Networking Visit #4 – COMSATS, Lahore, Pakistan

“Networking Visit #4” di COMSATS, Lahore. Sebuah universiti separa kerajaan di pinggir kota Lahore yang memiliki panorama landscape yang indah. Rekaan arkitektur Mogul untuk kesemua bangunan dan laluan memberikan suasana unik dan menarik. Kehijauan rumput dan warna warni terang bebunga menggamit rasa jiwa teruja.

Kalau UET dan Punjab University kekuatannya lebih kepada Undergraduate, kekuatan Chemical Engineering Department di COMSATS lebih seimbang antara Undergraduate dan Postgraduate. Penyelidikan di COMSATS boleh dikatakan antara yang terkuat di Pakistan.

Saiz staf akademiknya (Chemical Engineering Department) adalah 60 orang lebih dengan lebih separuh kini berada di luar samada menyambung pelajaran di peringkat PhD atau sebagai Postdoc. Dikhabarkan yang jumlah publication dan citation dari Chemical Engineering Department adalah yang tertinggi di COMSATS berbanding jabatan lain dalamnya.