source : Astro Awani
Category Archives: Story / Kisah
John Carpenter, peserta ‘Who Wants to be a Millionaire’ berhadapan dengan soalan terakhir untuk berjaya memenangi hadiah 1 juta dolar. Dia masih ada 3 talian hayat. Dia kemudian menghubungi bapanya ketika soalan terakhir bukan untuk meminta jawapan, tetapi untuk memaklumkan yang dia akan memenangi wang 1 juta dolar. Dia adalah orang pertama yang memenangi 1 juta dolar.
Ron Sveden berbulan bertarung dengan emphysema (masalah paru-paru seperti sesak nafas, batuk dan sakit dada) akhirnya doktor mendapati biji kacang tumbuh dalam paru-parunya. Doktor berkata, kacang itu telah masuk ke saluran yang salah.
Reference : BBC News - Pea plant grows inside man's lung
Tidak ada apple yang jatuh atas kepala Sir Isaac Newton, contoh dibuat supaya pelajar mudah faham, dia cuma mengkaji kenapa buah apple jatuh lurus tidak condong ke kiri atau ke kanan, terapung atau ke atas, kemudian membuat kesimpulan tentang graviti. Pokok tersebut masih ada hingga sekarang setelah 357 tahun
Source : Wikipedia Doctor Zirkel follows Newton's famous steps under the fabled Title Doctor Zirkel follows Newton's famous steps under the fabled Description Doctor Zirkel follows Newton's famous steps under the fabled apple tree. Coloured wood engraving. Iconographic Collections Keywords: Isaac Newton References Library reference: ICV No 12208 Photo number: V0011942 Full Bibliographic Record: http://catalogue.wellcomelibrary.org/record=b1175740 Source/Photographer https://wellcomeimages.org/indexplus/obf_images/29/64/a7f8add652e00a26a045c65860e0.jpg Gallery: https://wellcomeimages.org/indexplus/image/V0011942.html Wellcome Collection gallery (2018-03-29): https://wellcomecollection.org/works/h23ngyzc CC-BY-4.0
Betulkah kereta Steve Job tak ada nombor plat? Di California kenderaan baru, diberi tempoh 6 bulan untuk tidak memiliki no plat, jadi sebelum habis 6 bulan menggunakan sesebuah kereta, Steve Job akan membeli kereta baru.
Read more : https://abcnews.go.com/Technology/steve-jobs-car-apple-ceo-license-plates/story?id=14834608#:~:text=Yes%2C%20he%20leased%20a%20silver,plates%20fitted%2C%22%20writes%20Heath.
Veronica Seider, menurut Guiness World Record, mempunyai penglihatan 20x lebih daripada orang biasa. Dia boleh mengenal seseorang dari jarak 1.6km.
Selepas 7 bulan perang Hamas-Israel, Pegawai PBB melaporkan kemusahan Gaza memerlukan 14 tahun untuk membersihkan 37 juta tan serpihan runtuhan bangunan jika 100 lori digunakan sehari. 70 Ribu bangunan musnah, 290 ribu rosak termasuk sekolah hospital, Gereja, Masjid dan tempat bersejarah. Rm188 billion kos baik pulih diperlukan (7 Okt 2023 – 3 Mei 2024)
Remaja perempuan 18 tahun dari India hilang kedua-dua belah tangan selepas dilanggar bas. Tangan ganti yang baru diperolehi dari seorang lelaki berkulit lebih gelap, lengan yang lebih besar dan berbulu lebat. Dengan kuasa Allah, perbezaan itu hilang selepas beberapa tahun, apabila kulit lengan itu bertukar menjadi warna kulit remaja ini dan saiz mengecil sesuai dengan tubuhnya.
Kim Ung-yong, budak Korea pintar, IQ skor 210, umur 3 tahun sudah mampu menyelesaikan pengiraan kalkulus dan menerbitkan 247 muka surat best-selling book dalam bahasa Inggeris & Jerman. Ketika umur 5 tahun sudah boleh bercakap dalam 5 bahasa iaitu Korea, Inggeris, Perancis, Jerman & Jepun, Umur 8 tahun memasuki Universiti Colorado.
Batuli Lamichhane wanita umur 120 tahun. Merokok 2 kotak sehari. Jika disuruh berhenti, dia menjawab “semua doktor yang menasihatinya berhenti merokok telah pun meninggal”
Rekod menipu pilihanraya dicatatkan dalam Guiness Book Records, oleh bekas Presiden Liberia, Charles King, pada pilihanraya tahun 1927. Dia mendapat 234,000 kertas undi berbanding hanya 15,000 pengundi berdaftar.
Dia memaklumkan kepada bapanya, dia mahu menyelamatkan orang lain, seminggu kemudian Faye Loughrey 15 tahun membunuh diri, dia menyelamatkan 9 orang melalui pendermaan organ
Hamza Bendelladj, Remaja Algeria berumur 27 tahun pada 2015, menggodam lebih dari 1.4 juta komputer, dikatakan lebih 400 juta dolar dipindah ke Afrika dan Palastin, melibatkan 217 bank dan institusi kewangan Amerika.
Read more : https://www.aljazeera.com/news/2015/9/21/hamza-bendelladj-is-the-algerian-hacker-a-hero
Ibu bapanya telah meninggal tetapi katanya “mereka masih kekal berada di depan rumah di dalam Google Maps”
Allah dah janji dalam al-Quran, masa yang telah ditetapkan, tidak cepat atau lambat sekalipun sesaat. Elvita Adam’s tidak mati walaupun terjun dari tingkat 86 (The Empire State Building). Dia ditiup angin tersadai di tingkat 85.
Kodak pernah difailkan bankrap pada 2012 kerana juruteranya Steven Sasson pada 1975 mencipta teknologi baru iaitu digital kamera yang berfungsi tanpa filem. Idea itu ditolak boss kodak atas kebimbangan jualan filem kodak akan menurun. Akhirnya teknologi menguntungkan Fujifilm dan Sony dan menjadikan Kodak bankrup
‘🙂’ emoji yang diciptakan pada 1963 oleh Harvey Ball, dia tidak pernah mendapat royalti, melainkan hanya upah 45 dollars. Syarikat State Mutual Life Assurance mengupah Harvey kerana masalah moral di syarikat mereka untuk menghasilkan pin baju
Kemera digital pertama, oleh Steven Sasson pada Dec 1975, seberat 3.6 kg, 0.01 megapixels, mengambil masa 23 saat untuk memproses sekeping gambar
Kenapa perlu disebut hukuman gantung ‘sampai mati’. Kerana seorang wanita Maggie Dickson, selepas dijalankan hukuman gantung, dia tidak mati. Mahkamah menetapkan bahawa hukuman ke atasnya telah pun dilaksanakan. Selepas digantung dia hidup 40 tahun lagi.
Reference : Undiscoverd Scotland
Ketika semua orang dipindahkan dari sebuah pulau, seorang wanita Juana Maria tertinggal kapal, dia hidup seorang diri di sebuah pulau (San Nicholas Island) selama 18 tahun (1935 – 1953), sebelum diselamatkan
Rubik Kiub, asalnya alat bantu mengajar, dicipta oleh Professor Erno Rubik, selepas dicipta, dia ambil masa sebulan untuk menyelesaikannya, rekod paling pantas 3.13 saat pada 2023 oleh Max Park
Hachiko, anjing yang setia menanti di Stesen Keretapi Shibuya, menunggu tuannya Profesor Hidesaburo Ueno pulang dari kerja. Menunggu setiap hari, selama lebih dari 9 tahun (dari 21 May 1925 hingga 8 Mac 1935) sebelum dia ditemui mati di tepi jalan
Reference : Wikipedia
Rekod jem paling teruk di dunia. Jem sepanjang 100km, kenderaan hanya bergerak 1km saja sehari, pengguna terkandas selama 12 hari, pada 14 Ogos 2010 di China National Highway 110 (G110).
George Clooney bagi setiap seorang 1 bag yang berisi wang tunai 1 juta dolar kepada 14 orang kawan-kawanya. Katanya “mereka orang-orang yang tolong saya masa saya susah, sebelum saya dapat capai apa yang ada sekarang”
Reference : By Emmie Martin, CNBC, Dec 17, 2020
Nigel Richard, beberapa kali menjadi juara Scrabble Championship dalam bahasa Perancis. Dia dari New Zealand mengambil masa 9 minggu menghafal semua perkataan Perancis tanpa boleh bertutur dalam bahasa yang dimenanginya
Mehran Karimi Nasseri, terperangkap, tidak boleh keluar, terpaksa menghabiskan hidupnya selama 18 tahun di terminal lapangan terbang di Perancis dari tahun 1988 – 2006 kerana masalah passport.
Soirce : Majalah Mastika
Pada 2011 lelaki Brazil menyelamatkan seekor penguin yang hampir mati kerana tenggelam dalam minyak, sejak dibebaskan, pengguin itu akan berenang sejauh 8,000 km untuk menemuinya setiap tahun
Setiausahanya terlambat kerana kereta rosak, bos ‘Apple’, Steve Jobs menghadiahkan sebuah kereta Jaguar dengan kata-kata “jangan lewat lagi” adakah kisah ini benar kerana tidak ditemui dalam biografi mengenai beliau
7cm tinggi kucing paling kecil di dunia, diberi nama Tinker Toy, berat 0.7kg, mati pada umur 6 tahun pada November 1997
Leonid Rogozov, doktor Soviet yang buat pembedahan rawatan appendix ke atas diri sendiri
Garry Kasparov pemain catur pertama yang berjaya mengalahkan super komputer
Saudagar berlian dari India menghadiahkan 400 buah rumah flat dan 1,260 biji kereta kepada para pekerjanya
4 remaja perempuan dari Afrika mencipta generator yang boleh menghasilkan elektrik daripada air kencing yang diproses menjadi bahan bakar. 1 liter dapat menghasilkan 6 jam elektrik
Craig Lewis, manusia pertama hidup tanpa degup jantung pada 2012. Dia menggunakan jantung tiruan yang tidak berdegup bertahan selama 5 minggu sebelum keluarganya meminta dimatikan jantung tersebut kerana kegagalan fungsi hati dan buah pinggang
Sultan Johor mempunyai koleksi 300 buah kereta mewah, salah satunya adalah Mercedes yang dihadiahkan oleh Adolf Hitler kepada moyang baginda selain jet peribadi dan askar sendiri
References : ¹Bloomberg ²India Times ³South China Morning Post
Pada penghujung 1800, seekor baboon telah ditugaskan untuk menjadi signalman di landasan keretapi. Dia tidak pernah melakukan kesilapan hingga akhir hayatnya.
Usain Bolt, pelari terpantas di dunia, rekod 100 meter = 9.58 saat, 200 meter = 19.19 saat. Anggaran masa berlari sepanjang Olimpik 115 saat, 8 pingat emas bernilai $119 juta, purata pendapat lebih $1juta untuk 1 saat (RM4.72 juta/saat) tapi untuk berlari 2 minit itu dia telah menghabiskan masa lebih 20 tahun untuk berlatih
Reference : olympics.com wikipedia Read more : https://olympics.com/en/news/usain-bolt-my-200m-world-record-will-be-broken-first-before-100m https://en.wikipedia.org/wiki/Usain_Bolt
Seorang budak perempuan di Ethiopia dipukul 7 lelaki sehingga 3 ekor singa datang menghalau 7 lelaki tersebut, bukan itu sahaja, singa-singa tersebut menunggu selama setengah hari sehingga bantuan tiba bagi memastikan keselamatan budak tersebut.
Reference : NBC News, June 21, 2005 Source : The Associated Press The Guardian
Kandungan kembar yang lahir dalam sela masa paling lama ialah 90 hari (3 bulan) di USA, bayi pertama pada 1 Januari 1996 dan yang kedua 30 Mac 1996
Reference : Guinness World Records
Sultan Johor (Sultan Ibrahim) memiliki lesen kapal terbang, helikopter, keretapi dan bot. Pernah membuat 19 terjunan payung terjun, 7 daripadanya pada waktu malam.
Sources : Dokumentari Daulat Tuanku, Allah Pelihara Sultan, RTM, TV1 Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim
Selwa Hussain, wanita yang membawa bag galas seberat 6kg berisi jantungnya
Abdul Qassinm Ismail, pembesar Parsi, yang mempunyai perpustakaan yang boleh mengikutnya. 400 unta membawa 117,000 buku. Setiap unta mewakili abjad masing-masing dan buku disusun mengikut abjad
Babara Soper dari Michigan melahirkan bayi pada tarikh 08/08/08, 09/09/09 dan 10//10/10
Rudolf Diesel hampir membunuh diri kerana putus asa bahawa ciptaan enjin Dieselnya boleh berjaya pada 1913
Wanita ini selamat ketika ditanam hidup-hidup oleh suaminya kerana menghubungi 911 melalui jam tangan Apple yang dipakainya
$7.5 juta kos membina kapal Titanic, tetapi kos menyiapkan filem Titanic menelan belanja $200 juta
Source : National Geographic History Channel
Jackie Chan disenarai hitam oleh semua syarikat insuran, termasuklah semua ahli pasukan lagak ngerinya. Jadi dia terpaksa menanggung sendiri semua kos rawatan kecederaan mereka.
Waktu Titanic tenggelam, Ketua Jurutera, 30 Jurutera, 2 pendandang, tukang paip dan kerani semuanya bertugas hingga terbunuh bagi memastikan semua sistem berfungsi untuk membolehkan penumpang menyelamatkan diri
Otak Remaja Ini Restart Setiap 2 jam, Dia Merasakan Dirinya Berada Pada Tarikh 11 Jun 2019 Setiap Kali Dia Tersedar
1,600 Bahan Diuji Oleh Thomas Edison Bagi Mendapatkan Filament Yang Boleh Tahan Lama, Antara Yang Pernah Digunakan Adalah Janggut Rakannya
Source : Seriuosly Amazing Objects, Global Trekker Channel