KEMPEN SUMBANGAN KE TABUNG ENDOWMEN SEKOLAH PENDIDIKAN, FSSK UTM

Jawatankuasa Pengurusan Dana Sumbangan Sekolah Pendidikan, FSSK telah mula menggerakkan usaha mengumpul dana dan sumbangan untuk membantu pelajar dan pihak yang memerlukan berdasarkan objektif Tabung Endowmen. Antara objektif Tabung Endowmen adalah seperti berikut:

  1. Bantuan kewangan kepada mahasiswa yang memerlukan
  2. Pelaksanaan inisiatif  “food for student
  3. Tabung kebajikan staf dan mahasiswa Sekolah Pendidikan
  4. Penajaaan biasiswa
  5. Perlaksanaan program berimpak tinggi melibatkan staf dan mahasiswa  Sekolah Pendidikan

Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Pengurusan Dana Sumbangan Sekolah Pendidikan, FSSK  adalah dengan ini ingin mengalu-alukan semua staf untuk sama-sama menyumbang ke Tabung Endowmen Sekolah Pendidikan, FSSK UTM melalui sumbangan wang tunai, potongan bulanan gaji, sumbangan sebahagian daripada hasil atau keuntungan aktiviti /program yang dilaksanakan di dalam atau luar UTM seperti kursus, seminar, persidangan, dan lain-lain.

Borang yang telah lengkap boleh diserahkan kepada kepada Pn Nazamiah (Ext:34256) di Pejabat Sumber Manusia, C22 bagi tujuan pengurusan dan rekod kami.

Pamplet dan borang Endowmen SOE 2019

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.