41 Tip untuk bakal mahasiswa universiti

https://www.thevocket.com/tip-bakal-mahasiswa-universiti

 

So, berdasarkan pengalaman dan perkongsian, inilah 41 tip untuk korang adik-adik yang baru nak masuk Universiti.

1. Jangan tinggal solat terutamanya berjemaah. Tak guna berjaya tapi tak solat. Malaikat di kubur tak tanya CGPA korang berapa.

 2. Surau masjid tu pi laHang (anda) ingat bina semua tu untuk hias universiti ke?

3. It takes a big heart to shape little minds, so nawaitu (niat) pergi kelas tiap hari kena betul.

4. Iron baju yang kau nak pakai untuk seminggu siap-siap. Kalau bangun lambat pun, kau tinggal sarung pakaian je.

5. Jangan bercinta dengan abang fasi (fasilitator). Awak tu junior yang entah ke berapa dah dibagi harapan palsu. Sabar ya. Abang-abang handsome yang lain tengah cuti.

6. Kalau sakit, tak sihat, jangan simpan dan pendam. Beritahu pada Pembantu Mahasiswa atau Orientation Coucil (OC).

Kredit: discreettawakal92.wix.com

7. Be good to your lecturers, might make your life a bit easier in university.

8. Junior jangan buat stail, jangan conquer court futsal.

9. Dapat je assignment. Group WhatsApp. Delegate tugas. Buat terus. CompileGo through thoroughly. Submit. Jangan tangguh kerja!

10. Kalau boleh sign tangan tu jangan rumit. Nanti kau nak skip kelas sebab ada hal penting, senang untuk orang lain sign kan.

11. Dapat baucer buku, terus cari kedai yang jual printer. Canon Pixma IP2770 tank luar pun jadi lah. You’ll thank me later.

12. Bina circle of friend dari pelbagai kulliyyah/fakulti. Agak-agak lepas tepu keluar dari bilik kuliah ada la geng untuk bergosip dan diskus isu semasa merentas bidang korang.

13. Jika korang terdengar jeritan menyeramkan seperti orang kena rasuk, jangan risau. Itu hanya housemate korang yang sedang letih buat assignment.

14. Jangan friend dengan lecturer dalam laman sosial. Dah graduat nanti baru add dia.

Kredit: noorsyazwaniismail.wixsite.com

15. Masuk universiti jangan terlalu ghairah berpersatuan. Asal dapat belajar macam mana nak organize program secara formal, propagate idealisme kau cukup dah.

Cukuplah jawatan sebagai alat, bukan matlamat. Selebihnya spend masa pada niche area sendiri dan ambil peluang meneroka displin ilmu yang lain secara profound (falsafah, ilmu agama, ekonomi etc).

16. Kalau program-program di universiti korang tak berapa mencabar minda dan membina kematangan macam buat donat terbesar, kuih terpanjang, jangan lokek duit dan malas untuk keluar cari ilmu dalam program seperti talk/forum/seminar/kelas-kelas di luar universiti.

17. Hafal nama lecturer awal-awal, nanti time exam senang nak tulis, kalau tak kena potong markah.

18. Jangan fikir kau tu Rancho Chanchad 3 Idiot. Tak study pun result meletup. Jangan pula jadi Chatur yang nak kejar pointer main hafal ja. Useless.

19. Bangun check dulu phone baru siap pi kelas. Kalau madam/sir WhatsApp kelas cancel, kaulah manusia paling bahagia.

20. Ada soalan lagi susah daripada final exam. So kau kena pandai jawab. Contoh apabila member tanya: “Nak makan kat mana?”

21. Handphone ada bukan suruh korang texting time pesyarah mengajar. Hormat sikit.

22. Like page confession.

23. Kalau ada member tak berapa rapat ajak makan, confirm MLM.

24. Kalau body kau berisi, kemudian ada awek/pakwe asyik tersenyum je kat kau, tu mesti nak jual produk pelangsingan.

25. Jangan fikir adegan buku jatuh kena langgar dengan crush akan berlaku. Kena langgar dengan student lain sebab rebut bas ada la.

26. Jangan main-main dengan carry marks. They play big part in your pointer.

Kredit: rainiey152.wordpress.com

27. Well, jemaah bukanlah tempat yang buruk seperti yang dimomokkan. Aku sendiri banyak belajar dari jemaah Islam.

Masuk jemaah bukan hanya untuk menerima, tapi juga untuk memberi. Aku budak jemaah dan aku OK. Mana yang baik dan bermanfaat kau ikut, yang mengarut dan buang masa kau persoal atau abaikan.

Diri sendiri yang redha kena doktrin siapa suruh. Oh by the way, doktrinisasi berlaku di mana-mana. Tinggal kau sendiri saja kena bijak sikit untuk tapis melalui pembacaan dan pergaulan yang luas.

28. Berkawan tu biar seimbang dengan cantik sikit huduh sikit. Jangan nak berkawan dengan geng-geng hot ja. Pasai hang pun bukan cantik sangat.

29. Jangan sesekali bercinta dengan classmates. Nanti break, baru korang tahu azabnya.

30. Call parent korang. Bukan time tak ada duit baru nak call parent. Jangan gatal top up girlfriends.

31. Jangan percaya dengan ayat member, “Weh aku tak study lagi”.

Kredit: thaqafiyforceteam.wix.com

32. Jangan buang masa jadi macai politikus/parti atau mana-mana figura. Focus on your personal development, tapi jangan lupa contribute something untuk orang sekeliling dan masyarakat.

33. Berkawan dengan semua orang. Tak payah nak rasa ahli syurga sangat. Yang belajar bidang agama ni terlebih lagi la aku nak suruh keluar dari circle korang. Lain orang lain struggle.

34. Yang masih tak nampak hala tuju hidup lagi banyakkan berdamping dengan ahli akademik dan ilmuwan. Minta nasihat dan pandangan dari mereka.

35. Sebab polisi dan keputusan-keputusan universiti kita ni hanya akur kepada market dan pemodal, aku tak rasa worth untuk kita selalu cabar dan risk masa depan.

36. Kalau silibus dan perbincangan usrah korang masih lagi level ‘Usrah Badar’, aktiviti pun lebih banyak ‘ukhuwwah geli-geli’, tak perlu fikir panjang untuk angkat kaki.

37. Eloklah ‘repress’ dulu rasa gatal tu dari Tahun 1. Bercinta ni komitmen. Tapi kalau dah tahun akhir tak ada yang nak lagi, kau pergilah consult dengan kawan-kawan yang boleh jadi personal stylist.

38. Jangan jadi pelajar 3K. Kafe, kuliah, katil. Belajar di kuliah tu teori. Turun padang dan bersosial itu praktikal.

39. Apabila sudah senior nanti, jadilah senior yang super-duper sporting untuk junior korang. Payung lah nota-nota tu.

40. Kalau kau tu dress up macam orang agama, minta jaga imej itu baik-baik, sebab kalau kau slack sikit, bukan nama kau yang kena, Islam juga yang kena. Reminder.

41. Korang jaga Allah, Allah jaga korang. Simple.

Tip masuk U ni berlambak. So korang kena bijak saring dan pilih. Yang baik jadi tauladan, yang buruk jadi sempadan.

Bagi saya, sementara muda, kuat, sihat dan punya masa lapang, belum disibukkan dengan komitmen lain, perguna sebaiknya untuk menuntut ilmu.

Hidup ini sekali sahaja, banyakkan memberi, sangka baik, maafkan lain, kongsi manfaat, kongsi khidmat, itu erti hidup pada memberi. Semoga Allah redha, terima amal kita.

Terakhir, selamat menuntut ilmu! Selamat menempuh alam universiti dengan jayanya!

Artikel di atas disumbangkan oleh Amir ‘Izzuddin Bin Muhammad. Yang Di-Pertua Perwakilan Mahasiswa USIM.

Recent Comments

    Speak Your Mind