Majlis Apresiasi FSSH 2023

Ini adalah kali kedua Majlis Apresiasi FSSH dilaksanakan secara bersemuka sejak pandemik. Alhamdulillah ini adalah kali pertama aku menghadiri Majlis Apresiasi FSSH secara bersemuka. Aku tidak menghadiri majlis ini tahun lepas kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Antara mesej yang disampaikan oleh Prof Arief hari ini yang dapat aku ambil:

  1. Niatkan apa jua usaha yang kita lakukan sebagai ibadah. Oleh yang demikian, lakukan dengan bersungguh-sungguh terhadap apa juga tugasan yang diamanahkan.
  2. Anugerah yang diberikan kepada lebih dari 100 warga FSSH pada majlis ini bukanlah bermakna tiada penghargaan kepada yang lain yang tidak menerima apa-apa anugerah. Tetapi perlu kita mengingatkan diri sendiri tentang anugerah dan ganjaran yang paling utama iaitu pada yang Allah akan kurniakan pada hari kiamat.
  3. Kejayaan yang di akhirat adalah lebih utama dari apa jua kejayaan di dunia ini. Ini adalah sesuatu yang sering didengari dan diucapkan tetapi bukan mudah untuk dihayati dan diambil ikhtibar dari contoh yang sedia ada. Sebagai contoh, kejayaan seperti yang telah dicapai oleh firaun meskipun merupakan satu kejayaan yang nampak gah dengan adanya piramid yang dikatakan sebagai salah satu keajaiban di dunia, kejayaannya bukanlah satu kejayaan yang patut dibanggakan. Ini adalah kerana pembinaan piramid melibatkan penganiyaan dan kezaliman kepada ramai orang dan piramid itu juga boleh dilihat sebagai satu bukti dirinya menganggap dirinya sebagai tuhan. Dengan pelbagai barang yang ditemui di tempat dirinya dimakamkan, kita boleh mengambil ikhtibar akan apa jua yang dimiliki di dunia ini adalah bersifat sementara sahaja.
  4. “Model keluarga FSSH Berjaya” berdasarkan prinsip yang tidak menggadaikan kesejahteraan warganya. Menyumbang yang terbaik mengikut kemampuan, tetapi bukanlah sampai menghasilkan tekanan yang mendatangkan kesan pada kesihatan fizikal dan mental. Dalam hal ini, kita merencanakan kecemerlangan dengan keikhlasan tanpa mengorbankan kesejahteraan.

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.