Category Archives: Announcement

JEMPUTAN KE MAJLIS AMANAT DAN IKRAR MAHASISWA BAHARU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SESI AKADEMIK 2017/2018, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KUALA LUMPUR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Bersempena dengan Minggu Mesra Mahasiswa, pihak pejabat Hal Ehwal Mahasiswa akan mengadakan Majlis Amanat & Ikrar Mahasiswa Baharu bersama YBhg.

Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang

​,

Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

​ ​

& Sesi TN50 Bersama YB Dato’ Razali bin Ibrahim,

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM)

​.

Sehubungan dengan itu, seluruh warga UTM Kuala Lumpur dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

ATURCARA MAJLIS

 

MAJLIS AMANAT DAN IKRAR MAHASISWA BAHARU

& SESI TN50 BERSAMA YB DATO’ RAZALI BIN IBRAHIM

SEMPENA MINGGU MESRA MAHASISWA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

SESI AKADEMIK 2017/2018, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KUALA LUM

Tarikh           :      7 September 2017 (Khamis)

Masa

​ ​

:      8.15 pagi – 12.30 tengahar

​i

Tempat         :      Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur

                           (Secara Video Conferencing)

MAJLIS AMANAT DAN IKRAR MAHASISWA BAHARU

8.15 pagi      :        Ketibaan Jemputan

8.40 pagi      :        Ketibaan YBhg. Prof. Dr. Zainuddin bin Abd. Manan

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UTM

9.00 pagi      :        Ketibaan YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang

Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

                   :        Lagu Negaraku

:        Bacaan Doa

:        Ucapan Aluan oleh YBhg. Prof. Dr. Zainuddin bin Abd. Manan

 

​ ​

:        Ucapan oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang

 

​ ​

:        Pelancaran Sistem Job On Campus

:        Pelancaran GuideMe@UTM

 

​ ​

:        Ikrar Setia Mahasiswa

:        Penyampaian Cenderamata

:        Lagu Keunggulan Terbilang

 

​ ​

:        Lagu Jalur Gemilang

 

SESI TN50 BERSAMA YB DATO’ RAZALI BIN IBRAHIM

10.30 pagi   :        Ketibaan Jemputan

11.00 pagi   :        Ketibaan YB Dato’ Razali Bin Haji Ibrahim

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM)

:        Aluan Pengerusi

:        Sesi Dialog Bersama Mahasiswa

– Moderator oleh Encik Mohd Kamal bin Mohd Affandi,

Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri

– Panel oleh  YB Dato’ Razali Bin Haji Ibrahim,

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 

​  ​

:        Penyampaian Cenderamata

12.30 tghari:        Bersurai

Office of Corporate Affairs

Level 16, Menara Razak

Universiti Teknologi Malaysia

Jalan Sultan Yahya Petra

54100 Kuala Lumpur

office +603 21805127 | fax +603 21805602

e-mail: corporate.kl@utm.my |  site: corporateaffairs.utm.my/kl

SUKAN MAHABBAH 2017

Salam Sejahtera

YBhg Prof. / Prof Madya / Dr. / Saudara,

Adalah dimaklumkan bahawa Sukan Mahabbah Tahun 2017 akan diadakan pada sepanjang bulan September hingga November 2017 ini. Sukacita dimaklumkan bahawa UTM AIS kekal di dalam Pasukan Hijau bersama-sama UTM SPACE , Pejabat Pendaftar dan Unit Keselamatan.
Ketua Pasukan : En Muhd Zairulhisham bin Zainudin (UTM AIS)
Penolong Ketua Pasukan : En Saifullah (UTM SPACE)
Berikut adalah jadual permainan yang akan dipertandingkan beserta Pengurus Pasukan masing-masing. Kepada yang berminat untuk mengambil bahagian sila daftarkan nama kepada Pengurus Pasukan / makluimkan kepada Ketua Pasukan (En Sham)
1.   Bola Sepak (11, 13 & 15 Sept)  : En Sharil (Keselamatan) & En Azizul (SPACE)
2.   Sepak Takraw (14 Okt) : En Zaman (Pegawai Keselamatan)
3.   Bola Tampar Wanita (14 Okt) ( Dr Nilam Nur (UTM AIS) & Pn Aini (Pejabat Pendaftar)
4.   Bola Tampar Lelaki (7 Okt)  : En Fahim  (UTM SPACE)
5.   Bola Jaring  (7 Okt) : Pn Michelle (UTM SPACE)
6.   Futsal wanita (21 Okt) : Wane / Muni (Pejabat Keselamatan)
7.   Futsal Lelaki ( 22 Okt) : En Zulkifli (UTM AIS)
8.   Badminton (3 Nov) :  En Shafie (UTM SPACE)
9.   Bowling Wanita (3 Okt) : Pn Norehan (UTM SPACE)
10. Bowling Lelaki (3 Okt)  : En Furizan (UTM SPACE)
10. Ping pong (14, 15, 16 Nov 2017) : En Nazri (UTM SPACE)
11.  Menara Razak Challenge (25 Nov) : En Hassan (Pejabat Pendaftar)
Sehubungan dengan itu, mesyuarat pengurus-pengurus Pasukan Hijau telah bersetuju untuk mengenakan yuran sebanyak RM3 kepada semua staf bagi  menampung kos pertandingan tersebut. Sekiranya YBhg Prof. / Prof Madya / Dr. / Saudara, ingin memberikan sumbangan berupa Wang Tunai / Trophy Kejohanan juga amat dialu-alukan.
Sementara jersi perlawanan berharga RM20 adalah diwajibkan kepada pemain dan terbuka kepada staf yang lain (bergantung kepada tempahan).
Sila kemukakan sumbangan YBhg. Prof. / Prof Madya / Dr. / Saudara, kepada En Muhd Zairulhisham bin Zainudin , Ketua Pasukan Hijau tahun 2017.
Kerjasama YBhg Prof. / Prof Madya / Dr. / Saudara amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
 GREEN RANGERS……GO FOR IT

Best Regards,

ZAHARAH BINTI AHMAD @ MD. HASSAN
Deputy Registrar
Advanced Informatics School (UTM AIS)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Jalan Sultan Yahya Petra
Kuala Lumpur

Office:+603-21805344 | Mobile: +6016-5538161 | Fax: +603-21805370

Primary Email: zaharahmh.kl@utm.my

IKLAN JAWATAN KOSONG UTMKL SIRI 3/2017

Assalamualaikum w.r.t. w.b.t. dan Salam Sejahtera,
UTM memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020.
Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
JAWATAN:
1. PEMBANTU AWAM (H11) TETAP
2. PEMBANTU OPERASI (N11) TETAP
3. PEMANDU KENDERAAN (H11) TETAP
4. PENGAWAL KESELAMATAN (KP11) TETAP
5. PEMBANTU TADBIR P/O (N19) TETAP/KONTRAK
6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N29) TETAP
7. PENOLONG JURUTERA (J29) TETAP
Tarikh Mula Iklan  : 5 September 2017
Tarikh Tutup Iklan : 18 September 2017
Iklan jawatan kosong boleh didapati di http://kl.utm.my/pendaftar/job-vacancy
Permohonan yang lengkap secara atas talian di https://hrfin.utm.my sahaja akan diproses.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UTMKL ditalian 03-2615 4611.
Harap maklum.
 
Pejabat Pendaftar
UTM Kuala Lumpur
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 W.P Kuala Lumpur
Office: 03-2615 4830 | Fax: 03-2693 4344
Primary Email: registrar.kl@utm.my | Site: http://kl.utm.my/pendaftar

Pekeliling Pentadbiran UTM Bil.19/2017

Salam Sejahtera / Warm Greetings.

Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Prof / Dr / Saudara,
Pekeliling Pentadbiran UTM Bil.19/2017:  PENGISYTIHARAN CUTI UMUM SEMPENA TEMASYA SUKAN SEA KE-29
 
Selaras dengan Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan Am 1951 maka Universiti menyahut arahan kerajaan dan Cuti Umum diberikan kepada seluruh warga UTM pada 4 September 2017 (Isnin).
 
Namun, semua urusan atau program yang telah dirancang lebih awal terutamanya melibatkan pihak luar perlu diteruskan seperti biasa. Semua staf yang terlibat dengan program yang telah dirancang dikehendaki bertugas dan layak mendapat cuti gantian.
 
Sehubungan itu, pendaftaran pelajar baharu UTM yang dijadualkan pada 4 September 2017 diteruskan sepertimana perancangan asal.
 
 
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
 
Bahagian Pengurusan Organisasi / Organisational Management Division,
Pejabat Pendaftar / Office of the Registrar,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru, Johor.


Office:07-5530145  I  Fax: 07-5545755
 

  

Sambutan pelajar baru

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera seluruh warga UTM,

Esok kita mula menerima kehadiran pelajar baru ke UTM di JB dan KL, sebagaimana yang telah dijadualkan.

  1. Beberapa hari yang lepas kita juga telah menerima kehadiran pelajar antarabangsa yang telah tiba lebih awal.
  2. Jangkaan jumlah pelajar baru ialah 6101; 1073 atau 20% pelajar antarabangsa. 4012 adalah pelajar UG (400 antarabangsa).
  3. Ini satu petunjuk yang baik kepada UTM. Tahniah semua yang berusaha keras mempromosi UTM.
  4. Sudent Recruitment and Admission (SRAD), HEMA, UTM International, Keselamatan dan banyak Unit lain tentunya sangat sibuk menerima kehadiran pelajar2 baru ini. Dan saya maklum ada perkhidmatan yang diberikan melebehi jangkaan. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua atas kerja keras masing-masing
  5. Ramai di antara kita telah dan akan terlibat dalam mempastikan urusan pendaftaran keseluruhannya berjalan dengan lancar dan memberi keselesaan yang terbaik kepada pelajar dan ibu bapa
  6. Seperti yang kita selalu hasratkan, layanan mesra diiringi senyuman yang ikhlas, keadaan persekitaran yang terjaga, bersih dan kemas, proses pendaftaran yang teratur dan pantas, maklumat yang teratur dan mencukupi untuk para tetamu dan pelbagai perkara baik seperti layanan di cafeteria, keperluan meletak kereta dan lain-lain akan menjadikan pengalaman pelajar dan ibubapa di UTM ini sebagai sesuatu yang mereka tidak lupakan.
  7. Mohon juga kita berikan perhatian khusus kepada keperluan ibubapa dengan anak2 kecil, yang uzur atau kurang upaya. Mereka datang untuk meraikan kejayaan anak2 masuk ke UTM. Menjadi tugas kita juga meraikan kegembiraan mereka.
  8. Saya memohon kita juga meraikan alumni UTM yang datang semula sebagai ibu bapa atau yang datang menyambung pengajian. Kepercayaan berterusan alumni perlu dihargai sebaiknya.
  9. Kita maklum banyak usaha dibuat di semua peringkat PTJ secara gotong-royong membuat persiapan. Jutaan terimakasih di ucapkan atas pengorbanan warga UTM.
  10. Diperingkat pengurusan kita juga melabur secara terhad bagi mempertingkatkan keadaan hostel pelajar dan sedang diusahakan untuk diselesaikan segera. Ini bagi tujuan keselesaan pelajar
  11. Kita maklum pelajar memilih UTM atas dasar keyakinan pelajar dan ibu bapa kepada UTM. Dan kita juga memahami peranan setiap dari kita warga UTM dalam membina ekosistem yang kondusif bagi membolehkan pelajar memperolehi ilmu, pengalaman pembelajaran secukupnya dan mencungkil potensi intelek mereka sebelum mereka berdepan dengan kehidupan sebenar kelak.
  12. Akhirkata saya sekali mengajak semua warga UTM memberikan perkhidmatan terbaik kepada tetamu kita dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan.

Sekian, wassalam

Wahid UTM

Scholarships for Master’s Program and PhD Sandwich Program 2018 under AUN/SEED-Net Graduate Program

Assalamualaikum wrh. wbt. & Salam Sejahtera,

Dear All,

 
Closing date for applications: 9 Oct 2017
(hardcopy version must arrive at AUN/SEED.Net office no later than 31 Oct 2017)


1. We are glad to announce the call for application of Master’s Program and Ph.D Sandwich Program in UTM, sponsorship by AUN/SEED.Net.

2. Scholarship offer:

  • living allowance
  • health insurance
  • relocation fee
  • round-trip air ticket

3. The fields of study that can be supported by the AUN/SEED-Net:

  • Civil Engineering under Faculty of Civil Engineering
  • Natural Disaster under MJIIT
4. Eligible applicants must:

  • Applicants must be young faculty staff of Sending Institutions, or graduating students/graduates who are strongly motivated to pursue a professional career as faculty staff
    at Sending Institutions.
  • Applicants must be endorsed to apply by Sending Institutions in their home country, which expect them to be faculty staff after graduation.
  • Applicants must hold a bachelor’s degree in a relevant engineering field, or to complete the bachelor’s degree before starting this degree program.
  • Applicants should meet at least one of the following requirements. The supporting documents should be provided.
  1. Class rank of Bachelor’s Degree must be within top 15 % in their final or most recent year. The Certified Letter on Academic Standing (Attachment 3) is required;
  2. Cumulative Grade Point Average (CGPA) at least 3.0 in the 4-scale grading system or 7.5 in the 10-scale grading system in Bachelor’s degree;
  3. Outstanding academic achievements with supporting evidence (e.g. awards, publication, etc.)
  • Applicants must have good English language proficiency to study and carry out independent research. It is strongly recommended to submit a certificate of internationally known English proficiency test.
  • Applicants must be under the age of 30 at the time of application.
  • Applicants must be in good health conditions.
  • The scholarships are for Japanese Fiscal Year (JFY) 2018 intake students (1st April 2018 – 31st March 2019). The scholarships cannot be granted to the applicants who:
  1. have already started their study before the announcement of JFY 2018 scholarship award;
  2. have already been awarded and salaried by other scholarships.

5. Successful applicants must start their study within 1st April 2018 – 31st March 2019.

6. Application Guideline:

7. Forms & Attachments

Applications must be submitted with all the required documents through Office of Deputy Vice Chancellor (Academic & International) no later than 9 October 2017 (Monday).

Should there be any queries, please do not hesitate to contact our officer, Ms Leilawati (+6 07 553 30453/email: mleilawati@utm.my).

Thank You.


Office of Deputy Vice Chancellor (Academic & International)

Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Johor

Hebahan Lestari: Makluman Inisiatif Kelestarian Air dan Sumber Air

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Lestari

Pihak universiti mempunyai visi dan komitmen yang jelas ke arah penambahbaikan polisi dan garis panduan mengenai kelestarian air dan sumber air. Komitmen ini sejajar dengan perubahan halatuju pembangunan Matlamat Pembangunan Kelestarian, iaitu Sustainable Development Goal (SDG). Antaranya ialah:

  1. Kawasan yang membekalkan sumber air bersih seperti Lata Jernih di Hutan Rekreasi UTM akan dikekalkan keindahan dan bebas pencemaran
  2. Semua kawasan tadahan hujan di kawasan hulu dan beberapa pinggir hutan sekitar UTM akan diberikan tumpuan utama bagi mengurangkan risiko pencemaran bahan ampaian dan kotoran
  3. Semua PTJ/Unit di UTM digalakkan menggunakan air yang boleh ditakung, terutama penggunaan tuaian hujan dengan memasang jaring penghadang nyamuk membiak. Kegunaan air ini adalah bagi tujuan pembersihan dan siraman yang ada di sekitar bangunan pejabat
  4. Penggunaan air paip perlu diminimakan dengan galakan pemasangan alatan penjimat air, samada di pili utama ataupun di dalam bangunan/makmal
  5. Penjagaan dan kesedaran mengenai sumber air sungai dan tasik yang ada di sekitar UTM akan diberikan nilai tambah terutama melibatkan kepentingan biodiversiti, mengelakkan pencemaran air dan rekreasi/riadah.
  6. Penerokaan air bawah tanah adalah digalakkan dengan maklumat tambahan mengenai tahap kebersihan dan keselamatan kepada pengguna
  7. Penggunaan bahan detergen dan sabun yang tidak mesra alam adalah tidak digalakkan dalam penggunaan di dapur, tandas dan lantai. Menggunakan bahan tempatan dan penghasilan daripada inovasi UTM merupakan elemen tambahan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Selidiki maklumat produk yang terdapat di pasaran yang memenuhi keperluan alam sekitar.

Sekian, Kami Prihatin.

UTM Campus Sustainability (UTMCS)
Office of Deputy Vice Chancellor (Development)
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, JOHOR, Malaysia

 

Office:+607-5533152  Fax: +607-5533149

Low Carbon Campus – Sustainability Culture – Environmental Citizenship – Living Laboratories – Green Operation

Find me on :  UTM Campus Sustainability

PERINGATAN BERKENAAN KEPENTINGAN MENGAMBIL INSURANS PERJALANAN KE LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERIBADI

Assalamualaikum wr wb & Selamat Sejahtera

Semuga saudara semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Dimaklumkan bahawa mesyuarat JPU bil 17/2017 pada 14 Ogos 2017 telah meminta Pejabat Pendaftar untuk membuat pemakluman kepada semua PTJ, untuk dipanjangkan kepada semua staf di PTJ saudara mengenai kepentingan mengambil perlindungan insuran bagi perjalanan ke luar negara atas urusan peribadi.

Walaubagaimanapun, urusan dan pembiayaan premium insuran perjalanan tersebut adalah dibawah tanggungjawab staf sendiri.

Dilampirkan cabutan minit mesyuarat berkenaan untuk rujukan saudara.

Sekian, untuk makluman.

Terima kasih.

NORAZLINA BINTI MD. ZAID
Deputy Registrar
Organisational Management Division
Registrar Office
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 UTM Skudai, Johore
Office:+607-5530412 | Mobile: +6017-7330636 | Fax: +607-5545755

Primary Email: azlina@utm.my

SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN PEJABAT PENDAFTAR 2017

Assalamualaikum W.b.t dan Salam Sejahtera,

Pelanggan yang dihormati,

Dalam meningkatkan komitmen kami terhadap penambahbaikan kualiti perkhidmatan yang berterusan, pihak kami sangat menghargai maklumbalas daripada tuan/puan.

Pengurusan Pejabat Pendaftar berterima kasih sekiranya tuan/puan dapat melapangkan masa dengan menjawab soal selidik yang diberikan seperti link di bawah. 

Maklumbalas daripada tuan/puan adalah sulit dan terima kasih kerana membantu dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kami.

Bahagian Pengurusan Organisasi / Organisational Management Division,
Pejabat Pendaftar / Office of the Registrar,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru, Johor.


Office:07-5530145  I  Fax: 07-5545755