Rezeki oh Rezeki
Rezeki tidak pernah salah alamat. Selain hasil kebun dapat dinikmati bersama yang tersayang ia jugak menyumbang kepada ekonomi kami sekeluarga. Permintaan daripada kedai runcit yang berhampiran perumahan amatlah kami hargai. Hasil daripada jualan buahan ini sedikit sebanyak dapatlah membantu menambah baik persekitaran serta keperluan asas yang berkaitan dengan pengurusan kebun kami. Alhamdulillah hasil tanaman kebun meningkat berbanding 2023. Impian kami moga rezeki sentiasa mencurah- curah. Terima Kasih Allah…..
Senarai harga tanaman
i . Limau Kasturi – Rm 5.00/kg
ii. Pisang Tanduk – Rm 5.00/kg
iii. Pisang Nangka – Rm 4.00/kg
iv. Pisang masak – Rm 4.50/kg
v. Nangka madu – Rm 3.50/kg
vi . Buah rambutan – Rm7.00/kg
vii. Kelapa – Rm 2/Biji