Kalau Belajar, Mesti Dapat 3 Pointer…

A very good post from  http://www.mohdzulkifli.com/2011/06/kalau-belajar-mesti-dapat-3-pointer.html

——————————————————————————————–

Kalau Belajar, Mesti Dapat 3 Pointer…

by  on JUNE 6, 2011

Post image for Kalau Belajar, Mesti Dapat 3 Pointer…“Kalau pergi universiti dan belajar, mesti dapat 3 pointer mak cik. Kalau rajin sikit lagi, mesti pointer dia 3.50 ke atas! Yang tak lulus tu sebenarnya dia bermain di universiti. Bukan pergi belajar…” kata saya pada makcik yang anaknya akan ke universiti.

Makcik tu tunjukkan surat tawaran anak dia pada saya. Mungkin dia tahu saya pernah jadi best student di universiti. Jadi, dia mintak la pandangan sikit.

Tak Pandai ‘Mengaji’, Atau Tak Menjadi?

Ikut pada pemerhatian saya, kalau pergi universiti dan belajar betul-betul, mesti dapat 3 pointer. Kalau rajin sikit lagi, 3.50 ke atas. Yang tak lulus tu bukan sebab tak pandai mengaji (belajar), tapi sebab tak ‘menjadi’. Masuk U sibuk dengan bermain. Jalan sana sini dengan motosikal yang dia baru beli dengan loan PTPTN. Dapat loan, beli handphone mahal-mahal. Beli laptop, layan game siang malam sampai tak tidur malam. Lepas tu membuta sampai tak pergi kuliah.

Ada pulak yang jenis sibuk berkepit dengan gelifriend dan buayafriend. Tiap-tiap hari dok berkepit dengan gelifriend / buayafriend kononnya study group. Mana nak pandai kalau macam tu.

Dan satu lagi jenis ponteng kelas.

Cara Jimat 80% Masa Belajar

Siapa yang ponteng kuliah, dia missed a lot! Dia akan ketinggalan. 2 jam lecturer mengajar, tak sama dengan 6 jam study sendiri! Memang tak akan sama. Siapa yang betul-betul prepare sebelum masuk kuliah, dan betul-betul ambik perhatian masa kuliah, dia jimat a lot of time! Memang jimat.  Itulah antara yang saya buat dulu.

Masa di kampus, saya memang sibuk. Pertamanya, saya suka tarik paper untuk buat fast track. Nak grad cepat. Orang biasa ambik 5 subjek, tapi saya amik 7 – 8 subjek satu semester. Keduanya, sibuk dengan aktiviti Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)! Hingga pernah saya diberi amanah untuk jadi ‘mastermind’ untuk dakwah kampus.

Universiti Dunia dan Akhirat

Orang lain bila habis kelas, boleh main PC game, lepak-lepak. Tapi saya, habis kelas, kena siapkan kertas kerja, mesyuarat, program, halaqah, usrah, bagi tazkirah di surau dan masjid universiti. Ada masa kena ikuti usrah, ada masa kena handle usrah, dan ada masa kena handle naqib-naqib usrah! Itulah kehidupan saya di kampus.

Kalau orang lain habis belajar universiti bawa balik buku-buku teks belajar, tapi saya penuh dengan buku fikrah, dakwah, kitab-kitab selain buku-buku accounting dan finance! Berkotak-kotak kitab-kitab yang saya beli dan baca masa universiti. Dan yang penting juga, saya antara pelajar terbaik di kampus! Kita kejar akhirat, dunia Tuhan pakejkan sekali!

Apa rahsia untuk catch-up dalam belajar walaupun sibuk?

Rahsia #1 – Absorb Sebanyak Mungkin Waktu Kuliah

Antara rahsianya ialah saya betul-betul prepare sebelum masuk kelas, dan betul-betul bagi perhatian masa dalam kelas. Dan saya tak pernah ponteng kelas! Saya akan ambik peluang untuk faham apa yang lecturer ajar masa dalam kelas lagi. Lepas kelas, cuma untuk buat revision jer.

Dan jangan lupa, orang yang lebih sibuk, dia lebih menghargai masa. Kita semua lebih produktif ketika sibuk berbanding waktu lapang. Orang sibuk boleh siapkan 2, 3 kerja dalam satu masa, tapi orang banyak masa lapang, satu habuk pun tak siap!

Rahsia #2 – Cari Senior Yang Best Student!

Dan rahsianya lagi, saya biasanya study subjek yang akan saya belajar sebelum buka semester baru lagi! Maksudnya, saya manfaatkan cuti hujung semester untuk semak subjek-subjek yang akan saya belajar pada semester akan datang. Bukan tunggu buka semester baru ambil tahu subjek apa akan saya belajar. Macam mana nak belajar subjek sebelum buka semester baru?

Cari senior yang best student la. Saya pinjam nota-nota senior, dan ada pernah sekali, saya pergi bermalam di rumah seorang senior di Kuala Krai masa cuti semester semata-mata untuk belajar subjek yang bakal saya ambik bila buka semester nanti! Itulah short-cut untuk berjaya. Nak berjaya, carilah orang berjaya. Mesti kita pun akan berjaya macam mereka!

Dan saya perhati, memang jauh bezanya antara senior best student dengan senior-senior biasa bila kita mintak pandangan! Apa bezanya? Nantilah saya kongsikan dia tulisan akan datang, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
28 Mei 2011
24 Jamadil Akhir 1432

Recent Comments