HIKMAH COVID – AGROTECHNOLOGIST

AKTIVITI MENUAI 2024

SUASANA KEBUN WAKTU PAGI

11 ogos , jam 7 pagi kami sekeluarga bertolak dari kediaman ke kebun. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Walau pun hujan renyai -renyai kami tetap teruskan niat untuk memetik buah -buahan. Memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan jadi kami hanya berjaya memetik rambutan lebih kurang 25 kg, 2 kg logan dan 10 kg limau kasturi sahaja untuk diagihkan kepada yang tersayang. Berkongsi rezeki adalah kegembiraan kami. In shaa Allah minggu depan aktiviti seumpama ini akan diteruskan kerana masih banyak lagi buah rambutan dan limau kasturi yang belum dipetik. Di kebun kami terdapat 7 batang pokok rambutan pelbagai jenis, tapi untuk tahun ini hanyalah 5 pokok sahaja yang berbuah di antaranya ialah rambutan jarum emas, rambutan gula batu dan juga rambutan budak sekolah. Tahun 2024 merupakan tahun ke-2 kebun kami mengeluarkan hasilnya. Bersyukur dengan nikmatNya pasti Allah akan menambah nikmatNya.Terima Kasih Allah atas kurniaan Mu.

Kegembiraan sukar digambarkan dengan kata-kata apabila melihat usaha selama ini membuahkan hasilnya. Kami abiskan cuti hujung minggu disini, ianya menjadi terapi minda daripada kepenatan aktiviti harian kami.