zsharer Love This Place: Arashiyama, Kyoto

Arashiyama ni terletak di bandar Kyoto. Naik bas boleh naik train pun boleh. Tapi zsharer suka naik bas kerana bas betul-betul berhenti dekat dengan jambatan yg menuju ke Arashiyama ni. zsharer suka view disini. Memang tak jemu dengan keindahan yang diciptakan Allah ni. Jom enjoy view yang zsharer snap masa musim luruh (peak musim luruh di kyoto adalah end nov-early dec).



Yang ini pula zsharer snap time musim bunga (peak musim bunga adalah end Mac-early April). Macam lukisan kan. zsharer perhatikan memang ramai warga Jepun yang sedang melukis guna water colour disini.


Waktu terbaik untuk ke Arashiyama adalah waktu pagi kerana belum ramai lagi warga Jepun dan tourist yang berpusu-pusu untuk menikmati view yang awesome di sini. Jika anda ke Kyoto jangan lepaskan peluang untuk melawat Arashiyama ni. Ia agak jauh sedikit dari Kyoto (naik bas dalam 45-50 minit) tapi memang berbaloi sungguh. ?? きれいなところですよう

Recent Comments