Future Ready Educator

UTM sedang giat menjalankan pelbagai aktiviti seperti ceramah, bengkel, perkongsian pengalaman dan latihan beserta penyelidikan bagi menyediakan Future Ready Educators. Penekanan dibuat berfokuskan kepada pembelajaran aktif dengan gabungan penggunaan teknologi terkini.

Kredit gambar daripada facebook Cikgu Fadzli Ishak

Lihatlah, anak-anak kita termasuk di pra sekolah lagi telah berani menggunakan pelbagai alatan teknologi. Jika kita tidak sedia… bagaimanakah nanti 10 tahun akan datang. Mampukah kita mengajar mereka…

Masihkah kita mahu gunakan pernyataan

“aku dulu belajar tanpa guna komputer pun boleh graduan dengan cemerlang”

Masih relevankah?

Tanggungjawab baru

Semenjak 1 Jun 2019, saya telah diberikan tanggungjawab baru sebagai Timbalan Pengerusi (Pembangunan Sistem dan Profesional) di Sekolah Pengajian Siswazah UTM.

Skop tugas di sini adalah agak berbeza jika dibandingkan dengan tugas sebelum ini sebagai Pengurus IT. Hanya pengalaman sebagai Pensyarah yang membantu saya serba sedikit dalam menjalankan tugas.

Alhamdulillah, rakan2 banyak membantu saya memahami tugas disini walaupun saya belajar banyak benda baru setiap hari.

Baru 2 bulan di sini… banyak lagi yang saya kena usahakan untuk memahami dan membuat keputusan. Semoga dimudahkan urusan bagi membantu melaksanakan tugas.

“Kerana Tuhan, untuk Manusia”

Integrity, Synergy, Excellence, Sustainability

Kuiz online pra UPSR

No 2 tahun ni akan ambil UPSR. Masa ambil penyata peperiksaan tengah tahun, keputusan dia sederhana je. Keputusan sekolah agama dia yang teruk… first time dia gagal.Takpalah… InsyaAllah ada masa lagi nak buat latihan.

Ada banyak latihan percuma ada dalam talian. Boleh guna pembelajaran kendiri. Nak kena rajin mencari.List dibawah ni adalah kod-kod quizizz untuk subjek Bahasa Inggeris.Boleh jawab quiz sehingga 14/7/2019 sahaja..

Caranya:-
1) Pergi ke laman http://join.quizizz.com
2) Masukkan kod dibawah ?untuk mula menjawab kuiz.
English (Grammar) – Year 6
Idioms – 657957
Proverbs – 815376
Singular/Plural – 990718
Articles – 036881
Preposition – 060054

Sarjana Teknologi Pendidikan

Bagi yang berhasrat untuk sambung belajar dalam bidang Educational Technology di UTM.

Kami ada 3 mod pembelajaran :

  1. Program Perdana – di UTM JB – kelas seperti biasa (Ahad – Khamis)
  2. Program Hujung Minggu – di UTM JB. Kelas hujung minggu (Jumaat dan Sabtu)
  3. Open Distance Learning (ODL) – Online sepenuhnya, tak perlu datang UTM. Belajar di tempat sendiri. No traveling cost, no hostel cost.

Marilah sertai kami.

Kemasukan seterusnya – September 2019.

Maklumat lanjut : https://humanities.utm.my/

Boleh daftar kemasukan di sini: http://admission.utm.my/

Perlukan bantuan boleh WhatsApp : http://StudyatUTM.wasap.my

#StudyatUTM
#IamUTM