Good article by Mr Zul at http://www.mohdzulkifli.com/2013/06/3-nasihat-kewangan-graduan-baru.html
———————————————————————–
3 Nasihat Kewangan Graduan Baru
Walaupun macam tu, saya bangga student universiti / kolej dan fresh grad lagi dah ada kesedaran menyimpan dan melabur. Ia perkembangan yang baik berbanding zaman saya di universiti dulu. Tapi sebelum melabur dalam emas atau apa-apa pelaburan sekalipun, ada 3 nasihat penting untuk graduan baru tentang kewangan:
Nasihat #1 : Perbanyakkan Simpanan
Orang baru bekerja ni kena perbanyakkan simpanan. Jangan gopoh beli kereta selagi belum benar-benar perlu, dan tak perlu gopoh beli rumah impian selagi kewangan belum kukuh. Fokus bina kekayaan dulu. Ini bukan lagi masa untuk berjoli dan bergaya. Bila dapat gaji, potong duit siap-siap masukkan dalam tabung simpanan, bukan tunggu ada duit lebih baru menyimpan sebagaimana saya terangkan dalam artikel “7 Prinsip Penting Menyimpan Wang“.
Kalau sekarang gaji RM2,000 tak ada duit lebih, tengok nanti gaji dah RM5,000 sebulan pun still tak akan ada duit lebih. Kalau tunggu duit lebih baru menyimpan, alamatnya sampai bila pun tak akan menyimpan. So, bila dapat gaji, potong siap-siap duit tu masuk dalam simpanan. Selebihnya baru buat belanja.
Berapa banyak kena menyimpan? Simpan sebanyak mungkin sebab ada banyak belanja yang bakal anda tanggung. Ikut kira-kira saya, graduan baru perlu at least RM30,000 untuk kos memulakan hidup pada 2 atau 3 tahun pertama, antaranya:
- Bertunang
- Kahwin
- Beli Kereta
- Masuk rumah – banyak barang rumah kena beli
- Sambut baby baru
- Langsai pinjaman PTPTN
Nasihat #2 : Baca Buku Kewangan Peribadi
Beli dan baca buku-buku kewangan. Antara yang saya rasa terbaik untuk bermula iaitu (1) Jutawan Dari Planet Jupiter – Azizi Ali, dan (2) Petunjuk Jalan Kekayaan – Chef Li. Kedua-dua buku ni ‘membuka mata’ dan memberi impak yang besar terhadap kewangan saya. Buku tu penting supaya dapat ilmu yang betul dalam mengurus kewangan dan mencari kekayaan.
Sebelum anda labur duit sana sini mengharapkan keuntungan besar, saya rasa labur duit beli buku-buku kewangan jauh lebih untung.
Nasihat #3 : Explore Peluang Perniagaan
Badan kuat, masa banyak, komitmen pun belum ada. Rugilah kalau sekadar tunggu naik gaji akhir tahun yang beberapa ratus tu. Jangan biarkan majikan yang meletakkan harga kita, tapi biar kita sendiri tentukan berapa kita patut dibayar.
So, manfaatkan waktu berharga tu untuk explore peluang-peluang perniagaansupaya anda dapat tentukan sendiri berapa banyak income yang anda nak, bukan sekadar tunggu kenaikan gaji akhir tahun. Saya percaya, potensi sebenar kita jauh lebih mahal daripada harga yang diletakkan oleh majikan. Tinggal lagi, kita kena explore dan bangunkan potensi diri kita sebenar.
Kenapa saya syorkan bisnes? Sebab komitmen kewangan graduan baru terlalu besar, sedangkan kenaikan gaji langsung tak sepadan dengan kenaikan kos sara hidup orang yang baru berkeluarga. Gaji naik RM150 – RM200 setahun, sedangkan dalam tahun sama, bertambah 2, 3 bebanan kewangan baru – dapat isteri, dapat anak, pindah rumah, dapat anak lagi dsb. Itu belum kira kos yang kerja berjauhan dengan isteri.
Tambah Pendapatan, Bebas Dari Hutang
Samada para graduan ni kena tambah income dengan bisnes sendiri (sebagai side-income), atau biarkan diri tenggelam dalam belengu hutang sepanjang hayat! Saya pilih untuk jadi orang muda yang bebas dari hutang supaya “peace of mind” tapi dalam masa yang sama, “plenty of money”, insyaAllah.
Itulah nasihat serba ringkas saya. Bila duit simpanan dah ‘cukup’, dah terbiasa dengan tabiat kewangan yang betul, side-income pun dah boleh top-up duit gaji, nanti tak perlu risau pasal untung rugi pelaburan tu sebab kita boleh contol kewangan kita sendiri. Bukan sekadar tunggu kenaikan gaji, apatah lagi tunggu untung nasib dalam pelaburan.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
24 Jun 2013
15 Sya’ban 1434
(Kredit foto : goodhousekeeping)
Recent Comments