Free GSC movie

Untuk dapatkan free movie tiket boleh sign up as a member here http://www.gsc.com.my/html/members_rewards_details.aspx?ID=41&PID=80&DetID=127

You will get an email on your birthday month to print out the voucher which look like this

or you can go to http://www.gsc.com.my/html/MemberReward/bday_coupon.aspx

Ok jugak kan dapat tiket free untuk 2 orang. Cuma keluar duit utk pop corn dan air sahaja.

 

cara zsharer berjimat belanja guna ? maybank islamic ikhwan cc


zsharer juga mengunakan kad maybank ikhwan kerana kad ini memberi cash rebate 5% jika berbelanja grocery dan fuel pada hari jumaat atau sabtu.

cara zsharer berjimat belanja guna ? PB Visa Signature CC


zsharer telah mengunakan kredit kad PB Visa Signature selama setahun dan amat puas hati dengan rebate dan free entry to PPL yang diberi. Kelebihan kad ini adalah zsharer sentiasa dapat

1-cash rebate 6% untuk pembelian grocery (contoh di giant, tesco, mydin atau pasaraya yang kecil macam maslee), restoran dan online shopping.

2-3x free entry di Plaza Premium Lounge

Annual fee dimansuhkan untuk swipe 12x setahun.

これかどはとてもべんりですよ

zsharer suka baca blog Motivasi Kewangan ini

zsharer suka dengan kandungan-kandungan article yang sangat bagus kupasanya daripada financial blogger zul yang boleh di baca di blog beliau seperti dibawah

http://www.mohdzulkifli.com/

Salah satu article yang sangat zsharer suka adalah

Bahagia Hidup Bila Bersederhana

by on JULY 20, 2014

Post image for Bahagia Hidup Bila BersederhanaSaya tengok interview wartawan dengan perempuan kes road bully di Kuantan yang kecoh di media sosial minggu lepas. Kenapa dia terlalu emosi bila accident sebab kereta tu satu reward yang mahal atas usaha bisnes dia sendiri. Katanya, kalau boleh dapat RM5,000 – RM6,000 sebulan tu terlalu besar bagi dia. Sebab tu dia terlalu sayang dengan kereta tu. Apatah lagi kalau dia terpaksa bayar ansuran bank yang besar setiap bulan.

Kekadang saya rasa kita lebih bahagia bila bersederhana. Kita reward diri sendiri dengan apa yang ‘ringan’ bagi kita sebab nikmat dunia tu rupa-rupanya datang bersama bebanan.

Jangan Sampai Dunia Jadi Beban

Kalau pakai kereta yang biasa-biasa walaupun kita sebenarnya mampu beli kereta yang lebih mahal, kalau tercalar sedikit sebanyak, taklah sampai TERCALAR HATI kita melihatnya. Taklah sampai hilang kewarasan kita.

Bagi saya, kekayaan bukan sekadar apa yang kita pamerkan, tapi kekayaan juga ialah apa yang kita rasa dalam hati. Jangan sampai ‘dunia’ tu jadi bebanan kepada kita. Kalau pakai kereta mahal, tercalar sedikit sebanyak tak terasa apa-apa, itu maksudnya kita benar-benar mampu. Tapi kalau terpaksa bergolok gadai untuk pakai kereta besar, tercalar sikit pun dah hilang akal, lebih sayang kereta berbanding anak, maksudnya kereta tu bukan level kita lagi. Walaupun orang nampak kita kaya, tapi hakikatnya ia satu bebanan kepada kita.

Ukur Emosi Tentang Kemampuan

Contohnya lagi, pakai jam mahal-mahal, tetiba jam tu tertinggal masa ambil wudhuk dan bertahun-tahun kita masih ingat jam tu, itu satu bebanan. Pakai selipar mahal-mahal, lepas tu nak singgah solat di masjid pun takut selipar tu kena rembat, itu satu bebanan. Pakai handphone mahal-mahal, bila hilang dah tak mampu ganti baru, itu satu bebanan.

Tapi kalau kekayaan kita tu cukup untuk tanggung bebanan tu, setakat hilang jam mahal tu tak terasa apa, beli lah jam tu tak ada masalah. Pakai selipar mahal, singgah di masjid pun tak mengganggu khusyuk kita dalam solat, beli lah selipar tu. Beli handphone mahal, tetiba anak buat terjatuh tapi kita masih boleh cool, tak sampai marah anak macam sayang handphone lebih daripada anak, beli lah handphone tu. Maksudnya, apa yang kita pakai tu memang ‘ringan’ berbanding kewangan kita.

Orang Kaya Ahli Syurga

Bila saya cakap hidup bersederhana, bukan bermaksud suruh jadi miskin. Miskin dan zuhud jauh bezanya. Nabi s.a.w. tak pernah suruh kita jadi miskin. Bahkan dua daripada lima rukun Islam disyariatkan hanya untuk orang kaya i.e. zakat dan haji. Tambah lagi, ramai sahabat Nabi s.a.w adalah orang kaya-kaya, hingga dikatakan 9 daripada 10 sahabat yang dijamin masuk Syurga tu adalah orang kaya! Yang tak kaya cuma Saidina Ali jer. Yang lain tu, sudahlah kaya, ahli Syurga pulak tu!

Dalam hal ni, saya nak petik salah satu pesanan Asy-Syahid Hassan Al-Banna kepada ahli Ikhwanul Muslimin berkenaan dengan harta benda, iaitu katanya;

“Bukanlah zuhud itu meninggalkan dunia dikuasai orang kafir berseronok dengan kekayaan dunia, sedangkan orang Islam terhalang dari menguasainya… Malah hakikat zuhud ialah memiliki dunia sehingga sama sahaja di sisimu di antara EMAS dan TANAH. Hendaklah engkau menikmati kurniaan Allah dan memerangi orang-orang kafir”

Bahagia Hidup Bila Bersederhana

Zuhud tu maksudnya memiliki dunia (kekayaan) sampai sama sahaja bagi kita antara EMAS dan TANAH! Ia bukan soal material sahaja, tapi juga soal emosi tentang kekayaan.

Jadi nak bermewah boleh, tapi biarlah sesuai dengan emosi kita menanggungnya. Kalau tak mampu tanggung beban emosi tu, saya rasa kita lebih bahagia hidup bersederhana (walaupun kita mampu lebih lagi) supaya dunia tu tak sangat membebankan kita. Carilah dunia sebanyak mana pun tak apa, tapi perpada-padalah dalam menikmati dunia.

Wallahu a’lam

Zulkifli
Damansara Damai
20 Julai 2014
22 Ramadhan 1435

Sila lah baca article beliau yang lain kerana ada banyak lagi article-article yang sangat menarik.

cara zsharer berjimat ??grocery shopping

zsharer suka apps ‘smart shopper’ ni kerana ia menyenaraikan harga termurah untuk barang grocery diantara pasar raya yang terdapat di Malaysia contohnya spt tesco, giant, aeon big dan mydin.

Boleh tahan jugak beza harga kan. Jadi sebelum pegi grocery shopping zsharer selalu check apps ni dulu.

zsharer juga selalu lihat brochures dari setiap retailers so boleh le zsharer check harga promo untuk barang yang hendak dibeli dengan harga yang lebih murah.

Skip to toolbar