Keikhlasan Dalam Pekerjaan

Image result for kerja

zsharer tertarik dengan topik ini yang sangat dekat di hati setiap para pekerja yang ada di muka bumi Allah ini dan merasakan terpanggil untuk share disini. Mesej ini telah diterima dari legal team di UTM.

Siri Mesej Integriti pada kali ini ingin berkongsi berkenaan keikhlasan dalam pekerjaan. 

Menurut pentafsiran secara bahasa, ikhlas bermakna bersih dari kotoran dan menjadikan sesuatu bersih tidak kotor. Sedangkan secara istilah, ikhlas bererti niat dengan mengharap redha Allah SWT saja dalam beramal tanpa menyekutukan-Nya dengan yang lain. Manakala menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat, ikhlas bermaksud, hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura. 

Mari kita sama-sama merenung kembali (flash back) jadual seharian kita bekerja. Ada dikalangan kita telah bertugas lebih 30 tahun dan ada yang baru sebulan bekerja. Rata-rata kita mula bertugas bermula jam 8.00 pagi dan balik pada jam 5.00 petang. Jumlah jam pekerjaan kurang lebih dalam 9 jam. Pernahkah  kita bertanya kepada diri kita selama kita berkerja, adakah kerana terpaksa atau ikhlas ?

Bagi orang islam kepercayaan kepada hari akhirat(sence of the end) amat penting untuk melakukan kebaikan,tanpa mengharap balasan ketika kita bekerja dan menjalani kehidupan harian.  Sekelumit “ rahsia “ ikhlas dalam tahap kerjanya bagi setiap individu tetap sama, samada dilakukan di belakang atau di hadapan orang.

Justeru, mari kita tatapi,tiga panduan yang boleh dijadikan contoh kepada  kita sebagai pekerja iaitu SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS melakukan kerja seharian seperti berikut:

  1. Sebelum melakukan kerja

Sebelum berkerja, tanyalah kepada hati apakah niat kita untuk berkerja pada hari tersebut? Samada ingin mencari rezeki, membela nasib keluarga,berbakti kepada masyarakat dan lain lain. Niat perlu supaya kita dapat fokus semasa memulakan kerja dan ini adalah contoh-contoh niat yang baik. Namun begitu, niat tersebut perlu bersekali dengan niat yang lebih khusus seperti ”aku bekerja untuk mendapat rezeki yang halal kerana Allah SWT menuntutku mencari yang halal” . Perkara ini juga terpakai kepada kepercayaan agama lain, bahawa pekerjaan baik, menghasilkan hasil/rezeki yang baik. Rasulullah SAW menegaskan bahawa sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Pastikan kerja itu adalah halal dan tiada unsur-unsur haram. Bagaimana menentukannya? Tepuk dada tanya selera. Anda mungkin dapat mengaburi orang lain semasa melaksanakan kerja dalam sambil lewa atau dengan baik, tetapi hakikatnya anda tidak dapat menipu diri anda sendiri. Muhasabahlah……gaji tetap diterima  hujung bulan ya ..

  1. Semasa Melakukan Kerja

Niat yang baik dan yang halal belum menjamin sesuatu pekerjaan dilakukan dengan ikhlas.Kerja akan menjadi ikhlas apabila dilaksanakan dengan cara yang terbaik(optimum). Maksud optimum ialah kita berkerja dengan penuh kemahiran yang dimiliki,berilmu dan etika yang tinggi. Inovatif dan produktif tanpa memilih hanya kerja yang ada nilai “self improvement”(ganjaran pangkat dan gaji. Malah kita patut juga giat dalam kerja – kerja yang memberi nilai peningkatan nilai murni dalam diri. Tidak terlalu berkira dengan tenaga dan masa serta senantiasa bersedia untuk melakukan kerja –kerja sukarela dan khidmat masyarakat.

  1.  Selepas Melakukan kerja

Bagaimana sikap kita di akhir perkerjaan kita? Jika ditakdir kita berjaya menyelesaikan tugas hari itu, hargai kawan-kawan sekerja yang mana membantu dan berkerjasama dalam tugas.Nafikan segala kelebihan, usaha dan tenaga kita di hadapan Tuhan, dengan merasakan semua itu tidak memberi kesan tanpa izin dan bantuan-Nya. Semoga dengan itu, hari pekerjaan kita lebih bermakna dan rezeki kelak diperolehi dirasai keberkatannya, untuk dikongsi bersama keluarga dan anak-anak.

Penutup

Jika kita dapat laksanakan ketiga-tiga perkara tersebut, ia akan menghasilkan dua bentuk tamadun. Pertama tamadun rohani – wargakerja akan menjadi lebih baik akhlak dengan keperibadian yang unggul . Kedua,tamadun material yang mana diri ,majikan atau masyarakat akan memperolehi kemajuan dan pembangunan fizikal. Justeru, jangan kita berkira dengan kerja. Kita mesti sentiasa ikhlas dan bersedia berkorban untuk perkhidmatan, sebagaimana kita bersetuju  menandatanganiAku Janji pada mula-mula kita melapor diri dahulu. Ingat ya…

Semoga bermanfaat. Terima kasih dan Salam Integriti.

Moral : 

Hukama berkata : Semua manusia binasa kecuali yang berilmu, semua yang berilmu binasa kecuali yang beramal dan yang beramal pun binasa kecuali yang ikhlas.

Recent Comments