier to “see” physical symptoms as compared to psychological symptoms.  But, the thing when it comes to psychological symptoms, it can be manifested through physical expression.  So, in this case, we can self-assess ourselves as a preliminary attempt to get help from professional people who are trained to help us with psychological distress. 

I find useful website with various self-tests for FREE (only some of the tests are FREE such as mental health assessment, anger, attention span, mental speed, romantic personality, procrastination, blood pressure quiz, and menopause quiz ) .  

iHadir

Since its implementation in April 2019, iHadir has been used as a means to slide in attendance.  Personally, I find that it is convenient to use especially if I am “outside” of the faculty where I can slide in my attendance using my phone or laptop (with internet connection).   I remember there was a time I was at the Perdana College to evaluate students’ projects on 23 April 2019 (Tuesday) and Dr Amirmuddin was there as one of the judges.  He offered me to use his smartphone to slide in my attendance after he did his.  He showed me how to use iHadir using our smartphone.  Unfortunately, my smartphone is a bit outdated so there are times when I have difficulty to log in to iHadir.  😀 

Link here to get to iHadir or log on to http://ihadir.utm.my/ 

Tatacara solat duduk_Bahagian 8: Cara Solat Sunnat di atas lantai

8.0 Cara Solat Sunnat di Atas Lantai (duduk):

Pada keseluruhan perbahasan di atas, Solat yang dibicarakan adalah *Solat Fardhu*. Ada pun Solat Sunnat maka diharuskan sambil duduk atas lantai. Walau bagaimana pun pahalanya separuh.

Maksudnya adalah :
Jika seseorang yang sihat badannya dan mampu solat seperti biasa ; dengan berdiri, ruku’ dan lain2 dengan sempurna, tetapi dia *Solat Sunnat* sambil duduk, maka pahalanya separuh dari orang yang kerjakan solat sunnat seperti biasa berdiri, ruku’ dan sujud dll

Lain halnya jika dia menanggung kesakitan dan tidak mampu berdiri , lalu dia pun solat sunnat sambil duduk, maka pahalanya tetap penuh seperti orang yang solat berdiri, ruku’, sujud seperti biasa.

*Rujukan :*
_

Minhaj — Imam Nawawi
Tuhfah — Imam Zakariyya Al-Ansari
Fathul Mu’in — Imam Zainuddin Al-Malbary
Sabil-Al- Muhtadin — Imam Ash-Shaikh Muhammad Arsyad Al Banjari
Fiqh Imam Syafi’ie — Shaikh Wahbah Zuhaili

Nota: Sambungan huraian bahagian 1, bahagian 2, bahagian 3, bahagian 4, bahagian 5, bahagian 6 dan bahagian 7 

Jawapan:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al Kholidiyah
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
???????

Tatacara solat duduk_Bahagian 7: Perkara-perkara yang mengharuskan solat duduk

7.0 Perkara-perkara lain yang mengharuskan Solat duduk:

Selain daripada keringanan untuk Solat duduk yang diberikan kepada orang yang menganggung kesakitan yang kuat, orang tua yang tidak berdaya, orang yang mengalami kecederaan dan sbeagainya keringanan untuk Solat duduk juga diberikan kepada golongan berikut :

(i) Orang yang menaiki kenderaan dan khuatir akan tumbang — seperti perahu, bot kecil, keretapi laju dsb.

(ii) Orang yang menaiki kapal laut dan pening atau mabuk laut

(iii) Orang yang terasa goyang / melayang disebabkan makan ubat (kerana sakit) dan khuatir akan jatuh sekiranya dia solat berdiri dan memerlukan pergerakan ruku’ dan sujud.  

Nota: Sambungan huraian bahagian 1, bahagian 2, bahagian 3, bahagian 4, bahagian 5, bahagian 6 dan bahagian 8. 

Jawapan:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al Kholidiyah
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
???????

Tatacara solat duduk_Bahagian 6: Cara solat duduk di atas kerusi

6.0 Cara Solat Duduk Atas Kerusi :

Sebagaimana telah disebutkan sebelum ini solat sambil duduk atas kerusi hanya dibenarkan bagi orang yang benar-benar tidak mampu solat berdiri setelah berusaha sungguh-sungguh, dan juga tidak mampu duduk di bawah disebabkan suatu penyakit berat yang ditanggungnya atau kakinya tidak mampu dilipat sehingga menyukarkan dia duduk di bawah. Maksudnya dia hanya mampu duduk atas kerusi, maka ketika itu barulah dibenarkan duduk di atas kerusi. Fahamilah asas ini dengan sungguh-sungguh

Jika seseorang sengaja mencari kemudahan untuk Solat atas kerusi sedangkan dia mampu solat berdiri atau mampu solat duduk atas lantai, maka ketika itu solat nya TIDAK sah.

Cara-cara Solat di atas kerusi bagi orang yang tidak mampu berdiri dan tidak mampu duduk atas lantai:

(1) Duduk tegak (jangan sandar jika mampu duduk tegak)

(2) Takbir Ihram berserta niat seperti biasa

(3) Baca Surah Fatihah

(4) Untuk ruku’ bongkokkan badan sedikit

(5) Duduk tegak semula — niat i’tidal

(5) Untuk sujud bongkokkan lebih dari paras ruku’

(6) Duduk tegak — isyarat duduk antara dua sujud

(7) Sujud kedua sama seperti pada perkara (5) diatas

(8) Duduk tegak — isyarat untuk raka’at kedua

Ulangi semua sampai akhir nya tahiyyat akhir dan salam.

Nota: Sambungan huraian bahagian 1, bahagian 2, bahagian 3, bahagian 4, bahagian 5, bahagian 7 dan bahagian 8. 

Jawapan:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al Kholidiyah
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
???????