CCIN deadlines for 2019

Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (Centre for Community & Industry Network, CCIN) UTM bertanggungjawab untuk melaksanakan penilaian penarafan bintang (Star Rating) terhadap projek pemindahan ilmu / teknologi (KTP) yang telah dilaksanakan oleh universiti sepanjang tahun.

Ianya bagi mengukur keberkesanan projek, impak dan manfaat serta perubahan sosial atau ekonomi terhadap komuniti agar lebih lestari. Pelaksanaan penilaian ini telah menjadi salah satu elemen BONUS di dalam Penilaian Prestasi Staf Akademik secara atas talian (eLPPT). Markah bonus bagi e-LPPT (minimum 2, maksimum 10) akan diberikan kepada Ketua Penyelidik dan ahli projek berdasarkan rating yang telah dicapai.

Penarafan Bintang Fasa 1 telah dilaksanakan dan semua keputusan sudah boleh disemak di RADIS mulai 3 Julai 2019.

Sehubungan dengan itu, bagi Fasa 2, dimohon kerjasama semua Ketua Penyelidik yang untuk mendaftar projek pemindahan ilmu / teknologi di RADIS bagi tahun 2019 seterusnya mengisi borang Community Engagement Impact Rating Form (CEIR) di TAB STAR RATING pada geran penyelidikan yang telah didaftarkan bermula 1 Julai 2019-15 November 2019 (138 hari).

Semua permohonan perlu dilampirkan dengan bukti-bukti yang dikehendaki seperti di dalam borang CEIR dan perlu disahkan oleh Penolong Dekan, Hubungan Luar dan Global, Fakulti. Seterusnya memuat naik dokumen ke sistem RADIS SEBELUM ATAU PADA tarikh-tarikh yang telah ditetapkan seperti jadual di bawah :

BIL. PERKARA TARIKH PENTING
FASA 2
1. *Pendaftaran Projek 1/1/2019 – 15/11/2019
2. Proses Memuat Naik BORANG CEIR Dan Dokumen Sokongan Di Tab Star Rating, RADIS 1/7/2019 – 15/11/2019
3. TARIKH AKHIR PERMOHONAN 15/11/2019
4. Proses Semakan Sekretariat 16/11/2019 -30/11/2019
5. Pembetulan oleh Ketua Projek 1/12/2019 – 15/12/2019

 

6. Penilaian &  Kelulusan Jawatankuasa Libatsama Universiti 16/12/2019 – 31/12/2019

 

7. **Keputusan Penarafan Bintang di RADIS Bermula 1/1/2020

Perhatian :

* Pendaftaran projek boleh dilakukan sepanjang tahun. Tarikh yang diberikan adalah sebagai panduan projek yang diambilkira bagi pelaporan KAI 2019 bagi sukuan yang telah ditentukan Universiti termasuk keperluan MyRA fasa/tahun semasa

**Projek yang telah diberi penarafan bintang pada Julai 2019 (Fasa 1),jika berkaitan, boleh dinaiktaraf (upgrade) pada Fasa 2 dengan tambahan bukti yang memenuhi keperluanpenarafan bintang.

Bersama-sama ini dilampirkan borang CEIR dan proses kerja pelaksanaan penarafan bintang untuk tindakan dan perhatian semua. Ketua Projek boleh berhubung dengan CCIN ditalian 07-5537556 atau email Puan Salina Muhamad, salina.kl@utm.my dan Pn Nur Syamimi Abd Hamid, nsyamimi@utm.my,  untuk sebarang maklumat lanjut.

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.