Pada suatu tengahari yang cerah mentari panas memancarkan sinar menerangi alam, saya menerima sepucuk email memaklumkan untuk mengambil pakej bungkusan di pejabat.
Aittt! “Bila pulak saya beli barang?”, bisik benak hati ini. Saya pun tak expect apa2 dari sesiapa. Saya pun pick up pakej itu dan terasa berat. Berat betul.
Saya pun membuka pakej bungkusan Pos Laju 1kg tersebut di ofis. Oh… Macam kitab, macam buku. Rupanya sebuah buku sangat tebal nukilan Hamka iaitu “Sejarah Umat Islam” . 3 atau 4 kali ganda lebih tebal dari laptop Lenovo saya.
Hamka sebenarnya warga Indonesia yang sangat berkebolehan dan terkenal. Beliau merupakan Ahli Falsafah, Ulama, Novelist dan Ahli Politik.
Saya hargai pemberian ini. Terima kasih Aziah Jamaludin, pelajar Master Safety MKKH saya yang baru graduasi Oktober lalu. All the best in your future undertaking.