Untuk Pencen Umur 30 Tahun, Inilah Yang Pelajar Universiti Perlu Lakukan

zsharer suka dengan hasil pena En Zul ini.  Banyak lagi article yang menarik untuk dibaca di halaman beliau di http://www.mohdzulkifli.com

—————————————————————————————————————————————————————————————

Post image for Untuk Pencen Umur 30 Tahun, Inilah Yang Pelajar Universiti Perlu LakukanSaya kagum dengan pelajar kolej dan universiti yang ketika sedang belajar lagi dah rajin belajar ilmu-ilmu kewangan, pelaburan dan bisnes. Itu ilmu-ilmu di luar kelas dan bilik kuliah yang tiada dalam exam, tetapi ilmu-ilmu itu sangat penting untuk survival mereka bila habis belajar nanti. Bagi saya mereka adalah bakal graduan yang berwawasan.

Masa masih belajar dulu, saya tak pernah terdedah dengan ilmu kewangan, pelaburan dan bisnes. Saya fikir, untuk berjaya dalam hidup, saya perlu belajar tinggi-tinggi sampai dapat PHD atau sekurang-kurangnya perlu ada bergulung-gulung sijil kelulusan. Kalau dalam buku guru kewangan Robert T. Kiyosaki, mindset begitu digelarkan sebagai “poor dad mindset”.

Belajar Dari Orang Kaya-kaya

Tetapi bila masuk ke dunia pekerjaan, saya terpaksa belajar semula. Rupa-rupanya ilmu yang diajar di universiti lebih menjurus untuk menjadi seorang perkerja, bukan untuk jadi orang kaya yang mempunyai kebebasan kewangan dan masa sebagaimana yang saya impikan.

Untuk jadi orang kaya, kita mesti belajar dari orang kaya-kaya. Dan majoriti orang kaya ialah pemilik perniagaan. Bila kekayaan mereka sudah besar, mereka ‘pencen’ dengan pelaburan (bukan macam orang kebanyakkan yang pergi melabur bila tak ada duit).

Jadi bagi pelajar yang dah ada kesedaran awal, saya nampak mereka ada potensi masa depan yang lebih baik berbanding saya dahulu. Bagi pelajar berwawasan bagitu, ini nasihat penting dari saya:

#1 – Matlamat Bebas Kewangan

Letak matlamat umur 30 sudah financially free, atau sekurang-kurangnya sudah ada aset bersih bernilai RM1 juta. Jangan fikir pencen pada umur 50 atau 60 tahun, itu idea konvensional yang sudah lapuk.

Pencen bukan soal umur, tetapi soal kedudukan kewangan. Kalau kewangan sudah kukuh ketika umur 30-an lagi, waktu tu kita dah boleh pencen. Pencenlah ketika umur masih muda dan nikmatilah kehidupan sebagai seorang yang bebas; ada duit, ada masa.

Ketika itu, kita sudah boleh memilih-milih kerjaya apa yang kita suka, bukan sebab terpaksa bekerja kerana duit. Bila kita dibayar untuk buat apa yang kita suka, itulah sebenar-benarnya pencen! ☺

#2 – Bergaul Dengan Rakan Berwawasan

Nasihat kedua saya, sentiasa bergaul dengan mereka yang mempunyai wawasan yang sama. Walaupun masih berstatus “pelajar”, banyakkan bergaul dengan mereka yang lebih matang tentang kehidupan dan mempunyai wawasan dalam hidup. Jangan pedulikan kawan-kawan sebaya yang masih tengah “hooray-hooray” lagi sebab mereka masih belum matang dan belum kenal realiti kehidupan.

Kat mana nak cari rakan-rakan yang berwawasan dalam hidup?

Hadir seminar-seminar kewangan, pelaburan atau bisnes, selalunya di sana kita boleh jumpa ramai mereka yang berwawasan dalam hidup, bahkan kita berpeluang berjumpa ramai yang telah berjaya mencapai apa yang mahu kita capai, insyaAllah.

#3 – Fokus Matlamat Kehidupan

Jangan peduli apa orang kata. Jangan ambil kisah sangat persepsi orang lain, sebaliknya fokus, fokus, fokus betul-betul apa yang kita nak capai dalam hidup. Cabaran besar yang saya lihat kepada orang muda yang baru habis belajar ialah mereka kurang fokus dan nak terlalu cepat berjaya.

Kekadang peluang yang dah ada ‘di tangan’ mereka itu dah cukup bagus dan terbaik, tetapi mereka lepaskan sebab mereka sangka apa yang ada di tangan orang lain itu lebih baik. Akhir sekali, usaha yang dibuat semuanya bersifat separuh jalan.

Untuk fokus, kita kena jaga mindset betul-betul. Jangan terdedah kepada input-input negatif. Banyakkan membaca buku-buku kewangan, pelaburan, bisnes dan motivasi kehidupan. Tinggalkan TV dan akhbar sebab selalunya input negatif terlalu banyak berbanding yang positif.

5 – 10 Tahun Akan Datang

Pegang betul-betul nasihat saya ini, insyaAllah bila umur mencecah 30-an sudah dapat “freedom” yang saya maksudkan itu sedangkan kawan-kawan sebaya masih terkial-kial lagi membina kehidupan. Kalaupun belum capai status “bebas kewangan”, sekurang-kurangnya ketika umur 30 tahun sudah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, insyaAllah.

Ingat, apa yang kita dapat pada hari ini ialah apa yang kita usahakan 5 – 10 tahun yang lalu. Maka di mana kita 5 – 10 tahun akan datang juga bergantung apa yang kita rancang dan usahakan hari ni. Bak kata bijak pandai, if u fail to plan, u plan to fail….

Zulkifli
Damansara Damai
1 Februari 2017
5 Jamadil Awwal 1438H

Recent Comments

    Speak Your Mind