HIKMAH COVID – AGROTECHNOLOGIST

Belimbing buluh Goreng senang di masak sedap di makan- Segar dari kebun mini

Pokok belimbing buluh atau nama saintifiknya Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan. Mudah dijumpai di kawasan kampung dan kawasan perumahan kerana pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Buahnya boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan.

Teresek Jantung Pisang my favourite – segar dari kebun mini

Jantung pisang sangat tinggi dengan serat sama ada daripada jenis yang boleh larut dan tidak larut ianya baik untuk kesihatan perut kita. Ia akan meningkatkan kadar mikrobiome baik di dalam perut – himpunan atau gabungan bakteria, kulat dan virus yang boleh melawan anasir jahat. Dalam pada itu, serat di dalam jantung pisang ini juga adalah salah satu sumber prebiotik yang mungkin mampu untuk menambahkan lagi jumlah bakteria baik di dalam perut kita.