zsharer membaca buku 6 – Haji Muda

zsharer suka doa munajat yang di tulis oleh penulis sangat ringkas dan padat.

Ada 3 bab yang zsharer tertarik;

Bab 2 menceritakan haji diantara kekuatan visi dan hakikat seru dimana zsharer berkongsi rasa kejahilan diri sendiri bersama penulis tentang seru haji. Tidak berapa ambil peduli tentang haji dan apabila surat jemputan datang baru tersedar diri bahawa allah swt menghantar wake up call untuk diri sendiri.

Bab 3 menceritakan kursus haji dan taubat. Setiap tahun Tabung Haji akan menganjurkan kursus asas haji yang berlangsung selama lebih kurang 16 minggu yang boleh dihadiri sesiapa saja yang berminat. Bakal haji terpilih kemudian akan dijemput untuk menghadiri kursus haji intensif dan kursus haji perdana. Pengalaman zsharer walaupun telah menghadiri ketiga-tiga kursus, untuk memperolehi fahaman haji terbaik bakal haji perlu mempunyai inisiatif sendiri membaca buku-buku berkaitan haji dan motivasi haji serta membuat nota sendiri, bertanya dgn haji dan hajah serta mendengar ceramah haji dari youtube (zsharer suka dengar ceramah haji dari Ustaz Abdul Basit).

Bab 7 menceritakan mengapa pergi haji pada usia muda?. Walaupun zsharer sudah berusia hampir separuh abad tetapi sebenarnya zsharer sendiri lalai dan kurang sedar bahawa haji perlu ditunaikan dengan segera jika ada kemampuan. Masa mudalah kita patut berusaha untuk pergi haji kerana badan masih sihat dan kuat kerana ibadat haji lebih kepada perbuatan yang memerlukan tenaga yang banyak.

Berbanding dengan jemaah haji dari seberang, zsharer dapati ramai yang pergi pada usia yang muda.

Recent Comments