Archives for December 2021

[Bahagian Akhir] Galakkan Pelajar Menjawab Soalan Subjektif

Sambungan dari https://people.utm.my/halim/bahagian-1-galakkan-pelajar-menjawab-soalan-subjektif/

Pic Source: https://www.mathvalues.org/masterblog/2019/6/27/mathematics-is-a-way-of-thinking-how-can-we-best-teach-it

Soalan subjektif juga digunakan untuk menguji pengetahuan dan pemahaman yang dimiliki oleh pelajar. Ini seterusnya dapat meningkatkan kemampuan berfikir dan penyelesaian masalah pelajar. Soalan subjektif juga sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis, membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan, yang memerlukan kemahiran berfikir. Hal ini seterusnya mendorong pelajar untuk belajar lebih banyak dan menjadi pemikir kritis yang lebih baik kerana untuk menjawab soalan subjektif pelajar perlu mempunyai pengetahuan dan kreatif dalam menyatakan jawapan mereka. Soalan subjektif, biasanya pelajar harus membina sendiri jawapan oleh pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk menyatakan pendapat atau cadangan mereka. Sebaliknya, soalan objektif mendorong pelajar untuk menghafal dan biasanya membataskan pemikiran kritis pelajar dalam menjawab soalan. Soalan subjektif juga memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya persembahan dan penulisan jawapan. Soalan subjektif memberi peluang kepada pelajar bebas mengemukakan atau menyampaikan pendapat, hujah atau idea sendiri tentang sesuatu isu ataupun topik. Pelajar akan menerokai pelbagai cara atau pendekatan untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara sendiri dan mempamerkan sesuatu idea yang asli mereka. Soalan subjektif juga menilai kemampuan menulis dan berkomunikasi pelajar. Pelajar dapat mengorganisasikan idea dan membina hujah yang logik. Pelajar memilih isi atau idea daripada pengetahuan sedia ada, menyusun isi atau idea dan seterusnya, menulis dengan cara yang logik supaya dapat dipersembahkan dengan baik.

Untuk soalan objektif pula, kekurangannya ialah pelajar boleh memilih jawapan tanpa perlu menunjukkan jalan kerja. Pada masa yang sama, kaedah seperti ini memberi peluang kepada pelajar untuk membuat pilihan secara rawak tanpa perlu memahami soalan dan keperluan soalan itu dibuat. Walaupun kaedah ini memudahkan guru untuk menanda soalan tersebut, namun matlamat pengajaran tidak akan tercapai jika penilaian yang diberi tidak menyeluruh dan mengambilkira proses yang berlaku kepada pelajar untuk memahami sesuatu topik yang diberi. Selain itu, soalan objektif tidak dapat meningkatkan kemahiran penaakulan dalam kalangan pelajar dan mendorong mereka memilih jawapan secara rawak. Dengan penaakulan, pelajar dapat mengaplikasikan sesuatu konsep yang dipelajarinya dalam pelbagai situasi. Sebaliknya melalui penghafalan, pelajar tidak dapat menghubungkan pengetahuan hasil dari pembelajaran mereka ke dalam situasi yang berbeza seperti penyelesaian masalah dan sebagainya.

Tamat

Best Postgraduate Student Award in Conjunction with UTM 64th Convocation

Huge congratulations to my students who received the Best Postgraduate Student Award in Conjunction with UTM 64th Convocation. You deserved it!

Selamat Berkonvokesyen Buat Pelajar Saya

Tahniah kepada semua pelajar pasca siswazah saya yang bakal bergraduasi sempena Majlis Konvokesyen ke-64 Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Matematik (Penyelia Utama)
1. Dr. Nurul Shida Binti Noni
2. Dr. Muhammad Nasiru (Nigeria)
3. Dr. Muhammad Sani Abdurrahman (Nigeria)

Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Matematik (Penyelia Bersama)
1. Dr. Muhammad Ammar Naufal (Indonesia)
2. Dr. Syafri Ahmad (Indonesia)

Ijazah Sarjana Pendidikan Matematik (Penyelia Utama)
1. Fatin Marlia Binti Mohd Maulana
2. Nurain Binti Zainal
3. Lim Kar Teck
4. Siti Aisyah Binti Abu Bakar
5. Nor’ Hidayah Binti Mohd. Amir

Selamat berkonvokesyen semua!

23 Travelog Saya

Pic Source: Koleksi Peribadi

Abdul Halim Abdullah (2021, Julai) Melancong Sambil Beramal di Pulau Lombok, Indonesia. Dewan Siswa.
Abdul Halim Abdullah (2020, November) Jeju yang Memukau. Dewan Siswa.
Abdul Halim Abdullah (2020, April) Meneroka Kota Istimewa Jogjakarta. Dewan Siswa
Abdul Halim Abdullah (2020, Januari) Suncheon: Bandar Ekologi Korea Selatan. Dewan Siswa
Abdul Halim Abdullah (2019, November) Sokcho: ‘Pemisah Antara Korea Selatan dan Korea Utara’. Majalah Backpackerz: The Ultimate Travel Magazine. vol. 32.
Abdul Halim Abdullah (2019, Oktober) Keindahan Musim Bunga di Jinhae Korea Selatan. Dewan Siswa.
Abdul Halim Abdullah (2019, Jun 2019) Gwangju: Keunikan Kota Barat Daya Korea Selatan. Dewan Siswa.
Abdul Halim Abdullah (2019, Januari) Kenangan Terindah di Banda Aceh dan Padang. Dewan Siswa.
Abdul Halim Abdullah (2018, Oktober) Madrid: Saksi Keindahan Bumi Spain Depan Mata. Majalah Backpackerz: The Ultimate Travel Magazine. vol. 31.
Abdul Halim Abdullah (2018, Mei) Banjarmasin Bandar Seribu Sungai. Dewan Siswa.
Abdul Halim Abdullah (2018, Januari) Kenangan Manis di Kota Astana Kazakhstan. Majalah Backpackerz: The Ultimate Travel Magazine. vol. 22.
Abdul Halim Abdullah (2017, Oktober) Melawat Abu Dhabi: Ibu Kota Mewah Emiriah Arab Bersatu. Dewan Siswa.
Abdul Halim Abdullah (2017, Ogos) Mengutip Pengalaman Berharga Nha Trang & Tuy Hoa City. Majalah Backpackerz: The Ultimate Travel Magazine. vol.18.
Abdul Halim Abdullah (2017, Jun) Menikmati Keindahan Kota Pelabuhan Busan. Dewan Siswa.
Abdul Halim Abdullah (2017, Februari) Meneroka Keindahan Bumi Seoul. Dewan Siswa Edisi.
Abdul Halim Abdullah (2016, Oktober) Menikmati Keindahan Kota Bandung. Dewan Siswa.
Abdul Halim Abdullah (2016, Mac) Bergerak Solo di Kota Jepun. Ruangan Kembara Berita Minggu.
Abdul Halim Abdullah (2012, Disember 9) Negeri Victoria Penuh Istimewa. Ruangan Destinasi Mingguan Malaysia.
Abdul Halim Abdullah (2012, Ogos 26) Memori Cerita Jakarta. Ruangan Kembara Dunia Berita Minggu.
Abdul Halim Abdullah (2012, Jun 10) Meneroka Kota Jakarta. Ruangan Destinasi Mingguan Malaysia.
Abdul Halim Abdullah (2012, Mei 6) Rahsia Victoria. Ruangan Kembara Dunia Berita Minggu.
Abdul Halim Abdullah. (2011, Julai 31) Kenangan Terindah di Madinah. Ruangan Kembara Dunia Berita Minggu.
Abdul Halim Abdullah (2010, Mac 14) Mengutip Ilmu di Guangzhou, Shenzen. Ruangan Kembara Berita Minggu.

Penilaian Tapak MyRA bagi Pencapaian UTM 2019 dan 2020

Alhamdulillah. Selesai sudah sesi penilaian tapak MyRA bagi pencapaian UTM 2019 dan 2020. Terima kasih diucapkan kepada barisan pengurusan tertinggi UTM terutamanya YBhg Datuk Naib Canselor UTM, Timbalan-Timbalan Naib Canselor UTM, para juruaudit luar yang sangat membantu, penyedia data, auditee, ahli jawatankuasa pelaksana dan seluruh warga UTM yang telah bertungkus-lumus menjayakan sesi penilaian tapak MyRA yang bermula dari 30 November sehingga 2 Disember 2021. InshaAllah sama-sama kita berdoa semoga UTM bukan sahaja kekal sebagai universiti penyelidikan, malah terus maju ke hadapan sebagai salah satu universiti terbaik di Malaysia dan di persada global.