Cara membuat potongan zakat di UTM

Mari kita renung bersama, adakah kita :

telah wajib menunaikan zakat tetapi belum melaksanakannya??? 

  telah melaksanakan bayaran zakat secara potongan gaji namun belum membuat taksiran/kiraan semula melebihi 2 tahun???

tidak pasti sama ada sudah/belum wajib melaksanakannya???

telah dinaikkan pangkat atau berlaku kenaikan gaji???

telah membuat bayaran di luar UTM namun ingin membuat potongan ke UTM pada tahun ini? 

Sekiranya saudara termasuk salah satu daripada list di atas, mari sama-sama kita taksir pendapatan bagi mengetahui status kewajiban berzakat. Ikuti langkah-langkah mudah seperti berikut: 

Langkah 1 : Dapatkan borang taksiran zakat seperti di bawah atau boleh membuat kiraan secara online di http://www.maij.gov.my/cal/index.html

***Info khas : Kadar nisab terkini ialah RM 15,501.64 (Pendapatan setahun – perbelanjaan yang dibenarkan = RM 15,501.64  atau lebih)

Langkah 2 : Setelah kiraan dibuat dan saudara mendapati bahawa telah berkewajiban melaksanakan zakat atau terdapat perubahan pada amaun zakat, saudara boleh membuat permohonan bayaran zakat secara potongan gaji / perubahan potongan zakat secara online di my.utm.my 

(daftar log masuk, kemudian lihat di paparan skrin bahagian kiri dan klik ‘caruman zakat‘).

Langkah 3  : Pastikan tertera pada slip gaji saudara potongan ‘Zakat & Fitrah Johor’ dengan amaun yang diingini bermula pada bulan pertama potongan yang ingin dilaksanakan. Sekiranya tiada potongan zakat dibuat pada bulan tersebut, sila hubungi 07-5537508.

(Menerusi Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3), seseorang yang membayar zakat layak mendapat rebat cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri)

Laksanakanlah kewajiban berzakat anda kerana zakat bukanlah satu pilihan. Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang berkah dan dilindungi oleh ALLAH SWT dari sebarang kesulitan.    

Cara membuat tuntutan di UTM

Video tutorial tersebut boleh ditonton dengan You Tube di capaian berikut : TUTORIAL PENJANAAN RESIT PTJ_PINDAHAN WANG_BIL TUNTUTAN. Ianya juga boleh dicapai dengan membuat carian di laman You Tube menggunakan keyword “RESIT PTJ“.
UTKK mengharapkan video tutorial ini dapat membantu staf yang melaksanakan pungutan PTJ dalam menjalankan tugas-tugas melibatkan penjanaan Resit PTJ dan Bil Tuntutan. Sebarang pertanyaan/komen boleh diajukan ke azliana@utm.my atau 07-5530897. 
Besarlah harapan Jabatan Bendahari agar semua staf yang menjalankan fungsi kewangan mempunyai kemahiran menggunakan modul-modul di UTMFIN dengan baik. 
Kerjasama dan perhatian warga UTM amatlah dihargai. 

Syarat Pakaian Wanita_Bahagian 5: Ancaman kepada wanita yang mendedahkan aurat

Sambungan dari sini

Ancaman Kepada Wanita yang Mendedahkan Aurat
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Wanita yang tidak menutup aurat dengan betul adalah dia berbuat dosa besar.

Rasulullah ﷺ bersabda:

‏صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ‏ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ ‏ ‏مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Dua golongan dari ahli neraka, yang belum pernah aku lihat mereka, (iaitu) satu kaum yang memiliki pemukul, seperti ekor lembu, yang mereka gunakan untuk memukul orang dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan pundak unta, mereka tidak akan memasuki syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga dapat dicium dari jarak yang jauh.”

[Imam Muslim]

Para Ulama mengambil kesimpulan, hadith ini adalah isyarat bahawa mendedahkan aurat / tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang diperintahkan adalah dosa besar. Dalil lain perbuatan dedahkan aurat / tidak menutup aurat dengan sempurna menjadi dosa besar adalah :

Setiap dosa yang dikerjakan berterusan tanpa taubat, maka ianya akan menjadi dosa besar. Wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna melakukan dosa setiap hari dan setiap kali seorang lelaki ajnabi melihat kepada nya, maka jadilah dosa besar. Wal Iyazubillah.

Ibubapa yang membiarkan anak-anak perempuan mereka tanpa didikan akan menanggung dosa anak-anak mereka. Demikian lagi si suami yang membiarkan isterinya berkeliaran tanpa pakaian menutup aurat dengan sempurna akan juga menanggung saham dosa isterinya. Jangan menganggap kita sudah mengerjakan segala kewajipan, solat 5 waktu, puasa cukup, selalu sedekah dll sudah cukup. Belum lagi.

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
*5.0 Kesimpulan*
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

(1) Islam meletakkan syarat-syarat berpakaian yang tegas ke atas wanita kerana mengangkat martabat wanita kepada kedudukan yang tinggi dan mulia. Apabila kaum wanita mematuhi nya dengan ikhlas, jadilah mereka mulia di sisi Allah. Sebaliknya wanita-wanita yang engkar akan menerima kehinaan dunia dan akhirat. Wal Iyazubillah.

(2) Setiap wanita Muslim WAJIB menutup auratnya dengan sempurna apabila dia keluar rumahnya untuk keperluan tertentu yang diizinkan oleh Syara’

(3) Ibubapa dan suami dan ketua masyarakat turut bertanggungjawab memastikan semua wanita di bawah jagaan mereka mematuhi hukum menurup aurat.

(4) Jangan jadikan isteri ustaz atau ustazah sebagai contoh di dalam beragama /melaksanakan hukum. Tetapi lihatlah pada hukum asas yang ditentukan oleh Ulama Mu’tabar Ahlus Sunnah.

Contoh terbaik kaum wanita adalah Sayyidatina Fatimah Az- Zahra, permata Islam.

(5) Berpakaian cara Islam TIDAK menghalang pembangunan. Sebaliknya wanita-wanita yang menutup aurat dengan sempurna itulah wanita progresif, membangun dan mulia. Ini kerana progresif dan pembangunan sebenar dalam Islam adalah pembangunan sifat-sifat kemuliaan insan.

Berbeza dengan wanita-wanita yang berkeliaran serta bertelanjangan itulah sebenarnya peruntuh pembangunan, kerana perbuatan tersebut meruntuhkan nilai-nilai kemanusiaan, menyuburkan keruntuhan akhlak dan sifat-sifat kekejian.

(6) Berpakaian menutup aurat dengan sempurna tidak menghalang aktiviti harian wanita. Mereka boleh beriadhah, berniaga dan lainnya mengikut keperluan serta syarat-syaratnya.

(7) Mana-mana wanita yang belum menepati syarat-syarat Jilbab yang Allah perintahkan, berazamlah sungguh-sungguh. Moga Allah berikan kelapangan bila ada niat yang baik.

Kesalahan-kesalahn sebab tidak menutup aurat dengan betul pada masa lalu, mohon ampunlah pada Allah.

Wallahu A’lam.
___________________
Jawapan oleh
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al Kholidiyah
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
???????

Syarat Pakaian Wanita_Bahagian 4: Kesalahan di dalam berpakaian

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
*4.0 Kesalahan-kesalahan di dalam berpakaian pada zaman ini*
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Banyak sekali berlaku pelanggaran cara berpakaian wanita pada zaman ini samada di kalangan wanita muda atau dewasa. Sehingga terang2 melanggar perintah Allah supaya menutup auratnya.

Di antaranya :

(1) Memakai Seluar panjang dan T-shirt.

Ini menjadi kegemaran wanita-wanita zaman ini sedangkan ianya TIDAK menepati syarat jilbab yang diperintahkan. Bahkan amat bertentangan dengan maksud jilbab yang memerintah supaya “melabuhkan” pakaian kamu.

Memperlihatkan bentuk tubuh adalah sama seperti tidak berpakaian dan diancam dengan Neraka oleh banyak Hadith Nabi.

Seluar panjang semata-mata memperlihatkan bentuk kaki.  Sebab itu TIDAK menepati hukum Jilbab.

Sepatut nya seluar panjang adalah pakaian didalam jilbab

(2) Memakai tudung singkat sehingga menampakkan bentuk dada.

(3) Memakai tudung tetapi berbaju lengan pendek

(4) Memakai tudung tetapi nampak lehernya.

(5) Memakai tudung tetapi kain terbelah di bawahnya.

(6) Memakai tudung tetapi kainnya singkat atau ketat di punggung dan pinggang.

(7) Memakai tudung tetapi kainnya lutsinar menampakkan warna kulit dan garis tubuh.

(8) Memakai tudung tetapi baju dan kainnya berwarna garang yang menarik lelaki.

(9) Memakai tudung lengkap dan berniqab (tutup muka), tetapi bergaul bebas sana sini.

(10) Ada yang lain memakai tudung lengkap tetapi memperagakan tubuh jadi model di intenet.

Semua perbuatan tersebut TIDAK menepati hukum, sebaliknya amat bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul Nya.

Fenomena tersebut di atas sudah menjadi “lumrah”, “biasa” di mana-mana sahaja ; samada di sekolah, pejabat, pasaraya, kedai di mana saja termasuklah didalam yang menjadi pendokong adalah sebahagian yang bergelar ustazah. Mereka tidak lagi merasakannya sebagai dosa. Sebaliknya ia dianggap moden dan sesuai dengan zaman.

Inilah cabaran dan fitnah akhir zaman, fitnah lebih dahsyat dari kegelapan malam. Agama itu jadi barang mainan dan dagangan. Kemungkinan juga sebahagian wanita tersebut tidak mengetahui hukum hakam yang sebenar sehingga mereka memakai pakaian sesuka hati.

Sambungan huraian di SINI.

Jawapan oleh
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al Kholidiyah
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
???????

Syarat Pakaian Wanita_Bahagian 3: Batas dan Syarat menutup Aurat Wanita Beriman

Di sini  berikan sedikit panduan cara menutup aurat dengan betul.

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
*2.0 Batas Aurat Wanita Beriman*
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Batas aurat. wanita dihadapan lelaki ajnabi adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.

Dengan demikian seseorang wanita wajib menutup aurat nya dengan lengkap apabila keluar dari rumahnya atau ketika menghadap  ajnabi. Syarat-syarat pakaian wanita beriman adalah seperti berikut:

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
*3.0 Syarat Pakaian Menutup Aurat Wanita Beriman*
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

ASAS PENTING Pakaian Wanita beriman terkandung didalam Firman Allah ini…

Allah Ta’ala perintahkan setiap wanita yang keluar rumah supaya nemakai _jilbab_.

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, supaya mengenakan _jilbab_ (melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai wanita yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[Al-Ahzab (33) : ayat 59]

Istilah جَلَـٰبِيبِهِنَّ *(“jalabib”)* pada perintah Allah di atas, dalam bahasa Arab adalah bermaksud sejenis pakaian luar yang labuh mulai dari kepala sampai kaki.

Menurut istilah agama, jalabib atau jilbab yang diperintahkan oleh Allah ke atas wanita adalah bermaksud sejenis pakaian diluar yang lain, iaitu lain dari yang biasa di pakai di rumah. Ertinya apabila keluar rumah, hendaklah pakai Jilbab di atas pakaian yang sedia ada. Jangan pakai pakaian biasa saja atau semata-mata pakaian luar jilbab saja. Mesti lah memakai kedua2 nya kerana isyarat ayat tersebut adalah jalabib / jilbab, bermaksud “pakaian luar yang labuh”.

Berdasarkan ayat di atas serta ayat2 sebelum nya, Ulama menarik kesimpulan, Sifat2 jalabibatau jilbab wajib menepati syarat-syarat berikut:

*Pertama*
Jilbab itu wajib menutup seluruh tubuhnya, kecuali muka dan tapak tangan saja diizinkan untuk dibuka. Dengan demikian tidak dikatakan menutup aurat jika lengannya terdedah atau lehernya atau kakinya atau lain-lain terdedah.

*Kedua:*
Jilbab atau pakaian luar itu hendaklah cukup besar yang menutup seluruh tubuh dari kepala sampai kakinya. Ini bermaksud tidak dikatakan menutup aurat jika hanya dilabuhkan sehingga pinggang dan di bawahnya seluar.  Ini jelas berlawanan dengan hukum.

Istilah jalabib mengandungi pengertian khusus berkenaan “melabuhkan” sehingga jika seorang wanita hanya jatuhkan pakainnya sampai pinggang, kemudian memakai seluar, maka ini TIDAK menepati maksud “hulurkan jilbab kamu”

Bahkan dari sirah dapat diperhatikan, menurut contoh-contoh Muslimah di zaman Rasulullah dan para salaf, wanita mereka memakai jilbab yang meleret ke tanah.

*Ketiga*
Jilbab TIDAK boleh sempit ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya, samada dadanya, pinggang, punggung, bentuk paha atau kakinya.

*Keempat:*
Jilbab hendaklah tebal, TIDAK nipis sehingga ternampak warna kulit atau garis tubuhnya.

*Kelima:*
Jilbab tidak berwarna garang atau dihiasi aksesori yang menawan hati lelaki. Ini yang diisyaratkan oleh Perintah Allah “jangan memperlihatkan perhiasannya”

*Keenam:*
Jilbab tidak boleh menyerupai pakaian kafir.

*Ketujuh:*
Jilbab tidak boleh menyerupai wanita fasiq atau wanita2 berbuat keji.

*Bentuk- bentuk Jilbab*
Jilbab boleh terdiri dari 1 helai pakaian besar sekaligus dari kepala sampai kaki. Jilbab jenis ini biasa juga di panggil burqa, abaya dan purdah.

Atau 

Pakai dua helai /lapisan pakaian iaitu ; Tudung labuh dan jubah mulai dari bahu sampai kaki.

Atau 

3 helai pakaian iaitu :
Tubung labuh, baju kurung labuh dan kain labuh seperti baju kurung Melayu. Walau bagaimana pun WAJIB memastikan baju kurung itu menepati semua syarat di atas. Jika memakai baju kurung yang nipis atau ketat atau warna menarik hati seperti yang dilakukan oleh kebanyakan wanita zaman ini, maka ini menyalahi hukum.

Sambungan huraian di SINI

Jawapan oleh
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al Kholidiyah
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
???????

Syarat Pakaian Wanita_Bahagian 2: Pengenalan umum

Wanita yang beriman diperintah tetap tinggal di rumah kecuali ada keperluan yang diizinkan oleh syara’. Ertinya wanita beriman tidak dibenarkan keluar sewenang-wenangnya tanpa suatu keperluan untuk kehidupannya yang halal pada sisi syara’.

Nota: Sila rujuk bab keizinan syara’ atas wanita untuk keluar dari rumah pada Tajuk Risalah :

*” Hukum Wanita Berhubung dengan Ajnabi”*

Hukum ini berdasarkan Perintah Mutlaq Allah Ta’ala.

Firman Allah:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu”

[Al Ahzab (33) : ayat 33]

Dalam Firman Allah yang lain:

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;…… “

[An-Nur (24) : ayat 31]

Allah Ta’ala perintahkan setiap wanita beriman supaya tetap tinggal di dalam rumahnya.

Apabila dia terpaksa keluar kerana suatu urusan yang harus pada syara, maka wajib mematuhi sekalian hukum hakam berkaitan pakaian, pergaulan dan tingkahlakunya.

Di sini kita akan berikan sedikit panduan cara menutup aurat dengan betul.

Sambungan huraian di SINI.  

Jawapan oleh
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al Kholidiyah
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
???????

Syarat Pakaian Wanita_Bahagian 1: Kewajiban jilbab

■■■■■■■■■■■■■■■■■■
*SYARAT PAKAIAN WANITA*
*KEWAJIPAN JILBAB*
■■■■■■■■■■■■■■■■■■

?Soalan:
Assalamualaikum,
Zaman ni rata-rata wanita pakai seluar, t-shirt dan tudung singkat sudah jadi fenomena umum di mana-mana.  Mereka anggap yang penting tutup badan, tak kira macam mana tutup. Ada yg pertahan cara begitu sebab isteri ustaz pun pakai mcm tu.   Mereka kata, “Takkan ustaz pun salah kot

Bahkan setengah ustazah juga buat tu. Jadi kesimpulannya masyarakat memegang contoh sebegini sebagai panduan.

1. Yang penting tutup badan, tak kira pakai apa apa juga sekalipun
2. Bini ustaz pun pakai t-shirt dan tudung ringkas sahaja
3. Ustazah ajar Qur’an pun pakai ringkas
4. Ibubapa pun tak tegur kami.

Tolong bagi pencerahan.

?Soalan:
Assalamualaikum shaikh,
Saya muslimah baru hijrah. Saya ingin berpakaian menutup aurat dengan betul. Tapi apa yang buat saya gusar, pendapat tentang pasal pakaian wanita yang pelbagai.  Yang mana satu yang betul. Tolong bagi panduan.

?Soalan:
Assalamu alaikum
Apa pendapat Shaikh, ramai kawan-kawan wanita berpendapat zaman ni tak sesuai pakai mcm jilbab zaman dulu sebab zaman ni serba canggih, mencabar. Pakaian kena sesuai dengan zaman.  Contoh yang diberikan “Nak naik bas, nak jogging, nak berkelah, nak jalan-jalan, nak berniaga mana sesuai pakai tutup-tutup semua. Pakai seluar dan t shirt je mudah gerak.  Islam tak menyusahkan. Jangan extreme”
Macam mana nak jawab.
Syukran Shaikh

_____________________

Soalan-soalan seperti di atas pernah dikemukakan banyak kali sebelum ini.

Di sini kita simpulkan jawapannya.

Perlu difahami, Agama itu BUKAN ikut pendapat sendiri, nafsu, aqal atau kehendak suatu kelompok atau tuntutan orang tertentu. Tetapi Agama adalah Kitabullah, Sunnah Rasul serta Ijma’ Qias Ulama Ahlus Sunnah .  Yang dikatakan Ulama ini adalah bertaraf Auliya Allah.

Maka setiap hukum wajib di rujuk kepada pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah, bukan berpegang kepada pendapat sendiri atau nafsu manusia .

Sambungan huraian terletak di SINI.  

Jawapan oleh
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al Kholidiyah
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
???????

Reintroduction of PPSMI: Really?

Few days ago, I heard about it on the radio.  Since then, I have been searching and researching about it.  Of course, I rely on the news like Berita Harian and whatsnot as my main source of information.  😀 [Note: Even though I do not watch Malaysian TV programme on TV, but I do keep abreast with the latest news about the country, Malaysia using different modes of information]

Like what I have expected, there are positive views and also criticisms about the reintroduction of PPSMI in Malaysian education system.  Here are some news from various sources

When it was introduced more than ten years ago, it caused people i.e. parents, teachers and others, to query about its effectiveness.  After several years since its implementation and with lots of evidences and research about it, it was postponed (uhuk uhuk stopped).  Then it is going to be reintroduced again this year or the upcoming year.  

What is my opinion about this?

a) I never had any experience as a student nor a teacher when they implemented it first more than ten years ago.

b) When I was at school for my Latihan Ikhtisas, I notice that majority of students from B40 families at my school are having low proficiency in English.  One of the reasons is due to lack of reading.  Sometimes, it is not their fault when they could not proficient in English because some of their parents do not use English at home (some use broken English – so what do you expect?) and some of their parents don’t feel the needs to supplement their children with reading materials and exercise books in English.

For these students, it might be difficult for them to understand science and mathematics when they are taught in English as compared to in Malay.  I know that some old school people said that they excel and proficient in English because they were taught science and mathematics in English even though their parents were not educated and did not supplement them with English reading materials at home.  It is true.  But, look at the time frame.  Things are different from the years when they were students.  Look at the current situation now.  

c) The intention to reintroduce PPSMI is good.  For the betterment of our future generation.  We get that.  But how are they going to do that?  Teachers are not taught  to teach science and mathematics in English. 

I remember one of the teachers who graduated from UTM in 2005 that I met when I underwent my Latihan Ikhtisas (she was among the batches of teachers who have experienced to teach science and mathematics in English and they were trained at university to teach science and mathematics in English) who said this to me “I find it hard to teach the students mathematics in English because I have to teach them mathematical terms like division (bahagi), multiplication (darab), addition (tambah) and all.  It is not easy for the students to get used to the terms.  So, when I have to teach them something involving calculation and solving problem, some of them just rely on the mathematical symbols and not many of the students would able to do well if they were given narrative questions involving mathematical problems“.  

d) To conclude, PPSMI is good because the intention is good but we need to be careful when it comes to implementing it.  It might backfire us and leave detrimental effects on our future generations.  We are attempting to close the social gaps in our society, not broaden it.