Roadshow LPPT 2023 (17 Sept 2023, Ahad)

Yang berikut adalah nota yang sempat diambil ketika sesi berjalan.

a) Satu JK telah dibentuk bagi melihat penilaian LPPT 2023. Rombakan telah dilakukan bagi memurnikan kriteria penilaian LPPT. 30% kriteria tingkah laku dan 70% adalah kriteria lain. Penambaikan sistem penilaian versi 2.0 dilakukan juga bagi menampung keperluan utama PYD/PPD/PPK.

b) Versi 3.0 akan dibangunkan dan akan digunakan bukan pada tahun 2023 atau 2024.

3) DCP ialah untuk tujuan kenaikan pangkat. Jadi DCP wajib dipilih bagi setiap tahun.

4) Staf baru disarankan untuk memilih trek pengajaran tetapi kalau staf tersebut ingin memilih major LPPT lain seperti penyelidikan dan sebagainya, staf baru tersebut boleh memilih selain dari trek pengajaran. AKAN TETAPI, bagi trek penyelidikan, ianya mempunyai kriteria berbeza dari pengajaran. Oleh yang demikian, sekirany staf baru tersebut MASIH INGIN memilih trek penyelidikan, beliau perlulah memastikan beliau dapat memenuhi kriteria trek penyelidikan (Nota: mempunyai geran penyelidikan aktif mestipun belum lagi cukup setahun perkhidmatan).

4) Lantikan PTJ tidak boleh memilih kepimpinan akademik. Kepimpinan akademik hanyalah bagi staf yang memegang jawatan lantikan Universiti seperti Pengarah Sekolah, Dekan Fakulti dan sebagainya.

5) Bagi staf yang belum cukup tempoh setahun perkhidmatan, penilaian dilakukan di luar sistem ELPPT. Terdapat sistem lain yang akan digunakan bagi penilaian staf baru.

6) TES dimansuhkan, tetapi penilaian masih sama seperti dalam sistem eLPPT versi 2.0 mengikut wajaran yang ditetapkan bagi major ikut tahap kesempurnaan kuantiti dan kualiti fail kursus (course file). Pastikan dokumen bukti pengajaran adalah lengkap. Contoh: Bagi contoh kertas skrip jawapan pelajar mengikut kategori, pastikan setiap muka surat diimbas. Bagi kursus yang tiada peperiksaan akhir, contoh tugasan yang mempunyai contengan penilaian (yang ada tulis markah, komen dan sebagainya) perlulah dilampirkan. Kriteria major pengajaran ditambah dari 4 ke 6. Boleh lihat perincian di dalam sistem ELPPT 2.0.

7) Pemansuhan beberapa elemen bagi ELPPT tahun 2023: a) Webometrik, b) Sumbangan, c) GOT masters, d) Geran penyelidikan yang tidak berjaya.

8) E kandungan (e content) diletakkan di bawah kriteria pengajaran, bukan bonus. Oleh yang demikian, pastikan mengisi e content mengikut kategori bahan pengajaran. Ambillah peluang untuk mendokumentasi bahan pengajaran secara digital dan ianya boleh digunakan untuk tujuan ELPPT.

9) Penilaian CPD sebanyak 5% bagi 21 mata CPD dan lebih. Lebihan mata CPD tidak akan dibawa ke tahun hadapan.

10) Markah projek star rating adalah diberikan bagi projek bertaraf 3 hingga 5 bintang. 5 bintang = 3 markah, 4 bintang = 2 markah, 3 bintang = 1 markah.

11) Paten (copyright dsb.) dikira sebagai hasil penyelidikan. Pastikan ianya telah didaftarkan di INNOCOMM dan disahkan oleh TDPI untuk proses pengesahan. Sekiranya ianya tidak disahkan dalam tahun penilaian dan hanya disahkan ditahun hadapan, markah penilaian adalah pada tahun ianya disahkan.

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN LPPT (yang mana dokumen dan makkumat yang diberikan dalam sistem LPPT 2.0 telah disahkan oleh PP1) ialah pada 28 Disember 2022 pada pukul 5 petang.