Penarafan bintang bagi projek perpindahan pengetahuan (Knowledge Transfer Project – KTP) menggunakan ICESYS

Cara:

  1. Pergi ke laman web https://icesys.utm.my/
  2. Daftar masuk menggunakan UTMID dan kata laluan ACID.
  3. Pastikan anda telah mempunyai bahan yang diperlukan dalam bentuk PDF (dan juga penerangan tentang projek – boleh ditaip terdahulu di tempat lain seperti Words atau Notepad sebelum dimasukkan ke dalam sistem. Ini adalah bagi mengelakkan gangguan teknikal atau capaian internet ketika pengisian maklumat)

Nota: Pastikan laporan projek telah lengkap kerana terdapat beberapa maklumat yang diperlukan untuk dimasukkan dalam ICESYS adalah dari laporan tersebut seperti. Yang berikut adalah sub-tajuk dalam laporan.

a) PENGENALAN PROJEK: Latar Belakang Projek, Objektif Projek, Skop Projek dan Kepentingan Projek.

b) PENERANGAN KAJIAN DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN

c) HASIL KAJIAN DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN: Perlu analisa data dari soal selidik/temubual, gambar (ketika aktiviti dijalankan)

d) PERINCIAN PRODUK HASIL KAJIAN (jika berkaitan): Penerangan secara ringkas produk yang dihasilkan melalui penyelidikan ini contohnya produk/prototaip, model, modul, aplikasi,

e) IMPAK KEPADA PEMEGANG TARUH: komuniti dsbs.

f) ISU, CABARAN DAN CADANGAN PENYELESAIAN: Penerangan ringkas tentang isu, cabaran serta cadangan penyelesaian dalam melaksanakan projek-projek yang dijalankan bagi proses penambahbaikan masa hadapan.

g) KESIMPULAN DAN PENUTUP: Penerangan perlu menyatakan kaitan projek dengan dasar kerajaan

Jenis cuti bagi penjawat awam: Apa yang perlu anda ketahui?

Rupanya ada banyak jenis cuti. Yang aku tahu, cuti rehat, cuti sakit dan cuti haji (sebab pernah guna kesemua jenis cuti tersebut). Bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit barah, kusta dan tibi, terdapat cuti khas yang dipanggil sebagai “Cuti Tibi, Kusta dan Barah”. Cuti ini diberikan bagi memberi peluang kepada penjawat awam untuk menumpukan perhatian terhadap rawatan yang berlarutan disebabkan oleh penyakit sama ada kusta, tibi atau barah. Hanya tiga jenis penyakit sahaja yang diiktiraf bagi kategori cuti ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di SINI.