zsharer membaca buku 7 – Hidup Penuh Erti

 

Ada satu bab di dalam buku ini yang mengusik hati zsharer iaitu dari bab 30 hasil perkongsian dari Hilal Asyraf seorang anak jati Johor (Luaskan Kuasamu Johor!) yang banyak menulis buku tentang bergenre novel Islamik, buku motivasi dan kumpulan cerpen tarbawi. Diharap Hilal tidak menyaman zsharer kerana zsharer rasa bab ini memang patut sampai kepada muslimin dan muslimat yang berusia lebih daripada 40-an. Disini zsharer ringkaskan sedikit hasil penulisan beliau dan ditokok ditambah sesedap rasa zsharer sendiri.

Bab 30

40-an, 50-an yang dalam Kesedihan

Tahukah kita akan berada di akhirat berapa lama? Tentulah selama-lamanya. Tahukan kita berapa lama kita akan hidup di dunia ini? 80 tahun? 70 tahun? 60 tahun? 80 tahun biasanya kita boleh hidup dan jika lebih daripada itu, itu adalah bonus kiranya.

Ayah dan mak zsharer meninggal dunia tatkala usia 63 dan 75 tahun. Dan baru-baru ini zsharer agak terkesima apabila mendapat berita adik kepada salah seorang rakan karib yang baru berusia 37 tahun telah meninggal dunia selepas melahirkan anak yang ke 4. Kita semua tidak tahu di usia manakah dan masa bilakah kita akan di panggil menghadap ilahi tetapi kita tahu kita ada masa sekarang untuk memilih sama ada mahu memilih hidup yang bagaimana pada hari akhirat nanti.

Apabila kita bandingkan selama-lamanya di akhirat dengan 80 tahun di dunia dimanakah harga 80 tahun yang kita lalui? Ya. Tiada harga, kerana 80 tahun akan lesap  dimamah selama-lamanya.

Sekiranya kita memilih untuk hidup dalam 80 tahun yang penuh susah payah, kemudian di anugerahkan syurga abadi, kita akan rasa betapa susah payah 80 tahun itu langsung tidak ada apa-apa makna dengan nikmat syurga yang kekal abadi. Kita akn merasa lega, kita memilih untuk bersusah payah menjadi hamba ilahi yang baik selama 80 tahun.

Sekiranya kita memilih untuk hidup dalam 80 tahun yang penuh dengan senang lenang kera tidak mentaati Allah s.w.t., tidak perlu hidup dalam peraturan, kita buat apa kita suka, kita akan rasa betapa ruginya kita bersenang lenang 80 tahun itu, apabila dibalas dengan neraka yang kekal abadi. Kita akan menyesal, kita memilih untuk melupakan Allah, ingkar kepada suruhan, merasakan peraturan Islam itu payah dan sukar lantas memilih untuk menderhakai-Nya selama 80 tahun, dibalas dengan azab neraka membuatkan kita tahu betapa tak bermaknanya kehidupan di dunia selama 80 tahun yang penuh dengan senang lenang itu.

Menjadikan Umur Kita Umur Bermakna

Umur adalah perkara yang tidak akan kembali. (Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Surah Al-Asr). Maka adalah patut kita semua melihat semula apa yang kita sudah gunakan, akan gunakan dengan masa kita. Ataupun kita jenis yang tidak peduli, asal duit masuk poket, asal ada rumah besar, asal dapat ketawa, asal dapat menghiburkan hati semata-mata? Kemudian, pada umur 40-an, 50-an kita akan terpaku dengan penyesalan. Apakah yang aku sudah lakukan selama ini?

Sejak Muda Memahami Realiti, Sejak Muda Punya Strategi

Saya sendiri tidak mahu menjadi manusia yang berumur 40-an, 50-an dan 60-an, yang kemudian dalam kesedihan dan penyesalan yang mengunung. Sekiranya saya merenung kembali tatkala umur 24 tahun yang telah berlalu saya tidak dapat menanggung rasa kesedihan apatah lagi hendak melihat 40 tahun, 50 tahun, 60 tahun yang disia-siakan.

Maka saya memilih untuk tidak menjadi seorang tua yang tenggelam dalam penyesalan dan kesedihan. Lebih buruk lagi, orang tua yang langsung tidak punya penyesalan walaupun hidupnya yang disia-siakan.

Saya mahu memilih menjadi seorang tua yang riang dengan kehidupan yang dialaminya. Bukan kerana kehidupanya senang lenang, tetapi kerana dia berpuas dengan mengharungi segala cabaran dan dugaan yang ada, disebabkan pada umurnya 40-an, 50-an, 60-an, dia sudah punya banyak aset kebaikan yang besar, yang boleh dibawa pulang untuk bertemu dengan Tuhannya. Projek-projek kebajikan yang disertai, ilmu-ilmu yang telah ditulis untuk perkongsian kepada masyarakat dan banyak menyumbang untuk membangunkan masyarakat kepada masyarakat yang sedar dan bijak akan makna kehidupan yang sebenarnya.

Saya mahu menjadi orang tua itu.

Maka sejak kita mudalah perlu disuntik dengan realiti ini untuk menjadikan ia sebuah impian dan cita-cita.

Sejak mudalah kita perlu belajar melaksanakan kerja secara berstrategi bukan ikut suka semata-mata.

Sejak mudalah kita perlu mendidik diri agar mampu berkerja berkumpulan dan belajar bagaimana mempertingkatkan pula orang lain agar mampu bergerak bersama-sama kita.

Umur, Biar Bermakna

Umur ini biarlah bermakna. Jangan apabila sudah berlalu pergi, baru kita mahu rasa segalanya sia-sia. Menyesal nanti tidak bermakna kerana umur tidak akan kembali kepada kita.

Sejak muda jadilah orang yang punya perancangan yang jelas dan belajarlah menjadi orang yang kerap bermuhasabah. Jangan suka bergerak sendiri, tetapi bergaullah dengan orang-orang soleh dan baik serta mencari rakan yang mampu bersama kita dalam melakukan perubahan dan peningkatan yang lebih baik seterusnya.

Kita patut menyucikan diri daripada menghabiskan masa dengan dosa. Kita jauhkan diri daripada sibuk melakukan kerja yang sia-sia. Biarlah sejak muda kita didik diri untuk menghabiskan masa dengan gerak kerja yang berkualiti, dnegan amal-amal yang dikira Ilahi.

Pastikan jangan kita menjadi seorang tua yang penuh dengan penyesalan nanti.

zsharer berasa segan kerana Hilal baru berusia 20-an tapi beliau telah menghasilkan lebih dari 20 buku. Sebagai seorang yang terlibat dalam dunia pendidikan zsharer berasa terpanggil untuk memulakan penulisan buku ilmiah yang dapat di manfaatkan oleh masyarakat terutamanya belia yang mahu berkecimpung dalam dunia kejuruteraan. Terima Kasih Hilal kerana memberi inspirasi kepada zsharer untuk mula cuba berkarya dalam bentuk penulisan buku. zsharer berasa sangatlah rugi masa yang ada jika zsharer sebagai seorang pendidik tidak menghasilkan karya dalam bentuk penulisan buku setelah lebih 15 tahun bertugas sebagai pendidik di IPT.

Bak kata Awang Sariyan dalam buku beliau yang betajuk ‘Tertib Mengarang’  menulis adalah satu keperluan dan tanggungjawab yang besar. Penglibatan kita dalam penulisan memerlukan penguasaan ilmu tentang penulisan. Penulisan tidak patut bermula dengan kerja mencuba-cuba. Kemahiran menulis patut dianggap kemestian dalam bidang profesional apa sekalipun. Oleh sebab itu, perlu kita pelajari kaedah menulis atau mengarang secara tertib supaya kita dapat menghasilkan tulisan yang berkesan dan seterusnya memberikan faedah kepada masyarakat.

Dewan Bahasa dan Pustaka ada menganjurkan kursus yang berkaitan dengan penulisan. Boleh refer disini untuk maklumat lanjut.

Kursus Pemantapan Penerbitan

zsharer membaca buku 6 – Haji Muda

zsharer suka doa munajat yang di tulis oleh penulis sangat ringkas dan padat.

Ada 3 bab yang zsharer tertarik;

Bab 2 menceritakan haji diantara kekuatan visi dan hakikat seru dimana zsharer berkongsi rasa kejahilan diri sendiri bersama penulis tentang seru haji. Tidak berapa ambil peduli tentang haji dan apabila surat jemputan datang baru tersedar diri bahawa allah swt menghantar wake up call untuk diri sendiri.

Bab 3 menceritakan kursus haji dan taubat. Setiap tahun Tabung Haji akan menganjurkan kursus asas haji yang berlangsung selama lebih kurang 16 minggu yang boleh dihadiri sesiapa saja yang berminat. Bakal haji terpilih kemudian akan dijemput untuk menghadiri kursus haji intensif dan kursus haji perdana. Pengalaman zsharer walaupun telah menghadiri ketiga-tiga kursus, untuk memperolehi fahaman haji terbaik bakal haji perlu mempunyai inisiatif sendiri membaca buku-buku berkaitan haji dan motivasi haji serta membuat nota sendiri, bertanya dgn haji dan hajah serta mendengar ceramah haji dari youtube (zsharer suka dengar ceramah haji dari Ustaz Abdul Basit).

Bab 7 menceritakan mengapa pergi haji pada usia muda?. Walaupun zsharer sudah berusia hampir separuh abad tetapi sebenarnya zsharer sendiri lalai dan kurang sedar bahawa haji perlu ditunaikan dengan segera jika ada kemampuan. Masa mudalah kita patut berusaha untuk pergi haji kerana badan masih sihat dan kuat kerana ibadat haji lebih kepada perbuatan yang memerlukan tenaga yang banyak.

Berbanding dengan jemaah haji dari seberang, zsharer dapati ramai yang pergi pada usia yang muda.

zsharer membaca buku 5-Biografi Muhammad bin Abdullah


Rupanya buku ini ada di PSZ UTM. Buku ini sangat mudah dibaca kerana penulis mengunakan bahasa cerita yang santai. 

zsharer berminat nak tahu sejarah dan perjalanan hidup nabi terakhir sebelum lahir sehingga akhir hayatnya. 

zsharer membaca buku 4-100 pesanan terakhir rasulullah


Ada beberapa pesanan Rasulullah saw yang zsharer rasa patut semua muslimin dan muslimat cuba untuk amalkan kerana ia mengandungi banyak hikmah;

1-banyakkan bertasbih dan bertahmid (contohnya bismillah bila melakukan sesuatu, alhamdullilah bila selesai melakukan sesuatu, astaghfirullah jika lidah tersilap menyebut perkataan yg tidak baik, insyallah bila merancang melakukan sesuatu pada masa akan dtg, la haula wala kuwata illa billah jika berhadapan dgn sesuatu yg tidak disukai, inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi musibah dan la ilaha illa ALLAH Muhammad Rasulullah sepanjang masa).

2-petua Rasulullah saw tidak pernah sakit (tidak minum susu bersama daging atau ikan atau ayam, tidak makan daging bersama ikan, tidak makan ikan bersama telur, tidak makan ikan dengan daun salad, tidak makan susu bersama cuka, tidak makan buah bersama susu)

Dalam kitab manusia dilarang makan makanan laut bercampur dgn makanan darat. Rasulullah saw juga mencegah manusia makan ikan bersama susu kerana akan cepat dapat penyakit.

Ada bukti menyatakan daging mengandungi ion+ dan ikan mengandungi ion- jika bercampur maka akan terjadi tindak balas kimia dan dapat merosakkan usus.

Rasulullah saw juga makan buah sebelum makan benda yang lain-yg ini selalu zsharer buat terbalik. Lepas ni kena ingat untuk makan buah dulu

zsharer membaca buku 3-tuhan sedang menguji kita


Ustaz Kazim suka meyelitkan lagu lama semasa memberi ceramah dan buku ini jugak ada terkandung lagu dan dialog filem melayu lama. zsharer suka style ustaz kazim berceramah dan menulis kerana ia  santai dan relax kerana zsharer rasa macam ustaz kazim sedang berbual dengan zsharer semasa zsharer membaca buku ini.

Sedikit kupasan daripada buku ini mengatakan yang manusia di uji dengan kesusahan, kesenangan, musibah dan kesakitan kerana Allah swt maha mengetahui mengapa di uji. Janji Allah dia tidak akan menguji hambanya dengan sia-sia. Ustaz Kazim juga tidak terkecuali dengan ujian daripada Allah dan sangat menarik bagaimana beliau menghadapinya.

Satu tip daripada Ustaz Kazim untuk sesiapa yang berniat untuk menghafaz ayat Al-Quran supaya

1: satu halaman atau surah dibaca 40x. Walaupun dah hafaz tetap baca 40x untuk kukuhkan ingatan

2:bawa hafazan tersebut dalam solat

3:guna pen dan kertas untuk tulis kembali ayat yang telah dihafaz

4:bandingkan yang telah ditulis dengan helaian al-Quran sebenar

Ustaz Kazim juga rupanya ada membina pusat pengajian islam yang bernama Pusat Pengajian Al Barakah. 


Pelajar termudanya adalah berusia  6 tahun dan berusia emas adalah 83 tahun. Masyallah rakyat islam Malaysia memang dahagakan ilmu. Tepuk dada tanya selera sendiri kerana di zaman ini memang banyak peluang untuk menghadiri majlis ilmu. Pokok pangkalnya ialah kita mahu mencari ilmu ataupun tidak sahaja.

zsharer membaca buku 2-anekdot madinah benar dia maha mendengar


Sangat menarik kupasan Prof Kamil tentang apa yang berlaku di Madinah sepanjang beliau berkhidmat sebagai Profesor di Universiti Taibah Madinah.

zsharer sangat tertarik dengan info 3 perkara untuk membina rumah di syurga dimana 2 perkara yang awal agak mudah untuk dilakukan dan perkara yang ke 3 tidak mustahil jika ada kemampuan

1: solat sunat rawatib 12 raakat (4 raakat sebelum zuhur, 2 raakat  selepas zuhur, 2 raakat selepas maghrib, 2 raakat selepas isyak dan 2 raakat sebelum subuh)

2: baca surah al ikhlas 10x

3: bina masjid

Perkara ke 3 boleh dilakukan secara sumbangan sekadar termampu contohnya zsharer ada dengar yang dj radio farah fauzana ada berkempen untuk mengumpul sumbangan untuk membina masjid di sepanyol

zsharer membaca buku 1-semuanya soal hati


zsharer akan cuba untuk membuat sedikit nota yang boleh zsharer ambil dari buku ini dalam masa yang terdekat. Matte kudasai ne

Skip to toolbar