Dana Pembangunan Sekolah Agama UTM

Sekolah Agama UTM sudah ditutup dan tidak beroperasi sepenuhnya sejak Disember 2018. Ini kerana keadaan bangunannya yang sudah uzur dan tidak selamat untuk diduduki. Namun begitu, melihat kepada kepentingan institusi ini dalam memartabatkan pendidikan agama, pembentukan akidah, ibadah dan akhlak, serta sebagai kebajikan dan kemudahan warga UTM, UTM telah berhasrat untuk membangunkan Sekolah Agama di UTM yang baharu, di mana ianya lebih kondusif, selamat dan selesa bagi para guru dan pelajarnya.

Sebanyak RM 6.5 juta diperlukan bagi memastikan pembinaan institusi ini dapat direalisasikan dengan jayanya.

Untuk makluman, sebanyak RM 1.5 juta telah berjaya dikumpulkan sehingga hari ini hasil daripada sumbangan orang ramai. Oleh itu, pihak kami masih lagi memerlukan sumbangan sebanyak RM 5 juta.

Besar harapan kami sekiranya seluruh warga UTM dapat menghulurkan sumbangan bagi dana pembangunan ini. Sumbangan ikhlas anda boleh disalurkan melalui kaedah berikut :

  1. Tunai di Pusat Islam UTM
  2. Cek atas nama Bendahari UTM dan dihantar ke Pusat Islam UTM
  3. Potongan gaji bulanan (khas untuk staf UTM)
  4. Pindahan ke akaun bank UTM (CIMB 8006053536)
  5. Bayaran secara online melalui ecommerce.utm.my/ecommerce
  6. Pada menu utama, klik payment
  7. Di bahagian carian, taip Tabung Pembangunan Sekolah Agama UTM

*Bagi kaedah bayaran no 4 & 5, sila emelkan nama, no.tel, no kad pengenalan serta butiran transaksi ke islamiccentre@utm.my atau boleh dihantar terus ke Pusat Islam UTM.

Semoga dengan sumbangan yang diberikan, ianya menjadi satu jariah yang akan sentiasa mengalir selama bangunan sekolah tersebut digunakan dan menjadi saham akhirat buat penyumbangnya. InsyaAllah.

***Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 07-5537512 / 37529.

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.