Archives for November 2021

[Bahagian 1] Galakkan Pelajar Menjawab Soalan Subjektif

Pic source: https://ariestytalita.medium.com/what-is-mathematics-and-what-mathematical-thinking-86ba4ad95adc

Salah satu cabaran guru sepanjang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) atau di dalam bilik darjah ialah dalam aspek mentaksir pelajar. Terdapat pelbagai kaedah pentaksiran pelajar yang kebiasaannya dilaksanakan dalam bilik darjah. Kaedah yang biasa dilakukan ialah ujian yang berasaskan kertas dan pensil. Dalam keadaan sekarang, ujian pelbagai pilihan jawapan (multiple choice questions) tidak sesuai dilaksanakan lebih-lebih lagi pembelajaran dilaksanakan secara maya di mana teknologi menjadi medium perhubungan berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, guru seharusnya kreatif untuk mentaksir pelajar dengan menggunakan pendekatan yang digunakan bukan sahaja mudah tapi berkesan untuk mengikuti perkembangan prestasi pelajar. Hal ini penting lebih-lebih lagi guru dan murid menghadapi cabaran dalam proses pembelajaran dan pengajaran di rumah. Salah satu alternatif pentaksiran atau barangkali guru telah pun biasa melaksanakannya ialah dengan menggunakan soalan subjektif berbanding soalan objektif atau lebih dikenali sebagai soalan pelbagai pilihan jawapan. Terdapat beberapa kelebihan soalan berbentuk subjektif terhadap perkembangan pencapaian pelajar. Memberikan soalan berbentuk subjektif barangkali tidaklah memerlukan peralatan teknologi yang canggih, rangkaian internet yang kuat dan sebagainya. Ianya hanya memerlukan guru mengutarakan soalan berbentuk subjektif melalui platform aplikasi whatsapp, media sosial seperti facebook dan sebagainya. Guru kemudiannya memberi masa kepada pelajar untuk menjawab soalan subjektif yang diberikan, sebelum pelajar diminta untuk menyerahkan jawapan mereka dengan bentuk imej dan sebagainya kepada guru mereka melalui sebarang platform digital yang mudah. Untuk soalan subjektif, guru boleh lihat bagaimana pelajar tersebut berfikir. Ini kerana mereka perlu menunjukkan jalan kerja penyelesaian soalan semasa hendak menjawab soalan subjektif tersebut. Sebaliknya, guru tidak dapat mengenalpasti cara pelajar berfikir untuk soalan berbentuk objektif. Hal ini selari dengan pendekatan teori pembelajaran kognitivisme yang mempertimbangkan ‘tingkah laku’ pemikiran yang berlaku dalam minda pelajar dan yang tidak dapat diperhatikan. Maklumat diproses dalam minda pelajar sebelum dikeluarkan dalam bentuk maklumbalas. Sehubungan itu, maklumat yang tidak dapat diperhatikan diterjemahkan dalam bentuk langkah-langkah penyelesaian masalah pelajar sebelum mereka menghasilkan jawapan iaitu maklumbalas. Manakala jawapan ‘betul-salah’ atau pelajar hanya memilih jawapan yang betul daripada pilihan jawapan yang ada hasil daripada prinsip pembelajaran teori behaviorisme yang hanya menekankan rangsangan dan maklumbalas sahaja tanpa mengambilkira apa yang berlaku dalam minda pelajar.  Dengan melihat cara pelajar menjawab soalan, para guru boleh memikirkan pendekatan ataupun merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai pada masa hadapan.

Bersambung…

International Colloquium on Psychosocial Issues in COVID-19 Era

School of Education (SOE), Faculty of Social Sciences and Humanities (FSSH), Universiti Teknologi Malaysia will organize a Virtual International Colloquium on ‘’PSYCHOSOCIAL ISSUES IN COVID-19 ERA’’. This collaboration is between the School of Education, FSSH, UTM & Faculty of Behavioural Sciences (FBS), SGT University, India. The colloquium focuses on the current trends and issues in Psychosocial Issues in Covid-19. The details are as follows:

Date: 8th December, 2021 (Wednesday)
Time: 2.00 pm-6.00 pm
Platform: Webex and Facebook Live
Webex link: http://utm.webex.com/join/fss2.webex
Facebook FSSH: https://www.facebook.com/humanities.utm/

Senarai Jurnal MyCite 2020

Pusat Sitasi dan Infometrik, Jabatan Pendidikan Tinggi, telah mengeluarkan Senarai Jurnal MyCite 2020 (kemaskini 5 November 2021) yang boleh dimuat turun daripada URL berikut

https://mycc.mohe.gov.my/document/files/MyCite%202020%20RASMI.pdf

Pic Source: https://mycite.mohe.gov.my/

[Bahagian Akhir] Kepentingan Kesinambungan Penyelidik Muda Di Institusi Pendidikan Tinggi

Sambungan dari : https://people.utm.my/halim/bahagian-2-kepentingan-kesinambungan-penyelidik-muda-di-institusi-pendidikan-tinggi/

Pic Source : https://www.facebook.com/theyoungscientists/

Dalam situasi yang mencabar ketika ini, penyelidik muda perlu bersedia untuk unlearn dan relearn. Mereka tidak boleh terus berasa selesa dengan apa yang mereka nikmati pada hari ini. Mereka perlu keluar dari kepompong keselesaan. Mereka tidak boleh mengharapkan saluran dana dari universiti dan kerajaan semata-mata. Setiap dari mereka perlu membawa sesuatu yang lebih baik dan lari dari kebiasaan. Apabila memahami sebab mereka diminta untuk membuat perubahan lebih-lebih dalam situasi mencabar yang kerap menguji mereka dari semasa ke semasa, mereka akan lebih bersedia untuk menggugurkan (unlearn) kaedah lama dan mengguna pakai (relearn) kaedah yang baru. Contohnya, sebelum ini mereka sudah terbiasa menulis proposal penyelidikan yang lebih bersifat teknikal, tetapi kini sudah tiba masanya untuk mereka menghasilkan proposal penyelidikan yang memasukkan nilai-nilai tertentu dan bersifat layman untuk menarik lebih banyak pihak penaja menyalurkan dana penyelidikan kepada mereka sebagai penyelidik muda.

Natijahnya, bakat muda khususnya dalam penyelidikan dan dunia akademia perlu dimanfaatkan dan perlu diberi sokongan sewajarnya kerana merekalah penyambung kepada kejayaan yang dikecapi bukan sahaja oleh institusi pendidikan mereka malah oleh negara kita. Kecerdikan dan keringat mereka perlu digembleng untuk terus menjayakan kelangsungan universiti serta negara dan pada masa yang sama terus melakar kejayaan dalam pelbagai bidang yang dapat memberikan impak besar kepada sains, teknologi, dan masyarakat.

Tamat

[Bahagian Akhir] Guru Perlu Kreatif Mentaksir Pelajar Dalam Norma Baharu

Sambungan dari https://people.utm.my/halim/bahagian-2-guru-perlu-kreatif-mentaksir-pelajar-dalam-norma-baharu/

Pic Source: https://www.graduateprogram.org/2020/04/formative-vs-summative-assessment-whats-the-difference/

Pentaksiran alternatif untuk pembelajaran luar talian ialah pembelajaran menggunakan modul. Guru boleh memuat turun bahan modul pelajaran lengkap di Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) melalui laman web rasminya. Terdapat juga guru mengambil inisiatif membina sendiri modul dalam bentuk hardcopy. Modul ini mengandungi aktiviti relevan dengan topik tertentu. Pelajar disaran menggunakan pengalaman sendiri bagi menyelesaikan tugasan diberikan. Modul pembelajaran ini diedarkan kepada pelajar berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ditetapkan. Pentaksiran dalam modul dapat mengukur penguasaan pelajar. Pelajar perlu menyerahkan hasil tugasan untuk disemak atau ditaksir secara serahan tangan atau melalui medium Whatsapp atau Telegram. Berdasarkan KPM, pentaksiran alternatif sebagai pembelajaran dalam talian dan secara luar talian ialah pentaksiran kendiri. Pentaksiran kendiri terdiri daripada pelajar memberi ulasan hasil kerja atau prestasi mereka sendiri menggunakan helaian pentaksiran kendiri. Pentaksiran kendiri juga boleh dijalankan melalui sesama rakan sebaya yang dikenali dengan pentaksiran rakan sebaya. Pentaksiran rakan sebaya dinilai menggunakan instrumen pentaksiran rakan sebaya. Guru juga boleh meminta pelajar membina peta konsep dan pemarkahan kerja sendiri dengan merujuk kepada kriteria tertentu. Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya boleh meningkatkan pengaturan diri pelajar (self-regulation) dan pencapaian. Pentaksiran rakan sebaya boleh menjadi antara kaedah pentaksiran alternatif berfungsi sebagai pentaksiran formatif. Pentaksiran alternatif mengenai pembelajaran secara dalam talian ialah peperiksaan atau ujian dalam talian menggunakan Google Classroom dan portfolio elektronik. Guru juga boleh menjalankan pembelajaran berasaskan projek. Terdapat tujuh panduan pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek berasaskan Manual Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah. Pertama, guru memberi tajuk kepada pelajar. Kedua, guru membimbing pelajar untuk mengenal pasti kaedah menyiapkan projek yang diberikan. Ketiga, guru membimbing pelajar untuk mengenal pasti bahan, peralatan dan kos diperlukan. Keempat, guru menentukan jangka masa menyiapkan projek. Kelima, guru membimbing pelajar menyelesaikan projek. Keenam, pelajar membentangkan hasil projek. Ketujuh, pelajar membuat refleksi tentang proses penghasilan projek. Cadangan pentaksiran alternatif ini diharapkan menjadi pilihan kepada guru untuk menambah baik instrumen pentaksiran sedia ada dan seterusnya menambah baik keberkesanan pelaksanaan PdPR yang dijalankan semasa pandemik COVID-19. Pentaksiran berkualiti dapat menyumbang kepada pembentukan pelajar berkualiti dan berkemahiran daripada semua aspek serta meningkatkan keberkesanan PdP yang dijalankan. Bagi mencapai hasrat ini, guru dan diri pelajar perlu menjalinkan kerjasama dalam menjayakan PdPR dibuat. Pada masa sama, ibu bapa atau penjaga, pihak sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan KPM haruslah memainkan peranan masing-masing dalam membantu agar PdPR dan pentaksiran yang dijalankan semasa pandemik COVID-19 berjalan dengan lancar.

Tamat