Senangnya buat roti jala

zsharer suka makan roti jala dengan kari ayam.

Senang betul nak buat rupanya roti jalan ni. Boleh refer video yang terdapat di facebook yang tertera dibawah. Memang mudah dan ringkas caranya

https://www.facebook.com/media.hub/videos/10154112355524861/

Resepi kari ayam boleh refer resepi dari blog Azie Kitchen

Kari Ayam Sedap
Bahan bahan:
12 ketul ayam
2 biji kentang – potong 4
1 1/2 labu bawang besar saiz besar – hiris
6 ulas bawang putih – hiris
3 inci halia – hiris
1 asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari Babas – extra chilis
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.
Nota
Kuah kari ayam pekat seperti ini sangat sedap dimakan dengan roti jala.

 

Recent Comments